Ahad minggu aku masak nasi lemak, sambalnya mcm biasa lah sambal ikan bilis, telor rebus dan ayam goreng. Aku memang masak extra sebab anak-anak memang suka nasi lemak dan akan mengulang makan selagi tak abis. Memang berbaloi masak kalau ada yg tukang mengabiskannya. Lagi kembang bila anak-anak memuji keharuman dan kesedapannya..
Kerana dah terlebih lemak, aku terus ZZZzzzzzzzz dgn lenanya. Sedar-sedar hari dah petang. Utk membuang lemak yg dah terover, aku pun intai kebun sejemput aku nih..tenguklah, tak terbela..malasnya aku nih.
Pokok kari ni, anak-anak dia dah penuh satu pasu..sapa nak mai la amik.
Dah ubah sepokok ke pasu yg lain. Sepokok jer la dulu. Pasu tadak stok.
Yg ini pulak pokok cili padi, rasanya dah tiga empat bulan kut tanam. Nampak plastik putih kat belakang tu? dalam tu pun ada pokok cili padi gak..sama umoq dia ngan pokok cili yg kat depan tu..sebab tukang tanam malaih, pokok pun sama malaih nak membesar..chehh..
Ni lagi satu, pokok kesidang ni aku beli tahun sudah bulan 10 kalau tak salah, masih lagi dlm plastik hitam. Mcm mana dia nak besaq dan berbunga? Memang malas aku nih kan, kann. Hoho..tengok tuu..Atuk Man dengki tau..bersihkan rumput kt kawasan dia aja..nanti kau atuk, aku racun rumput2 tu nanti, ku racunkan sekali pokok2 atuk..hahahaha..kalau atuk baca blog aku ni, harus di santaunya aku tujuh keturunan! hahaha..
Yang ini lagi lah sudah ternag lagi bersuluh.. Ini limau purut dah makan tahun daaa..masih lagik comel lote dgn kemetot dan bantut! Aku rasa faktor tanah kut yg tak sesuai gitu...
Hehehehe..ini aku tanak komen apa-apa. Pokok ni adalah pokok misai kucing. Tinggal ranting jer..daun dah tarak.
Yang ini Sepit Udang. Lama gak tunggu dia berbunga. Bunga pun cenonet jer..
Pandan ni aku sayang kat dia. Selain mewangikan luar umah aku, pandan ni dah banyak jasa dia menyedapkan dan mewangikan nasik lemak yg selalu aku masak tiap minggu. Juga air sirap yg Izzat suka nak bawak ke sekolah.
Selain menggembur dan membajakan pokok-pokok kesayangan aku tu, aku juga memangkas, mencantas mana-mana ranting atau dahan yg dah tua terutamanya pokok bougainnviella kesukaan aku...ehehe..pokok kertas daa..saja jer nak guna nama glamer dia..wakakaka..
gambar ehsan cik wiki. Aku lupa nak amik gambar.
Punya la asyik menarik dan mencantas ranting2 pokok yg dah tua-tua itu, abis jari aku luka kena duri pokok kertas. Berdarah dan bengkak jari tengah aku nih. Berbisa jugak rupanya duri dia ya.
Namun alasan jari yg sakit itu rupanya tidak cukup kuat utk menggoda En hubby utk dinner kat luar...satu jari jer yg sakit, lagi semilan ok kann..huuwaaaa..en hubby dah tak sayang aku...
Jeda masa yang panjang
5 years ago
No comments:
Post a Comment