Wednesday, March 25, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nur Bahyah

Untuk kerukunan rumahtangga, Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,


1) P yg pertama ialah "puji" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terimakasih apabila di beri pertolongan.


2) P kedua ialan "peluk" yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) P seterusnya ialah "penghargaan" di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) "Perhatian" adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) P seterusnya mewakili
"persefahaman". Pasangan perlu saling bertolak ansur dan memahami kerjaya pasangan masing-masing.


6) P selanjutnya membawa maksud "pergaulan" iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan ornag lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7) Satu lagi P adalah "percutian" di mana kita perlu merancang percutian berdua-duan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) P yang terakhir ialah "permohonan" iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagian sumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


" Ketika kita jauh dari Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalikan kita dari tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


@ Sally - Mungkin ramai yg dah tahu tentang petua 8P ini. Saja jer nak re-fresh balik supaya kebahagian dan kerukunan rumahtangga yg kita bina atas nama cinta itu (lautan api sanggup direnangi..ambil la pisau belah lah dada..ahaks) tidak layu kegersangan.


Ada lagi 5P sebenarnya yg aku rasa Ustazah lupa nak bagitau. 5P yg tak patut ada kalau nak rumahtangga aman bahagia...

1) Pelempang
2) Penampar
3) Penyepak
4) Pembengis
5) Perengus

Ada sapa-sapa nak tambah?




4 comments:

Anonymous said...

perghhh.. ganasnnyerrr..

sally said...

terimakasih kerana sudi singgah.

err..ganaz ala-ala comel jer..hehehe

Tie said...

Pendekut...!! Kih kih ....

sally said...

boleh diterima...susah jugak nak uruskan rumahtangga kalau kedekut kan?