Malam tadi aku bermimpi lagi.
Kalu tak silap 3 hari sudah pun aku bermimpi jugak. Lebih kurang mimpi yg sama.
3 hari sudah aku bermimpi memandu kereta dgn laju dan tak semena-mena aku sampai ke kawasan yg sangat tinggi. Nak kata bukit bukan bukit. Nak kata gunung bukan gunung. tapi lebih kurang mcm rollercoster. makin lama, semakin tinggi. Oleh kerana kereta yg ku bawa adalah manual, sedaya upaya aku mengawal kereta supaya aku dapat sampai ke puncak. Berpeluh-peluh aku ketika itu dgn hati yg berdebar-debar takut kereta akan berundur ke belakang. Aku terjaga secara tiba-tiba dan aku memang tengah berpeluh dan dadaku berdebar kencang. Jam baru pukul 4.30 pagi.
Semalam. mimpi yg lebih kurang sama. masih dalam suasana memndu kereta. Aku rasa waktu tu aku dalam perjalanan balik dari rumah kakak di Bagan Serai. Dari jauh aku nampak simpang lampu isyarat Kuala Kurau- Parit Buntar- Taiping menjadi semakin tinggi Alamak, mcm mana nak buat nih? hati ku berdebar-debar. Jelas pada pandanganku, simpang tersebut membukit tinggi hingga 90%. Huhh tak munasabah sungguh, akal logik ku berbisik. Namun dengan segala kudrat yg ada, aku tekan gear 1 dan menekan minyak hingga aku rasa pedalnya pun dah tertanpan dan tak boleh tekan lagi. Vroooooooooooommm...akhirnya aku berjaya sampai di puncak tetapi cermin depan kereta retak seribu dan pecah berderai di depan mata.
Terperanjat dgn bunyi kaca pecah, aku terus tersedar dgn hati dan jantung berdenyut kencang. Hadoi, alarm clock ku bersepai atas lantai. Tertepis agaknya.
Dua Puluh Tujuh Bulan Dua
2 years ago
2 comments:
wahhhh....Ezora baru dah nak sampai ke tu?
hehehe..tak mampu teman wehh..
dalam mimpi jer la kot!
Post a Comment