Monday, December 13, 2010

Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali.Altimet - Kalau Berpacaran (lyrics)



Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan

Tajuk Lirik Lagu: Kalau Berpacaran (Feat. Ana Raffali & Altimet)

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus
[ Kalau Berpacaran (Feat. Ana Raffali & Altimet) lyric found on www.lirik.my ]

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


@sally-berbulan ku tinggalkan rumah ku ini, meh kita mulakan dengan lagu yang catchy nih..sambil drive terhangguk2 kepala dgr lagu ni..

Friday, August 13, 2010

Hari ke-3 puasa

Hari ni dah hari ke-3 berpuasa. Dah tak tahu nak masak apa utk sahur. Hari pertama ayam masak tomato, rebus sosej dan sayur campur. Hari ke-2 aku goreng nasi jer jer sebab terlambat bangun..
muka baby monyok semacam jer masa sahur..maafkan mama ya sayang..mama letih sangat sampai tak sedar alarm berbunyi. Sahur pagi tadi aku buat ikan goreng masak tauchu, sosej dan sawi goreng. Anak2 memang suka sosej. Kalau boleh hari-hari sosej pun tak pa..dan aku pun buat stok sosej dlm peti ais banyak-banyak..dia orang sendiri pun dah masak sosej..kadang-kadang goreng. kadang-kadang diaorang rebus saja. Hmmm..senang nyer bela anak-anak aku ni..

Sekejap tadi aku dah terpikir apa aku nak masak utk sahur esok? haduii.. Pening lalat aku jadi nya..lalat pun tak pening macam aku..

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Ber puasa



hari ini seluruh rakyat Malaysia berpuasa.

hubby dan anak-anak pun puasa jugak..

Melampau gila la kalau tak puasa..

lain ler org pompuan..uzur syarie..

tapi aku puasa ya

walaupun aku org pompuan..

Selamat berpuasa!

Wednesday, July 14, 2010

en hubby eksiden..

Semalam pukul 2.30pm en hubby eksiden semasa dalam perjalanan ambil Zaim balik sekolah..Tak la serious sangat tapi habis lutut en hubby sebelah kanan tersagat...aduii..aku tak dapat nak memandang tepat pada lutut en hubby..seriau..

Malam tadi mengadui-ngadui en hubby kesakitan.. apa yang dapat aku tolong selain dari bagi ubat tahan sakit, sapu minyak dan urut perlahan-perlahan... Kebiasaannya laa kan..kalau eksiden-eksiden ni..takkan terasa sakit sangat pada awalnya..tapi lepas 5 6 jam baru lah terasa bisa satu badan...macam demam tak demam.. haihhh...kesian laki aku!

Monday, June 21, 2010

rutin bermula..

Aku asyik terjaga..pukul 4..awalnya..ku pejamkan mata..terlelap..tersedar lagi..tengok jam..4 setengah? isk...malasnya...tarik selimut sedap nih.....antara sedar dgn lena..alarm berbunyi pukul 5.00. terperanjat aku! hmm..patut laa...hari ni sekolah yaa.. apa lagi rutin pun bermula......

Seawal 6.45 aku dan anak-anak meredah kabus pagi menuju destinasi yang pasti..sekolah ler mana lagi..hantar Za'im ke SMDH, Aiman ke SKPK dan Izzat ke SRATK. 2minggu bersantai dan berlenggang kangkung dan pun berakhir..cuti sekolah dah berakhir..back to school my dear!

Pagi ni sesuatu yg menghairankan telah berlaku...satu keajaipan..satu permulaan yang baik..aku harap akan berkekalan sampai bila-bila..pagi tadi Aiman mandi dan terus pakai baju sekolah..dan terus turun ke bawah bersarapan.. dan dia tak tidur dlm kereta! wahh...ini sudah bagus!

Thursday, June 17, 2010

garang ke aku?

kekadang aku rasa, aku ni tegas sangat dgn Za'im..err tegas ke garang? Mcm ari tu..suruh mandi tak nak mandi..balik jer dari main basikal terus naik baring atas katil..bukan sekali dua..dah selalu sangat..nasihat dah banyak kali..taaaakk paham-paham jugak..dgn berpeluh-peluh satu badan, bau pun dah semacam...naik angin la aku ni..dua tiga kali cakap tak nak dengar..aku apa lagi..tangan aku memang cepat benar capai hanger.. 2 kali sebat kat punggung, masih tak bergerak..keras hati betul anak aku nih..sebat kat belakang bahu pun duk keras membatu..menengok aku dh naik hantu, hubby terus tarik Za'im bawak dia ke bilik air..hadui...bila dah pukul rasa menyesal pulak..selalu aku ni macam tu...

Saturday, June 12, 2010

Happy anniversary!!

Another year to create

precious memories together.

Another year to discover

new things to enjoy about each other.

Another year to build

a life rich in love and laughter.

Another year to strengthen

a marriage that defines "forever."



@ sally - take my hand darling..we walk together

Tuesday, May 4, 2010

busy..busy..busy..

sementara boss tengah sibuk dgn semakan list jemputan yg aku bagi tadi..meh jenguk kejap kat blog.. hohoo..suda 5 hari tinggal..tersangat la busy nyer...

hari ni dah 4hb..launching 12hb..aduyai..rasa mcm x cukup 24jam satu hari..harap-harap semuanya akan berjalan dgn lancar...insyaAllah.

Thursday, April 29, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang..

Selamat mengulang hari lahir, sayang..
Mari ganding tanganku
dan kita nikmati perjalanan ini.

Bersama.


@Sally-thanks for the lovely breakfast dis morning..

Sunday, April 25, 2010

Cik Ah sudah tiada....al Fatehah

Miss call dari kak Misah pukul 3.52 pagi tadi

sms masuk bertalu-talu..

Cik Ah dah pergi..

sudah tiada..

Cik Ah tidur

untuk selama-lamanya..

Innalillahiwainna ilaihiraji'un...

Friday, April 23, 2010

Kisah seorang Professor dgn Pendayung sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.


@ Sally - sumber dari email..utk tatapan di pagi Jumaat..

Thursday, April 22, 2010

Dont judge a book by its cover


wahhh..tajuk ompteh la pulak ari ni..
dont judge a book by its cover..
tapi kalau tenguk gambar ni
dont judge a kuih by its rupa!..
tenguk..kuih rengas tu siap ada sesungut lagi..



Ni laa sarapan aku pagi ni..

beli kat gerai kt Tmn Kem..

hahaha...rupa memang hodoh..

tapi rasa dia..huhh.. marvellous!

harga?

3 seringgit ya kawan-kawan..


@ Sally - promo ni kak dinar..esok bekfes free yaa..

Tuesday, April 20, 2010

Cik Ah

rushing to Hospital Selayang petang tadi..

Cik Ah..

melihat Cik Ah dari luar

benar-benar meluluhkan hati aku..

dgn bantuan pernafasan,

wayar yg berselirat..

darah tinggi, kencing manis

jantung

jangkitan TB?

Cik Ah diam tanpa sedar..

Cik Ah

bangun Cik Ah

jgn tidur terlalu lama..

kami rindu senyum Cik Ah

kami rindu tawa Cik Ah

kami rindu celoteh Cik Ah

kami rindu

sungguh

Sunday, April 18, 2010

Pasta Carbonara

jeng..jeng..jengg..


hehehe...

cakap pun tak guna kannn..


pasta carbonara punya 'kick'


anak-anak punya pasal..
budget dapur mama lari bulan ni..
mahal sikit tak pe..
melihat mereka makan dgn happy..
priceless..

Achik Spin meninggal dunia..Takziah.

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan -Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri.



Tgh tenguk berita kt tv3 tadi..ternampak headline kat tv..
ehh betul ke Achik Spin eksiden dan meninggal dunia.
Cakap kt hubby, dia pun tak sure..kami sama-sama tunggu depan tv..
hmm betul lah..Takziah buat kaum keluarga allahyarham Achik Spin. Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin






Friday, April 16, 2010

esok nak masak macam ni lahh..


Semalam aku dan emy lunch pasta..

aku order pasta meatball bolognaise


emy order pasta creamy carbonara

kami share separuh-separuh..

tapi bila aku cium bau pasta carbonara tuh..

aku dah nak uwekkk

bukan taste aku kot

atau aku yang dah kenyang!

hehehehe

Dalam kereta..apa tu mama?

pasta..kak emy kasi baby suruh makan..

aku tenguk dia makan bersungguh-sungguh..

creamy yang melekat kat jari dia yg montok tu dia jilat..

yang melekat kat penutup bekas tu pun dia jilat..

huishh...sedap ke?

sedap la mama...

mama boleh masak ni esok?

seorang mama yang hebat mesti lah..

BOLEEHHH...

err...mana aku nak cari resepi ni..

toloooongg....


Friday, April 2, 2010

hari jubah sedunia..

Semalam pakat dgn emi dan kakzah..esok kita pakai jubah yaa..
kita jadi kumpulan nasyid kejap...hehehe




aku dgn jubah ijau...

ehhh.. kepala tak ada??











emy yg comel ngan jubah maroon..

memang comel si emy ni..

geram aku dgn pipi gebu dia..





Kakzah tak jadi pakai..eeeeeeeee...geramnyer..tak cukup korum kumpulan nasyid hari ni...

Thursday, April 1, 2010

1st April

Saje jer...nak testing..
lama tak update..terasa rindu

nanti kita datang lagi ehh..

Wednesday, February 17, 2010

woman

"Whatever you give a woman,
she's going to multiply.
If you give her a house,
she'll give you a home.
If you give her groceries,
she'll give you a meal.
If you give her a smile,
she'll give you her heart.
She multiplies and enlarges
what is given to her.
So - if you give her any crap,
you will receive a ton of shit."


@sally - hmm..betul jugak..


Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Chai!

Sedang bergolek depan tv dgn anak-anak,

keluar iklan Ribena..

Abby bertanya kepada anak perempuannya

'hari ni hari apa?'

hari ini hari tahun bari cina!..

Izzat menjawab selamba

hahaha..

serentak kami ketawa..



@sally - Gong Xi Fa Chai..Sien Nien Kwai Ler..selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya..

Friday, February 5, 2010

seram nyer..


opis mate bagitau..
tengahari tadi nampak anjing menyalak..
kearah right wing building..
sayu je bunyik..
apa yang anjing tu nampak ehh..??
huuu...seramnya aku..

Tuesday, January 26, 2010

Tanah sekangkang kera..

Jadi laa...boleh jugak buat tanam pokok yang wajib ada kat dapur..ehh..setakat pandan, cili 2, 3 batang, serai 2, 3 rumpun, tak pun pokok kari sebatang dua..boleh apa...takyah laa nak jeling kat rumah sebelah lagi ...hehehe..




dulu dah tebas, dia naik balik daaa...










penat aku meyangkul..sampai bengkak kaki kena gigit semut api..










tadaaa....

bersih kann..?

jomm...mari kita ke ladang!

Monday, January 25, 2010

Anak Mamak Menantu Mami..kelakar tak hengat!

Hahahahahahaha...memang kelakar sungguh drama Anak Mamak Menantu Mami yang disiarkan oleh Astro Warna malam tadi...sampai sakit mulut aku dok gelak tengok cerita tu..memang kelakar tak hengat..Lama sungguh aku tak gelak lagu tu bila tengok cerita/drama/filem melayu. Tapi yang drama AMMM ni memang aku tak boleh tahan..mau pecah perut aku dibuatnya..Menjadi sungguh lakunan Azad Jazmin dan Faezah Elai. Yang aku tak tahan bila dengar suara Azad jazmin..hahahaha...hang tengok-hang tengok..hahahaha....Aku memang tabik spring pada pengarah Zulkifli SallehGhani dan penulis skrip ini. 5 bintang untuk mereka!

Sinopsis
Mengisahkan seorang pelajar yang sangat meminati anak-anak mami yang terdapat di universitinya.Dalam bilik kuliah,pensyarahnya memberikannya satu tugasan perlu disiapkan dalam masa cuti semester yang akan datang.Tugasannya memang sesuai sangat dengan minatnya “Pulau Pinang”.Mazir perlu mendapatkan seseorang yang dapat membantunya.
Jabbar seorang romeo yang merasakan dirinya seorang hero hisdustan,hobinya adalah mengurat perempuan-perempuan yang berada di dalam perpustakaan padahal tidak ada seorang perempuan pun yang mahu melayan kerenahnya.Walau bagaimanapun,Cuma Jabbar seorang yang dapat menolong Mazir.Mazir datang kepada Jabbar untuk memintanya membawa pulang ke Pulau Pinang.



Sampai di Pulau Pinang,Mazir sungguh teruja menaiki feri.Memandangkan ini kali pertama dia ke Pulau Pinang,dia sangat teruja melihat permandangan yang indah itu.Sampai dirumah,keluarga Jabbar,Mamak Sultan dan mami Jora Bee menyambutnya sebagai seorang tetamu dengan baik tetapi Jabbar sempat berlari menyembunyikan bingkai-bingkai gambar keluarganya kerana tidak mahu Mazir tahu yang dia punya seorang adik.
Pada paginya,Mazir terkejut melihat banyak makanan diatas meja denganmenu-menu yang sangat asing baginya.Selepas sarapan,Jabbar membawa Mazir berjalan-jalan disekitar Georgetown.Jabbar sempat memperkenalkan Mazir kepada bapa saudaranya Mamak Mastan.Walaupun Mamak Masan dan abangnya Mamak Sultan adalah musuh ketat,tapi Mamak Mastan masih melayan mereka dengan baik.Pelbagai kejadian yang pelik dapat Mazir alami sejak sampai di Pulau Pinang.


Mamak Sultan pulang kerumah selepas berniaga terlanggar air takungan lalu terkena jirannya yang juga musuh ketatnya Mamu Basyah dan berlakulah pergaduhan.Bukan setakat mamak dan Mamu yang bergaduh,isteri-isteri mereka juga turut masuk campur untuk menunjuk hebat.Ini lagi mengelirukan Mazir.
Setelah seharian berjalan,Mazir terasa haus dan turun ke dapur untuk mendapatkan air, ternampak kelibat orang diruang tamu dan dia terus menangkap orang itu.Kemudian lampu dibuka dan sebenarnya orang yang ditangkapnya adalah Shasya Bee,adik kepada Jabbar.
Sejak itu Mazir menaruh hati kepada Shasya Bee.Dalam diam,Mazir kerap mengintai Shasya Bee sehingga ia disedari Jabbar.Shasya Bee seorang pelajar kolej dan seorang anak mami yang pendiam serta menjaga tatasusilanya sehingga rakannya Normi Basyah,anak kepada Mamu Basyah mula mengajaknya berfoya-foya dipusat karaoke sehingga Shasya Bee menjadi teruja untuk mengikut kemana sahaja Normi p bilik sebelah.




Satu hari dengan tidak diduga Jabbar dan Mazir terjumpa Shasya Bee dan Normi yang mereka sangka awek dibilik sebelah.Kemudian ia menjadi punca pergaduhan dua keluarga.dalam masa yang sama En Rahman sangat berkenan kepada Shasya Bee untuk disatukan dengan anaknya Rafi yang seorang kaki perempuan.



Mamak Mastan dan Mamu Basyah yang menaruh dendam terhadap Mamak Sultan berpakat untuk menjatuhkan perniagaan Mamak Sultan dengan melepaskan lipas dan tikus di restorennya.Encik Rahman yang mulanya berminat untuk melabur kepada kedai nasi kandar Mamak Sultan akhirnya bertukar fikiran setelah kedainya disaman Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana kotor.Bukan setakat itu,niatnya untuk berbesan dengan Mamak Sultan juga dibatalkan.


Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.







Jabbar dan Mazir mengambil keputusan untuk menyiasat kejadian sabotaj itu dan mereka dapat menjerat dua orang upahan Mamak Mastan dan Mamu Basyah.Setelah dipaksa akhirnya dua samseng itu mengaku yang itu adalah angkara Mamak Mastan dan Mamu Sultan.Kemudian mereka berjumpa dengan kedua mamak itu mengaku bersalah setelah diugut untuk melaporkan kepada polis.Mereka berjanji untuk berdamai dengan Mamak Sultan.

@sally - Sinopsis dan gambar..kredit kepada butaseni.blogspot.com
dan terimakasih kerana menceriakan hidup saya malam tadi..

Friday, January 22, 2010

Dont worry.. Be happy..

aduss.. sekarang ni dah kecoh satu Malaya dengan Hani Tarmizi kat Facebook..ini semua gara-gara mulut laser tak hengat dunia bila angin dah naik satu badan..hellooo...kalau nak kutuk pun..jaga la sikit bahasa...kat internet tu bukan kita aje yang guna...

Ok..ok..cool down..takyah kecoh-kecoh..kita releks ok...meh kita layan video ni..

video

Wednesday, January 20, 2010

Happy Birthday to me!

When it's my birthday,
it really is great
I pull up the covers
and I sleep really late
I'll take a nice hot bath with millions of bubbles
I'll read a good book
and forget all my troubles
And that's my special way
To spend my very special day
And that's the way it's always gonna be
When I say, "Happy Birthday to me!"

@Sally - ahaa..another year.. and another number to count..

Monday, January 11, 2010

Jom Pi Sekolah...



Entry yang dah jadi pekasam kerana lama sgt duduk dlm draft..dari 4th Januari....


Anak kecil ku yang sudah pun darjah 4 tahun ini..
Baby yang selalu ku cium-cium dan peluk-peluk ni dah pandai malu..
lari keliling rumah kalau aku nak cium dia.. hehehe













Anak ku yang no. 2.. tahun ni akan menghadapi pepriksaan UPSR. Pun dah besar tapi penakut yang amat.. terutama bab-bab makan ubat..

Ni yang tgh susah hati ni..ntah bila laa nak sunat kan dia ni...hish..












Anak yg sulung..Form 3 dah wehh..pun akan menghadapi PMR hujung tahun ni...mudah-mudahan anak ku ini berjaya dalam peperiksaannya nanti..amiiin..

Sunday, January 3, 2010

HAPPY NEW YEAR 2010!!

2009 Has spend by…….Now, we need to face 2010

WISH ALL OF YOU A VERY PROSPEROUS AND
image00154.gif

Life is like having a cup of tea.

You sit by the side of the window, lift the cup and take a careless sip,
Only to realize, somebody forgot to put the sugar.
Too lazy to go for it you somehow struggle through the sugarless cup.
Until you discover un-dissolved sugar crystal sitting at the bottom...

---That's Life---

Wish U Happy a Prosperous and Happy New Year!!!

Success is not the key to happiness.

Happiness is the key to success.

If you love what you are doing, you will be happy and successful ...

Have a Successful Year ahead!!!


@sally - better late then sorry...Happy New Year Everybody...