Thursday, February 26, 2009

Orang biasa vs Orang luarbiasa

Seumur hidup aku, aku belum pernah lagi berjumpa dgn org-org besar atau org-org kenamaan. Sampai la sekarang pun, wakil rakyat pun aku tak pernah jumpa..dan sudah tentu lah wakil rakyat pun tak pernah jumpa aku..hehehe.

Org istana? anak raja? lagi la tak pernah. Tinggi ka idungnya? Bulatka matanya? Lentik ka bulu matanya? Kalau ikut cerita hikayat zaman dulu kala, anak-anak raja kalau pompuan selalunya cantik rupawan, kalau lelaki pulak mesti tampan menawan. Betul kah begitu?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah org siapa tahu? Petang tadi tatau apa jodoh dan apa tuahnya , bos call bagitau DSSRSPJ adinda Sultan dari negeri nuun di utara sana nak datang melawat.Sebok giler HR membuat persiapan. Bos pun satu. Lagi satu jam nak sampai baru nak call..Kesian Puan A. Kelam kabut dia mengarahkan Aci Cleaner mengelap, mengemop, membersih apa yg patut. Siap sembur air-freshner lagik kat ruang depan tu..hehehe.. red carpet tak ader ker Puan? Bunga manggar, bunga rampai dan jugak kompang? wakakaka..

Semasa menolong membuka pintu sewaktu En A membawa minuman, apa lagi aku tenung ler kat tetamu kehormat tu..hmmmm tiada apa-apa yg special punn..Kulit sama mcm aku, mata dan telinga tetap jugak dua..hidung tak de la sampai menongkat langit..pakaian pun biasa saja..berslack dan berkemeja..

Sesungguhnya tak ada beza pun antara org istana dengan rakyat biasa. Darah yang mengalir di setiap pembuluh dan urat saraf masih merah warnanya...

Hujan Malam


Aduhai...

Sudah 4 malam berturut-turut kau hujankan toto ya Izzat.

Pagi ni mama tenguk basah lagik.

Tak larat la mama nak basuh cadar hari-hari.

Nak jemor toto hari-hari.

Penat mama lapikkan plastik

tapi kau guling pulak kat tempat lain..

Dah la sekarang ni mendung jer setiap hari..

Apa yang kau mimpikan anakku?



Wednesday, February 25, 2009

Hilang gelap timbul teraaaanngg...

Sudah seminggu lebih aku mengeramkan diri sendiri. Bukan hilang tapi cuma menyelam ke sana ke mari.Mencari sesuatu yg aku pun tatau apa yg aku cari. Kini aku sudah kembali dgn penuh semangat. Yesss..
Kalau seminggu yg lalu, aku bersedih pilu, berkeluh-kesah dan berhati gundah...

Menimbang-nimbang masa depan. Namun aku percaya rezeki bukan di tangan sesiapa. Aku pasrah dan aku redha...
Kini aku suda kembali ceria..Aku tahu Allah akan menjaga aku. Kan ka jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki Allah yg tentukan...No worries okeh.
So, mari lah kita berlumba-lumba menghapdet blog tak kira bila-bila masa, bila-bila ketika. Senang susah, sedih gembira kita kongsi bersama..

Yang penting kita bahagia dengan apa jugak yg kita lakukan..oraaiit..

Monday, February 16, 2009

Kasih

Malam ini kasih
Teringat aku pada mu
Seakan kau hadir
Di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri
Agar tiada sepi
Ku lewatkan hari
Di dalam mimpiku

Seandainya mungkin
Ku mampu terbang ke awan
Detik ini jua
Ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Diri mu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih
Dengarlah hati ku berkata
Aku cinta kepada dirimu saja
Kasih
Percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

**hmmm...Monday blues.

Wednesday, February 11, 2009

geramnyeeerrrrr!!!!



Really-really cant stand with this old woman. Very stubborn. Really make me pissed off!!!
Grrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!


Tuesday, February 10, 2009

mata ku buta!




Oooops! mataku telah 'patah' dan aku buta utk sementara. alangkah sukarnya apabila Allah ambil kembali nikmat yg diberiNya walaupun sebentar cuma...


Friday, February 6, 2009

bila kau sakit aku pun terasa

Dari semalam hingga sekarang, en hubby dan Aiman masih sakit perut. En hubby cakap sebab makan sambal udang, perut dia sakit. Amboi..cuba fitnah sambal udangku yg vogue nampaak...
Tak mungkin, tak mungkin..kalau betul mesti aku, Za'im dan Izzat pun sakit perut jugak.. takkan lah perut kami bertiga ni made of plastic?

Semalam dah suruh en hubby gi klinik tapi dia tanak. huhh takut kena cocok la tu..hahaha..mcm budak-budak..En hubby memang mcm tu. Kalau sakit tak penah nak gi klinik. En hubby lebih suka telan panadol ke atau lebihan ubat aku yg kebetulan sama simptom dgn penyakit dia. dari satu segi memangla jimat tapi kan lebih elok jumpa doktor supaya doktor boleh check dgn lebih detail. Ini sakit-sakit pun gi jugak sekolah. kalau gi klinik amik mc kan senang!

Aiman pulak langsung tak gi sekolah kebangsaan pagi tadi.. Dah siap pakai baju pun. Tengok dia menekan perut semacam je, dah tu keluar masuk toilet jer, haah sudah..tak yah ler gi sekolah..
Si Aiman ni aku susah sikit kalau dia sakit. Umur dah nak masuk seblas taun, tapi tak boleh telan ubat biji. Sedangkan kalau bagi dia ubat air pun terkulum-kulum, terkunyah-kunyah bagai..dah tu termuntah-muntah. Memang siksa nak bagi dia makan ubat.

Tadi tepon kat umah, en hubby dah balik rehat kat umah. Aiman pulak masih lagi tertidur. Kang rehat kang aku nak balik tenguk diorang berdua.

Thursday, February 5, 2009

Lompat si katak lompat

Lompat si katak lompat
Lompat tinggi-tinggi
Sumer nak tunjuk hebat
Pakat lompat parti.

Lompat si katak lompat
Lompat atas tangga
Cara paling smart
Nak tipu rakyat jelata

Lompat si katak lompat
Lompat dalam belanga
Depa memang dahsyat
Rakyat juga yg duk menganga

Lompat si katak lompat
Lompat sini sana
Kita tunggu dan kita lihat
Kita tengok siapa yg keeenaaa....



ooohhh, negeriku
tanah tumpah darahku!





yg musykil, ngape Najib yg jadi pengerusi perhubungan umno perak? Ape perak tak ade ke pemimpin yg berkaliber??????


mean father!

Aku terima emel videoclip ni semalam. Mungkin berjuta dah tengok pun. Namun aku tetap ingin mengabadikannya dlm blog yg ku cintai ini kerana aku kesiaaann kat baby tuh... tak baik tau..kesian dia! Pada tuan punya video clip ini aku mohon maaf banyak-banyak kerana telah mendownloadkannya tanpa izin (bukan pendatang tanpa izin ya) dari anda..

video

Agak-agak macam muka sapa ya??

sungguh ku tak maaaampu menanggung rindu...



gishhhh..i really-really miss you!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

wahai blog yg ku rindui..

Aku rindu kamu!