Wednesday, December 31, 2008

Muuud....jgn kau pergi!

Aku tak de mood mau hapdet ari nih..


Mcm2 aku dengar.

Spekulasi & kontrovesi .

Org ni kata A, orang tu kata B.

Tapi Powerpuff man pulak kata C!

Semuanya buat aku pening dan susah hati.

Keboringanku dah sampai tahap dewa dewi


Aku memang tak der muuuud ari ni.......

Tuesday, December 30, 2008

cerita hari ini..

Sampai Port Klang malam tadi pukul 9.50. By 10.30 anak-anak sume dah tido..keletihan dan kepenatan agaknya bergurau, bergaduh sepanjang perjalanan. Ingat nak buat posting tapi bila bukak je laptop, tak der mood la pulak dan badan pun tersangaaaaaaatlah letihnya. Letak je kepala terus lelap tak ingat dunia..

Pepagi sampai opis, aku pelik tenguk opis-mate sume pakai t-shirt & seluar panjang... Aduhai, macammana aku boleh lupa ari ni ada end year stock count.. tak apa lah..berbaju kurung pun boleh buat stock count apa!...Aku berkira-kira sebelum turun, nak buat posting. Bos pulak suruh scan document ngan machine diagram dan email padanya. jam dah pukul 8.45am, cecepat aku turun, tenguk diorang dah start dah.. Aku baru nak buka mulut..

Pih..pih. pih naik atas..tak yah nak stock count- stock count!
Ngan terbatuk-batuk tuh kang lagi teruk kena habuk nihh...

Baru nak tanya kat mana nak mula, Che Man yg merangkap team leader dah halau aku naik.
heheheheh..pucuk dicita ulam mendatang. apa lagi..menonong aku naik atas balik.

Sunday, December 28, 2008

Balik pekan? Yang DiPertuan Besar Tuanku Jaafar mangkat

Bukan bandar pekan kat Pahang nun. tapi pekan Nibung Tebal..Dah masuk ari ketiga aku kt umah MIL. aku tak boleh kata balik kampung sobab umah MIL ni kat tengah pekan Nibung Tebal. Deret umah MIL ni ada 2 umah je melayu, yg lain sume cina. Deret depan lak, satu je umah mamak, yg lain cina. Jadi kalo raya kita ni memang tak ado la meriahnya..Tapi kalo raya cina..memang domam la telingo dongar bunyik morocon. Hahahaha jgn marah org nogori..tersasul lak den speaking nogori ari ni.. iyolah duk sembang ngan MIL yo sedari balik ari tu..MIL memang asal Sri Menanti. Ramai laie sodaro kek sano. Eden yo bolum sampai ehh..

Sudah-sudah la tu cik Sally oi..kang tergeliat la pulak lidah tu.. Berbalik pada cerita balik kampung/pekan tadi, kami bertolak hari Khamis malamnya.. Saja je hubby tu..suka sgt balik memalam tau..memanglah sejuk tak panas, tapi risau jugak sebab highway agak sunyi, tak banyak kenderaan pun. Mana lah tahu kannn.. Tapi yg bestnya cepat je sampai..bertolak pukul 9.00 sampai pukul 2.00 pagi. 5 jam jer, tu pun kami berhenti 2 kali je, sekali kt R&R Rawang dan sekali lagi kat R&R Sungai Perak. Yang herannya walaupun kenderaan kt highway tak banyak tapi bila berhenti kat R&R ramai la pulak manusia-manusianya..heran betul aku..

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar mangkat.

Berita terkini pagi tadi, negara di kejutkan dengan berita kemangkatan Yang DiPertuan Besar Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada pukul 11.45 pagi di Hospital Tuanku Jaafar. Upacara pengkebumian akan di adakan pada hari Isnin selepas waktu asar. Untuk berita lanjut, sila klik di sini.
Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh baginda. AlFatihah.

Monday, December 22, 2008

Genting Kota Keriangan + keletihan

Berbanyak sorry kerana lewat mengupdetkan cerita gi Genting ari tu..Kekurangan mood dan keterlebihan virus M, tenet yg mcm biskut dan di tambah dgn kesakitan kaki yg tegang kt betis menyumbang kepada kelewatan entry kali ini..(apa kene mengene nyer sakit kaki ngan buat posting yek? yg menaip jari, bukannyer kaki...hehehehe..alasan!).

Rombongan kami ari tu seramai 158 org termasuk ahli keluarga. Yang memilih utk berkereta sendiri dah pun bertolak dahulu.Manakala kami rombongan che kiah sebanyak 3 buah bas Genting yg di chaterred khas mula bergerak lebihkurang pukul 7.30am, lewat setengah jam dari jadual asal pukul 7.00 am. Biasa ler tu..mana ada rombongan yg sharp bila nak bertolak ye tak..rombongan che kiah ler katakan...Aku memilih tempat duduk yg paling depan (belakang driver) kerana aku takut pening dan termuntah. Sepatutnya hubby ikut sekali, ntah angin meroyan mana tah yg merasuk, tetiba je tak jadi ikut...Tak nak ikut tak pe tapi duit belanjenyer kasik okeh....hehehe..

Perjalanan kami berjalan dgn lancar. Abang driver pun steady je, tak laju dan tak perlahan sangat. Coach bas kami Mr Edward pun ok, penerangannya ttg Genting Hingland kami paham walaupun tunggang langgang nahu dan pelat cinanya.

Kami tiba di Genting Skyway Station lebihkurang pukul 9.15am. Sementara menunggu rakan yg lain sampai, kami mencari tempat yg selesa utk makan nasi lemak yg di bekalkan (gambar : adik sedang pegang) aku dah makan tadik masa menunggu bas pagi tadi.




Abang, adik & baby sdg merilekskan diri sendiri..




















Baby, abang & apek mana ntah kat cable car













Adik yg kontrol macho













Cuaca ok tapi berkabut la pulak..












cable car yg turun, kami nak naik..aku tak berani nak tengok ke bawah..gerun wehh..











Almost pukul 10.15 kami dah berhimpun kat tempat exit ke Outdoor Theme Park. Menunggu mana lah org yg incharge bahagian tiket nih..



Baby & adik terpesona melihat kabus yg tebal dan sojukkk..














Baby dah monyok menunggu lama sangat.














Si baby dah majuk dah...dia dah tak sesabau nak masuk snow house..dari dalam bas lagi dia duk sebut-sebut..




Boring nyerrrr.....










Menunggu ni memang la satu penyiksaan. Nasib baik hubby tak ikut. Hubby memang tak suka bab tunggu-menunggu nih.. Aku pulak rimas bila anak-anak mula merengek-rengek itu ini-itu ini. Kena pulak tempat luas mcm ni, beribu manusia yg sentiasa bergerak, risau aku takut anak hilang. Adik & baby nak jugak duduk dendiam, yg si abang yg aku risau. Kekejab kepala aku berpusing mencari dia..kekejab suara tarzan aku memanggil nama dia..hish..memang abang tak tau duduk diam!




Abang yg tatau duduk diam..
eh ehhh.. anak dara sapa lak enterperem nihh..














Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 11.20 baru dpt tiket..hadoiii..sume org dah hangin satu badan..dah la sejuk.. kat Indoor atas sana, pengunjung yg lain dah riuh dah main sana sini...



Abang ngan grey riding hoodnya mencari ibu serigala menaiki mini train...










Nak naik mini train ni pun kene beratur panjang tau....




Kabus yg tebal, jarak 3meter dah tak nampak dah...









Tengah hari waktu lunch lagi sekali menunggu makanan tiba...asyik kena tungguuuuu jer....hmmmm...


Lunch di tapau oleh En Ha*****. Nasi putih, kacang panjang goreng ngan fish cake & ayam sambal.. alahai..kesiannya kami..

Tempat makan pun tak de..kat playground pun jadik ler..















Beratur nak masuk kat Bumper car..





















Sabau baby sabau!!!













Berpusing keliling mencari snow house.. akhirnya..

Tadaaaaaaaaaaa........












Kat dlm ni memang sejuk giler..Walaupun dah pakai baju tebal dan sarung tangan, kesejukan tetap terasa mengiggit sampai ke tulang.. Anak-anak la yg paling seronok, siap baling-baling salji lagik mcm kat dlm tv..Aku pulak yg terjerit menghalang takut masuk dlm mata..sekali pikir memang tak senonoh aku nih..sume nak kawal, jgn buat mcm tu, jgn buat nih..budak-budak biasalah, tahu nya serooooooonok saja....
Sebenarnya, bukan anak-anak aku je yg beriya-iya nak masuk Snow House, aku pun sama teruja nak merasa sejuknya salji...kat opis lagi, aku dah cakap ngan kenkawan opis yg aku nak masuk umah salji nih..Maklumlah nak pi Liberpul jauh sangat, kan abah kannn..tak terbayor duit tambang! hehehehe....

Here comes knight in the shining armour looking for the sweet princess!! hahahaha..











Kuda ku lari kencang..
Hatiku rasa girang..
lalalalalala...













gambar ni kalau tak salah kat pameran Monggolia Tribe. Masa nih dah keletihan yg amat sangat..dah tahap alteramen daiya dah..















Wajah-wajah letih dan sedey sebab masing-masing kaki dah sakit..tempat nak duduk pun tak de.. tension betul!














adik dah penat la mama..
jom la balik, jomm...












Pahlawan monggoliaku yg sejati..
Baru balik dr gembala kambing
ngan kuda padi!!!










Seronok sungguh kami bermain, sehingga banyak tempat yg terlupa nak amik gambar. Namun sedikit kekesalan kerana kat Indoor Theme, tak disediakan banyak tempat duduk. Kalau nak duduk kena masuk restoran atau tempat makan. Dan kalau dah duduk tu kena lah oder sekali, mana boleh duduk aja... Manakala suraunya agak terpencil dan jauh dari laluan utama. jenuh jugakla aku ngan Linda terpusing-pusing sewaktu memula mencari. Yg selebihnya bab menunggu..hohoho..dari menunggu kenkawan sampailah bab menunggu dalam barisan..kesemua permainan yg kami main, kena beratur panjang..tu sebab lah banyak masa terbuang hingga tak sempat nak main kat Outdoor Theme Park.
Apa-apa pun aku dan anak-anak memang enjoy dan terima kasih bebanyak pada Kelab Rekriasi opis aku yang menganjurkan rombongan ini. Walaupun ada kelemahan di sana-sini, namun 'tabik spring' harus di berikan memandangkan ini adalah kali pertama mereka organize rombongan sebegini. Bukan mudah yop oi nak uruskan org seramai 158 dgn 158 mcm kerenah!!....
Tabik yop Tabikkkk....
Atas permintaan ramai peserta yg dah keletihan dan kesejukan, kami bertolak balik pada pukul 9.00 menaiki bas yg sama dan sampai di Port Klang pukul 11.00 mlm. Adik dgn langkah mengengkang bersusah payah turun bas. Kesian nya anak aku yg sorang nih..memang kalah dia kalau bab kena berjalan jauh. Sesampai saja kat umah, semuanya tumbang..dah tak sempat nak mandi ke nak basuh kaki ke.. Letih wehhh....

Friday, December 19, 2008

Jom gi Genting!!!

Esok opis aku buat rombongan ke Genting Highlands. 3 biji bas akan mengangkut kami para kuli-kuli seawal 6.30 pagi.. Harap-harap tak ujan..almaklom kita merancang tapi allah yg menentukan...Semoga driver bas kami itu paham maksud "anda mampu mengubahnya!'

Monday, December 15, 2008

Andai ku tahu...

Kesinambungan dari posting tadi pagi makanya gue tempelkan klip video ini di sini. Emangnya gue suka bangat deh lagu ini. Melodinya baguuuuusssss sekali..Liriknya simple tetapi menyentuh ke jiwa.

Benernya gue sudah berkali-kali mencoba upload video klip ini sedari pagi tetapi nggak berhasil. Sebel deh.. Tapi gue kan nggak bisa berputus asa..harus di coba berkali-kali. Nahh..ini hasilnya.. .

video
Andai ku tahu - Ungu
Semoga terhibur ya ibu-ibu, bapak-bapak!

Tanda-tanda bila nak mati

Aku cuma nak share apa yg aku baca supaya kita sama-sama mendapat kebaikan dan pengajaran. Aku dapat article ni kira-kira 2 minggu yg lalu. Kan aku penah cerita yg aku batuk tak henti-henti sampai terken****2. So bila aku gi jumpa dokter dan dia check rekod aku, terus satu jab masuk kat peha kanan..ubat yg di beri yg terbagus kononnya la..Aku perasan, esoknya tangan kiri ku menggigil tanpa sebab. Bila bagitahu hubby, "kurang vitamin la tuu.."
Cehh..tembam mcm ni kurang vitamin? Kat opis, bila aku cerita pasal tangan aku yang terketar-ketar nih..terus terkeluar kisah tanda-tanda bila nak mati nih.. Sesungguhnya aku memang takut mati..anak-anak ku kecik lagi weh, amalan pun tak sebanyak mana. Namun syukur alhamdulillah, hanya sebelah tangan jer yg bergetar..maknanya aku belum la nak mati lagi...






Tanda-tanda nak mati :





100 hari


Seluruh badan rasa bergetar





60 hari


Pusat rasa bergerak-gerak





40 hari


Daun dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.



7 hari

mangidam makanan



5 hari

anak lidah bergerak-gerak



3 hari

Bahagian tengah dahi bergerak-gerak



2 hari

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak



1 hari

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar



Saat akhir

Terasa Sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)




Bila Malaikat mencabut nyawa

Baginda rasulullah S.A.W bersabda :

" Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.."


" Setelah itu datang pula sekumpulan malaukat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar."


" Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."


" Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."



Sambung Rasulullah S.A.w lagi....

" kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehinnga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."



" Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masaa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."




Wallahua'lam bissawab.




notes : kiranya tangan yg menggigil itu kesan dari tindakbalas suntikan dan pil athma yg aku makan.. batuk? Dah baik sikit cuma aku kena jaga makan dan tak boleh sejuk atau penat sangat..umur dah banyaakk..gitu ler..






Sunday, December 14, 2008

7 hari dalam seminggu

7 hari aku boring dan malas nak memblog. Agaknya hilang bersama semangat raya yg pudar dan suram. Hari ini aku kembali berkobar-kobar utk mencatat kembali history 7 hari yg dah berlalu itu..walau pun tak de apa yg interesting puunnn...

Ahad sebelum raya..

Mcm org lain nak sambut raya, aku pun sibuk gak gi pasar beli mende-mende yg nak di masak utk raya esok. Dan mcm biasa gak org ramai menyerbu bahagian jual ayam mcm tak penah makan ayam! Dekat setengah jam beratur mengalahkan beratur kat sopping kompleks..Acara masak memasak bermula seawal 6.30 ptg dan berakhir pada pukul 10.30 mlm.. tak kuasa I nak masak sampai jauh-jauh malam tau..

Isnin hari raya..

Jam dah pun pukul 6.30 pagi.. Baju melayu utk anak-anak dan hubby dah siap di gosok.. sarapan pun dah siap.. menunya cam biasak lah kalo hari raya, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang..Senyap jer diorang nih. aikk..takmo bangun ke? Hari raya wehh..jgn nk tarik selimut lagik..tau la sejuk..bangun-bangun! Kang nak gi solat hari raya!
Sepanjang haText Colorri hujan masih tak berhenti..Hari raya adil adha kali ini menyaksikan
acara makan tidur, makan tidur berlangung dgn jayanya..nak tenguk tv tau lah astro kalu ujan-ujan nih, memanjangla service not available nyer..bil bayar tiap bulan..

Hari raya ini jugak meyaksikan kemuraman anak-anak yg tak dpt balik beraya bersama nenek mereka kat NT..Sehingga ketika menelepon MIL mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf, semua org berganti-ganti bercakap tetapi baby jer yg tak nak bercakap ngan nenek.
" Baby takmo cakap ngan nenek, baby nak jumpa nenek!!"
Aduhai anakku, bersabarlah.. nanti kita balik masa cuti krismas k..

Selasa sehari selepas raya

Aku gi keja dgn amat malasnya namun terpaksa kerana aku dah tak de cuti lagi dah..cuti 2 hari yg aku apply ari tu aku kenselkan aje bila dah tak jadi balik kg. Rugi woo 2 hari potong gaji..

Rabu 2 hari selepas raya

Pi keja mcm tak yah pi keja..boring ya amat..ramai yg amik cuti ari ni sempena esok pun cuti birthday Sultan Selangor. Yg tak de cuti cam aku nih duduk dendiam okeh..

Khamis cuti satu ari

Hehehe satu ari jer..cukuplah utk aku meyambung mimpi selepas subuh..Plannya nak gi jogging..jogging kat katil jer lahh..err..jgn double meaning okeh..

Jumaat sebelum ari Sabtu

Hujan yg turun seawal pukul 5.30am tidak mematahkan semangat aku nak gi kerja ari nih..wahhh berkoba-koba gitu..Dengan semangat Megat Terawis aku berjaya membirukan punchcard aku ari nih..hehehehe..selalunya merah aje... Rupa-rupanya Allah nak selamatkan aku..big boss mood tak tak baik ari nih..sesapa yg lewat tak dibenarkan masuk! Gate ditutup dan dikunci tepat pukul 8 pagi. Aisehmen, nasib baik betul!

Sabtu sesudah Jumaat

Selepas solat, aku layan tv sampai tv pulak layan aku..aku tersedar bila anak-anak bising bertanya mana sarapan. Halamak, dah pukul sploh dah..sori-sori..ampunkan bonda! Apalah aku nih..tak baik tau biar anak-anak kelaparan..Dengan kepantasan dan keligatan ala-ala Chef Wan, aku berjaya menghasilkan nasi goreng dan ayam goreng dlm masa tak sampai setengah jam..Anak-anak dan hubby pula berjaya menghilangkan nasi goreng dan ayam goreng itu dalam masa tak sampai 5 minit..huhu..

Ahad ari ni laa

Mendung di awal pagi membawa ujan di tengahhari. Sarapan yg simple-simple aje..sebab tengahhari kang ni gi kenduri..kena lah sediakan perut betul tak? Kalau perut dah kenyang, makan kepala gajah pun jadi tak sodap..rugi pi kenduri tapi tak menikmati kesedapan nasi kenduri..hehehehe.. alamak..lupa lak nak snap gambar nasi dan lauk kenduri..dah lapar daaa.... Lepas balik kenduri, masing-masing jadi ular sawa..sambil melayan mata, tv2 menayangkan cerita tamil Kandukondain-kandukondain. Dibintangi oleh Tabu, Aishwarya Rai dan Ajith. Sebenarnya aku dah tenguk banyak kali dah cerita nih.. tapi aku layan jugak sebab aku suka tengok Tabu dan Aishwarya yg cantik dan Ajith yg ensem..hehehhe..jalan ceritanya pun aku suka..tak la mcm sesetengah cerita melayu yg ntah apa-apa tuh..Bukan la aku ni anti cerita melayu tapi aku memang tak suka tenguk. Kalau tenguk pun pilih-pilih jugak,sapa pelakunnya, pengarah dan penulis skripnya..Aku suka Rasyid Sibir punya karya kalo drama lah. Ziela Jalil pun ok gak.. Filem? Aku rela tengok cerita omputih, cerita hindustan,tamil hatta cerita cina sekalipun, janji ada sari kata..hahahaha..

Okey lah, panjang lebar nau catatan aku kali nih..nak tido esok nak bangun awal nak gi keja.. kang ada yang kena tahan tak leh masuk keja kang!

Selamat Malam!



Sunday, December 7, 2008

Tanah runtuh di Bukit AntaraBangsa... Tak jadi balik raya

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Genap seminggu targedi tanah runtuh di Ulu Yam yg mengorbankan 2 nyawa, kini kita di kejutkan lagi pada awal pagi Sabtu tadi dgn kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut 4 nyawa. 14 buah banglo ranap menyembah bumi.

Melihat rakaman video yg disiarkan TV yg memaparkan runtuhan tanah masih dan sedang berlaku mengingatkan aku kejadian Highland Towers lebih 15 tahn yg lalu. Rasanya mangsa Highland Towers akan kembali trauma bila menyaksikan kejadian tersebut.

Takziah utk semua mangsa. Semoga mereka tabah menghadapi segala dugaan namun yg pasti hidup harus di teruskan jua.......



Tak jadi balik raya!
Plan nak balik raya haji bersama MIL di Nibung Tebal tak jadi lah pulak..Penat bersiap-siap, pakaian sumer dah pack, anak-anak pun dah excited tapi tu lah..kita merancang Allah yang menentukan.



3 bag pakaian dan sebakul makanan bekal dlm perjalanan siap sedia utk balik kampung.






Asalnya nak raya kat sini aja sebab aku ada buat korban utk Za'im. Hubby pun ok tapi ntah ler tetiba je hubby cakap nak balik raya kat NT. Masaalahnya aku dah tak de cuti lagi dah..kalau nak balik kampung jugak, terpaksa la amik unpaid leave. Tu yg tak best tu sebsb bila amik gaji nanti, mcm kurang jer.. Namun demi hubby terchenta ku korbankan jugaklah 2 hari cuti tanpa gaji.. Lagi pun kesian jugak kat MIL, dia tinggal berdua je dgn Aki anak bujang trang tang tang tuh..
Sejak FIL meninggal pada 16 Ogos yang lalu, umah tu memang sunyi..Kalau kami balik sekurang-kurangnya umah tu tak le sunyi sangat. Almaklum anak-anak aku nih nakal-nakal belaka..ada je benda nak di rebut, pastu bergaduh terjerit-jerit..pastu berbaik semula bergelak ketawa..

Ehh melalut kemana la aku nihh..balik semula ke cerita nak balik raya, sepatutnya bertolak selepas zuhur. Hubby keluar kejab nak check keta katanya..Tunggu punya tunggu punya tunggu, hubby masih tak balik-balik lagi..telepon tak jawab. Hish apa hal la pulak?.. Dah dekat pukul 5 petang baru hubby balik..bertolak malam kata hubby jalan sesak sekarang. Lepas maghrib aku tenguk hubby menong aja..jadi ke tak jadi balik nih? Hubby cakap hati dia berbelah bagi nak balik ke tak..Tak sedap hati katanya..tak yah balik lah, kita raya kat sini aja.. Haadoi..penatnya aku pack kain baju....

Anak-anak? Muncung sumer dah sejengkal!!

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha utk semua.. dan selamat berkorban!

Thursday, December 4, 2008

Dalam hati ada bunga...

Tiada lah kata-kata yg dapat menggambarkan perasaan aku yang baru nak merangkak dalam dunia blogger ini. Tiada lah jua sebarang lukisan yg dpt mempamerkan warna warni yang menggebu di hati ini....

Bunga raya bunga kenanga
Cempaka layu di tepi tanjung
Hati saya berbunga-bunga
Tiga sifu blogger hebat sudi berkunjung

Cempaka layu di tepi tanjung
Kutip cekur ke dalam bakul
Tiga sifu blogger hebat sudi berkunjung
13may yg macho, kak ungku yg unibers dan kak sya yg cool!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ni mak budak baru nak belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

Ambil galah tolong tunjukkan
Galah berpaku tiga sejajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Yang saya tak tahu silalah ajar

Terima kasih daun keladi
Jika sudi datang lah lagi
Jemputlah masuk ke teratak Simfoni hidupku ini
Berkongsi pengalaman & kisah yg terjadi

Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Namun saya berasa malu
almaklum rumah tak sempurna siap

Wednesday, December 3, 2008

Congratulation utk diri sendiri! & Smiling Moon

Congratulation utk diri sendiri!

Hehehee..baca tajuk je dah tahu ini mesti kes masuk bakul angkat sendiri..tau tak per..mesti la nak puji diri sendiri..harapkan org lain puji, haruslah aku ni muntah darah dulu!
Bukan apa, sesaja nak mengingati saat-saat kegemilangan (ceewaah) menjadi juara bowling bahagian wanita biar pun tak ada hadiah disediakan utk kategori tersebut. Namun jgn tak tahu, aku jugak memenangi acara berkumpulan, naib juara lagik..yg ini ada hadiahnya.walaupun cuma RM 70.00 jer.. kira okey la tu dari balik tgn kosong..
Kredit patut di beri pada CYC dan juga Baha yg bertungkus lumus mengutip mata. CYC 386 point, 'Kak' Baha 311 dan aku? 271 jer..hehehe..


Tujoh ploh hengget jerrr!



Sebenarnya pertandingan bowling ni dibuat pada 22 Nov yg lalu di Mega Lane Plaza Alam Sentral, cuma pemberian hadiah je di buat semalam 1 Desember. Biasak la tempat kerja aku nih..apa-apa hadiah kalo nak beri atau berita penting nk di umumkan mesti nk tunggu monthly assembly yg selalu dibuat pada setiap awal bulan. Even birthday gift pun diberi pada waktu tersebut. Tak kira la ko birthday berapa aribulan, janji bulan yg sama.

Yang kelakarnya,selain hadiah di beri pada 5 kumpulan yg mengutip mata tertinggi, kumpulan yg paling corot juga turut mendpt hadiah sagu hati..hahahahaha baik sungguh AJK kelab rekreasi opis aku nihh..

Smiling Moon

Keajaiban bulan 'senyum' yg luarbiasa terjadi malam tadi. Kelihatan bulan sabit dan planet Zuhrah ataupun Venus (Roman Goddes of Love) serta Musytari (Jupiter namely after God of Sky and Thunder) yg menyerupai muka orang tersenyum! Kejadian luarbiasa astronomi ini terjadi pada pukul 8 malam tadi dan hanya berlaku pada setiap lima tahun sekali. (gambar ehsan Berita Harian)

Sebenarnya aku tak sedar pun tentang fenomena ini, hanya bila Buletin TV3 siarkan pada penghujung berita baru lah aku kelam kabut berlari keluar mencarik bulan.. Mana? Mana bulan? Berpusing kepala aku mencari mana lah bulan senyum nih.. rupa-rupanya nuuunn di sebelah blok A sana...terlalu jauh, handphone cokia aku ni manalah dpt capture objek yg sebegitu jauh..malam pulak tuu..Warga Taman K** pun ramai jugak keluar tak nak ketinggalan meyaksikan bulan senyum nih. Namun aku tetap rasa amat bertuah kerana aku adalah diantara jutaan manusia yg dpt mneyaksikan kejadian luarbiasa tersebut dgn mata kepala aku sendiri. Alhamdulillah adik dan baby pun turut sama menyaksikan keajaiban kekuasaan Allah SWT. Allahu Akbar!

Dan mungkin jugak bulan tu senyum sebab nak congrate aku dapat tujoh ploh hengget tu kot! Hahahahahaha...

Tuesday, December 2, 2008

Amalkan 4 perkara sebelum tidur

Aku dapat emel dari sorang sahabat tentang perkara dibawah nih. Elok juga aku muatkan kat sini supaya dapat munafaat pada sesiapa yg membaca blog aku ni..Terimakasih ya Ummi dan maaf kerana akak telah mengkopipeskan jadi posting akak ari ni..Mudah-mudahan menjadi amalan istiqamah kita semua..

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, December 1, 2008

orang burung


Aku sebenarnya tak der idea nak buat posting ari ni..tapi masa pi market pagi tadi aku nampak lagi 'orang burung' kat situ.. duk tabur padi bagi makan burung merpati.Huishh..ramai sungguh merpati yg turun makan..ala-ala Trafalgar Square kat London lah pulak..heheheh..Tapi syg aku lupa bawak handphone..kalu tidak boleh amik gambar org tu lagik..

Dulu kalau tak silap aku setengah bulan yg lalu, aku ada amik gambar 'orang burung' nih..Tapi baru dua kali snap..'orang burung' tu dah larik kan diri..dia takut agaknya. Mungkin dia ingat aku nih suku sakat MPK kot..hehehe..tapi jadi kesalahan ke bagi makan burung kat tempat awam gitu? aku pun tatau.. ehh lantak ler..yang beli padi dia, yang bagi makan pun dia.. tak der kene mengene dgn aku.. aku cuma menghayati dan mengabadikan setiap peristiwa yg terjadi di sekeliling.. So yuk kita tenguk gambar 'orang burung' yuk..


orang burung sdg bagi makan burung...


Orang burung dah larik, tinggal burung jer..

Okeh, selamat berhari minggu utk semua.

Sunday, November 30, 2008

Sampah dan Vandalisma..budaya org kita!

Apa kene mengene entri aku kali nih dgn tajuk di atas? Haah.. ni lah nak citer nihh..Bunyik mcm marah jer..Iyea memang aku marah, geram, sakit ati dan segala mcm rasa yg sewaktu dgnnya. Hish..memang tak senonoh betul perangai org kita nih...

Petang tadi kat umah x ada aktiviti nak buat. Nak ajak hubby gi jenjalan, hubby tgh sibuk buat 'headcount' yg wajib di hantar pada GPK Puan A sebelum hari Isnin. Benda alah tu depa nak buat meeting kt Genting nun hari Selasa nanti. (Org gomen memang pandai cari tmpt yg class kalo nk buat meeting!!!) Puas golek-golek depan tv, ajak adik dan baby ke taman belakang umah. Ingat nak ajak diorang main jongkang-jongkit ke, main gelungsur ke, tak pun main buai. Diorang ler yg main tak kan aku kut nak main..mau putus tali buaian tuh kang! hahahaha...

Namun tiadalah yang lebih menyedihkan hati aku dari sedih sesedih-sedihnya bila aku tenguk persekitaran padang permainan Taman K** nihh. Sampah merata-rata..bukan setakat plastik bekas makanan, kulit kacang, kertas-kertas, botol minuman, kulit durian pun ada! lampin pakai buang lagik!! aduhh.. dimanakah sikap pembersih yg menjadi amalan para muslimim? aku tahu 150% yg dtg ke padang tu org melayu, beragama islam. Tetapi perangai????
Dan setahu aku jugak kat Taman K** ni ada pihak yang uruskan bab sapu menyapu nih.. tapi tu ler..asal sapu kt jln laluan utama jer, longkang dan padang permainan terlepas pandang???
kertas, botol minuman, plastik bertaburan.


Cemaner pampers pun boleh sampai kat sini?

Tenguk lah pulak jongkang jongkitnya.. dua-dua belah besi pemegangnya dah tercabut, camaner nak main? Kalau budak besar boleh lah jugak imbang badan, Budak kecil camaner?

tempat pemegang dah ilang!! Tatau sapa sudah angkat daa..

Adik boleh imbang badan tapi si baby kene pegang besi bawah..
Kuda mainan yang berenjut ni pulak tinggal spring nya aje.. yg lagi satu pulak tinggal tapak dgn tunggul springnya sedikit.. tak ke bahaya tu kalau-kalau tersepak nanti..

Serpihan papan ntah dtg dari mana bersepah kat tapak kuda mainan..

spring aje yg tinggal....kuda nyer dah terbang kot!

tinggal tunggul !
Yang ni pulak cuba tenguk kat papan gelungsur..dah pecah kat bahagian bawah tu..tak ke bahaya kalau budak mengelungsur dan tersangkut punggung seluar kat tempat yg pecah tuh..
Eeiii..tak dpt ku bayangkan kalau tersiat kulit punggung..Na'uzubillah!


Itulah perangai org kita.. tempat kanak-kanak main, org dewasa pun nak tumpang sama..tak sedar badan mcm gajah..merosakkan harta-benda awam. Yg lebih menjengkelkan, sesetengah tu gatal tangan..ada jer nak di ketuk, digoyang biar jahanam. Tu yg mainan nombor-nombor kat tangga papan gelungsur tu.. camaner boleh pecah kalau bukan tangan-tangan gatal yang duk ketuk-ketuk..

Itu belum cakap pasal telefon awam, bas stand, pili bomba... haiyaa..sendiri mau ingat laaa...

Friday, November 28, 2008

Boooriiiinngggg!!!!

Rasa nya dah 2 bulan keadaan macam nih..boring betul! Tak de kerja. Tatau nak buat apa..boss tak bagi apa-apa arahan pun.Datang ofis dul melangut mcm org sasau..lebih-lebih main game kat computer..boring main game, sembang la pulak..sambil makan kuaci..chehhh..mcm ofis nih bapak depa yg punya..ewahh.. Tak caya tenguk nih...
Tenguk...sume orang tak de..tapi adalah sorang hambaallah tu tgh tekun mengupdatekan blog.hehehehe...
Meja bersih gila..wa cakap luu....

Sini pun sama..satu bayang orang pun tak nampak..tak de production, meja meja sume tinggal kososng..Supervisor dan clerk nya ntah kemana...




Jangan tinggal daku...oh kasih oh pujaan...
Hehehehe..Sian En R, sorang-sorang dia kat opis..anak buahnya sumer missing in action...






Harap-harap bulan Disember yg lagik dua tiga hari nih akan membawa sinar yg lebih gemilang utk kilang tempak alu keja nihh..aku pun dah pening tatau nak buat apa..enquiry boleh bilang dgn jari..selain dari check email dan surfing other bloggers, aku rasa mcm nak tidur jerr..badan pun sakit-sakit..lenguh sana lenguh sini..iyalaa..anggota badan dan segala urat saraf dah biasa buat keja..bila tak buat keja, sume pun jem..tu yg sakit-sakit tuhh...

Tuesday, November 18, 2008

Bila dah batukk.. Koh! Koh! Koh!





Rasa tak sedap badan ler pulak ari nih..seram-sejuk seram sejuk..nak demam ke? Batuk pulak masih tak baik-baik, dari raya puasa dulu sampai dah nak raya haji..macam tu lah jugak..yg tak tahan tu setiap kali batuk boleh terkencing-kencing di buatnya..dan setiap kali batuk jugak, aku akan termuntah apa jugak yang aku makan, kahak jgn cakaplah..kekadang rasa mcm tak boleh bernafas di buatnya..setiap kali gi klinik, tukar ubat. sembuhnya tak jugak!

Petua jgn cakaplahh..cocacola+garam, madu+air limau, air asam jawa? Cakap aje..harus mak coba, asalkan sembuh. Ubat batuk pun dah berbagai di minum..cap ibu & anak? kelapa laut? woods' peppermint? ubat batuk singseh? Strepsil? berkotak dah abis...tapi masih tak reda batuk nih..Ini lah yg dikatakanselagi Allah tak izinkan, takkan jadik!

Agaknya batuk ku ini merupakan cara Allah mengingatkan aku, yang aku perlu bermuhasabah, menilik dan menilai tahap kesabaran terhadap ujian dariNya.

Ya Allah, ampuni aku ya Allah, sesungguhnya aku tak setabah Nabi Ayub ketika Kau uji baginda dengan bala yg maha dahsyat! Dan aku jugak tak sesabar Asiah isteri Firaun yg terseksa dgn kezaliman suaminya. Ampunilah aku hambaMU yang kerdil ini!!...

Monday, November 17, 2008

Yeay!!! Cutiiiii!!!!!

Cuti sekolah datang lagi..bermula lah episod umah yang tak serupa umah dengan pelbagai mainan yg bersepah-sepah dari anjung ke bilik, waima depan pintu masuk pun ada. Itu belum kira pinggan, cawan, mangkuk kat depan tv! kalau ditanya sumer kata kau punya, sumer tak nak ngaku. Bil letrik, bil air pun bertambahlah bulan nih dan bulan akan datang! Manakan tidak, tv 24 jam terpasang, game lagik, komputer lagik. Peti ais jgn cakaplah..berdentum-dentum pintu peti ais tuh, kejap si abang buka, kejap adik, kejap lagi si baby pulak, pastu si bapa nyer pulak..haiii..kalau peti ais tu boleh bercakap..mahu dijerit sekuat hati sakit lah hoi, boleh tutup pelan-pelan tak? Bilik air toksah cakaplah...terutama kat depan pintu bilik air,mesti berkecah basah! Budak-budak nih bukannyer nak mandi sangat, nak main air jer yg lebih!!
Sabor je lah aku nih...


Dan diucapkan selamat jugak kepada atuk-atuk dan nenek-nenek kat kampung, semoga banyak-banyak ler bersabo hendaknya..almaklum cuti skolah, dah tentu cucu-cucu sumer di antor balik kampung..alamat bertempiaran ler sumer ayam-ayam yg kat bawah umah kena kejor dek bebudak bandor..hehehehe..agaknya kucing pun tak senang nak berlengkau kat dlm umah, takut kena perambat dgn diorang!..



Emmm...apa apa pun selamat bercuti kepada seluruh cikgu dan cikgi terutama kepada my dearest hubby, Cikgu Misah, Cikgu Jam dan tak lupa juga buat Cikgu As. Juga utk semua murid-murid sekolah seluruh negara, walaupun ada yang belum lagi merasai nikmat cuti sekolah kerana masih menjalani peperiksaan. Apa-apa pun Happy Holiday tuk sumer. Meh kita layan lagu Boney M mehh.....

video

Friday, November 7, 2008

amboi mak aii, lama sungguh tak jenguk umah sendiri. Nampak gaya nya aku ni bukan le jenis pemblogger tegar, ye dak? Malas sungguh nak buat posting, asyik tertangguh jer dek kebizian tahap dewa nih! Kebizian yg ntah apa-apa ntah..

Banyak benda nak cerita sebenar eh..pasal family day SKTG kat Tiara Beach resort, pasal kakak nak pi Haji, pasal hari raya yg lepas, pasal lesen keta..huishhh macam-macam ada wa cakap lu..Tapi itu semua, tungguuuuuu....wa bizi la sekarang!

Wednesday, October 22, 2008

Indah khabar dari rasa...cisss!!!





Begini ler lebihkurang rupanyer nasi beryani yag aku makan tadi..(gambar ehsan cik wiki) Idak ler sesedap mana pon...harga nyer kemain mahal. 7 hengget ngko!


Tapi kalau dengar cerita dema yg pi makan kat restoren tepi sungai tuhh..sedapnyer hingga tak terkata..waima kalau pukul 1 tghhari nk pi makan kat sana, jgn harap ada lagi nasi dan lauk-pauknyer..licin!Tapi tu ler kan..cakap-cakap org ni kekadang indah khabor dari ruper..ehh dari raser nyer....


Agak-agak ler kan, nak kena pi makan kat sana kut baru terasa kesedapan nasi beryani tersebut. almaklum lah, sambil makan sambil di belai angin sepoi sepoi language dari sungai klang yang penuh dgn sampah sarap tuhh..tambah perisa ler kata kan...heheheh...

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan 17 - cobaaaannn...

Semalam Nuzul Qur'an di sambut oleh rakyat Selangor bercuti sehari samaada yang bekerja atau bersekolah. Anak-anak terlebih la suka nya..boleh sambung tidur, tak yah gi skolah..hmmm, Mama nya lah yg tak dapat terus ngorok..nak basuh pinggan mangkuk sahur tadi, nak menyidai kain, siram pokok bunga..hish..takkan abis kerja-kerja nih!
Berbuka pun simple jer. Kuayteaw goreng ngan mee kari. Kueh-kueh tak yah..membazir jer..bukannya dimakan pun bila dah meneguk air bergelas-gelas..
Nak jadi cerita, semasa duk masak mee kari., waktu tu pukul 6.45, aku terperasan lampu dapur terkelip-kelip. Kejap nyala kejap padam... aikk..lampu ni nak terbakar ke? Dalam pada duk pikir-pikir langsung lampu terpadam! Haah! letrik tak ada?..Tetiba adik yg tengah main game kuar merungut-rungut mcm kumbang nak masuk dlm kayu..rupanyer game yg dia tengah syok main terganggu kononnya ada org jeles pi tutup suis..Ohhh..aku dah agak dah..ni mesti kes gangguan letrik kat fius utama nih..memang betul pun bila Encik Hubby check, dia punya tembaga tu dah putus..Cuba punya cuba Encik Hubby kata tak boleh buat..aiseymen..dah pukul 7.15 dah nih..berbuka kul 7.17, macammana nih? Apa nak di kato, berbuka lah kami sekeluarga diterangi candle light dinner gitu!!..hehehehe..ingat lepas berbuka baru nak panggil atuk K tolong tenguk-tengukkan..tak sempat nak buka pintu, vespa atuk K dah vroooom ke surau!
Nasib-nasib.. Encik Hubby kata tak apa lah tunggu atuk balik surau nanti dlm kul 10.45. Tunggu punya tunggu punya tunggu, anak-anak dah menggelupur kepanasan..buka pintu nyamuk pulak masuk..tak tahan dgn rengekan sibaby, Encik Hubby trus start keta dan zoom ke restoran Kayu kat Bt Tinggi.. balik umah dah pukul 11.00. Vespa atuk masih tak nampak.. agaknya atuk buat qiam kat surau kut..hadoiii..kepanasan lah kami anak beranak malam nih...
Cobaannn...Bangun bersahur dgn mata mengantuk. Mana tangan nak berkipas, mana tangan pulak nak tampar nyamuk.. Cobaaan...

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan 15 - Mee Kurnia?

Tercari-cari apa nak di masak berbuka nanti, aku terjumpa satu resepi yang nampak menarik dan sedap..Mee Kurnia credit to http://rozzan.blogspot.com . Nampak mcm sedap je..aku pun mula la meng'copycatkan resepinya..sorry ya rozzan..saya copy tanpa kebenaran. Tengaharinya terus aku ke pasar mencari bahan-bahannya..hahaha..berkoba-koba nih nak cuba resepi baru! Balik jer koje, terus aku bersilat kat dapur dgn semangat Tun Teja menyiapkan segala mala rencah-rencahnyer. Lebih kurang pukul 7.10 semuapun dah siap terhidang. ada juga karipap dan kuih koci yang di beli dari pasar ramadhan sebagai tambahan kut-kut mee kurnia tu tak cukup!! hahahaha..tamaknya nafsu bila bulan puasa ya...Air feberet semestinya lah air soya..kegemaran kami sekeluarga. Alhamdulliah, usai berbuka..tinggal semangkuk jer mee kurnia..memang sodap lah kira-kiranya tuh.. adik dan baby siap bagi thumb-up lagik.. hehehehe..berbaloi lah segala penat memasak tadi...

Monday, September 15, 2008

Ramadhan 14 - satu permulaan

Satu percubaan yang berani bila aku mula memblog pada ari ni..Kebiasaannya aku lebih suka jadi silent reader membaca blog orang. Tersenyum bila cerita yg di tulis mencuit hati atau bergenang air mata kala kisah pilu menyayat kalbu. Atau kekadang terpesona dgn perjalanan hidup bloggers yang dilukiskan dgn ayat-ayat yang sungguh menarik hati. Semuanya bagai membakar semangatku utk memblog. Dari sehari kesehari kau bertangguh..akhirnya...pada tanggal 14 september 2008 bersamaan dgn 14 ramadhan 1429 hijrah..sejarah pun tercipta dgn lahirnya Simfoni hidupku yg ku dedikasikan kkas utk anak2ku yg kucintai. Semoga mereka mempelajari sesuatu andai suatu hari nanti aku tiada lagi di alam maya ini.....