Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Kisah seorang Professor dgn Pendayung sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

.
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.


@ Sally - sumber dari email..utk tatapan di pagi Jumaat..

Tuesday, June 2, 2009

kalaulah mayat boleh berkata-kata


Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah…
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. “Mengucap sayang…. mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………” Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat”, jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha.”

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah.” Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. “Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. “Yassin……”.bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. “Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.

Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan “Panas, dahaga,haus, panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, “Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.” Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.”

“Ayah…….kau datang ayah…….” “Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.

“Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah……”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. “Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya “Mari ikut kami”. Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. “Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”.

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah…….” Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

“Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya……”.
“Assalamualaikum……”
“Siapa yang memberi salam itu?”
“Aku”
“Kau siapa wahai pemuda???”

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya…… jijik, loya, aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”
“Tidak,” jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.
“Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari.”
“Bohong!” Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini.”
“Akulah amalanmu yang keji……….”

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? “Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus. “Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!” Kenapa ramai orang melihat aku??? “Aku malu…..malu…..malu……!!!!!!”. Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong… rimas…. panas……..”

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. “Kotak apa ini?” Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. “Al-Fatihah!” Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”, aku terdengar suara tok imam memberitahu. “Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!”

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. “Tanah apa ini?” “Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah”. “Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali”.

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. “Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar……..”.

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan…….

Wednesday, March 25, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nur Bahyah

Untuk kerukunan rumahtangga, Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,


1) P yg pertama ialah "puji" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terimakasih apabila di beri pertolongan.


2) P kedua ialan "peluk" yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) P seterusnya ialah "penghargaan" di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) "Perhatian" adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) P seterusnya mewakili
"persefahaman". Pasangan perlu saling bertolak ansur dan memahami kerjaya pasangan masing-masing.


6) P selanjutnya membawa maksud "pergaulan" iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan ornag lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7) Satu lagi P adalah "percutian" di mana kita perlu merancang percutian berdua-duan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) P yang terakhir ialah "permohonan" iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagian sumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


" Ketika kita jauh dari Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalikan kita dari tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.


@ Sally - Mungkin ramai yg dah tahu tentang petua 8P ini. Saja jer nak re-fresh balik supaya kebahagian dan kerukunan rumahtangga yg kita bina atas nama cinta itu (lautan api sanggup direnangi..ambil la pisau belah lah dada..ahaks) tidak layu kegersangan.


Ada lagi 5P sebenarnya yg aku rasa Ustazah lupa nak bagitau. 5P yg tak patut ada kalau nak rumahtangga aman bahagia...

1) Pelempang
2) Penampar
3) Penyepak
4) Pembengis
5) Perengus

Ada sapa-sapa nak tambah?




Monday, December 15, 2008

Tanda-tanda bila nak mati

Aku cuma nak share apa yg aku baca supaya kita sama-sama mendapat kebaikan dan pengajaran. Aku dapat article ni kira-kira 2 minggu yg lalu. Kan aku penah cerita yg aku batuk tak henti-henti sampai terken****2. So bila aku gi jumpa dokter dan dia check rekod aku, terus satu jab masuk kat peha kanan..ubat yg di beri yg terbagus kononnya la..Aku perasan, esoknya tangan kiri ku menggigil tanpa sebab. Bila bagitahu hubby, "kurang vitamin la tuu.."
Cehh..tembam mcm ni kurang vitamin? Kat opis, bila aku cerita pasal tangan aku yang terketar-ketar nih..terus terkeluar kisah tanda-tanda bila nak mati nih.. Sesungguhnya aku memang takut mati..anak-anak ku kecik lagi weh, amalan pun tak sebanyak mana. Namun syukur alhamdulillah, hanya sebelah tangan jer yg bergetar..maknanya aku belum la nak mati lagi...






Tanda-tanda nak mati :





100 hari


Seluruh badan rasa bergetar





60 hari


Pusat rasa bergerak-gerak





40 hari


Daun dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.



7 hari

mangidam makanan



5 hari

anak lidah bergerak-gerak



3 hari

Bahagian tengah dahi bergerak-gerak



2 hari

Seluruh dahi rasa bergerak-gerak



1 hari

Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar



Saat akhir

Terasa Sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)




Bila Malaikat mencabut nyawa

Baginda rasulullah S.A.W bersabda :

" Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.."


" Setelah itu datang pula sekumpulan malaukat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar."


" Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."


" Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."



Sambung Rasulullah S.A.w lagi....

" kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehinnga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."



" Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masaa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."




Wallahua'lam bissawab.




notes : kiranya tangan yg menggigil itu kesan dari tindakbalas suntikan dan pil athma yg aku makan.. batuk? Dah baik sikit cuma aku kena jaga makan dan tak boleh sejuk atau penat sangat..umur dah banyaakk..gitu ler..






Tuesday, December 2, 2008

Amalkan 4 perkara sebelum tidur

Aku dapat emel dari sorang sahabat tentang perkara dibawah nih. Elok juga aku muatkan kat sini supaya dapat munafaat pada sesiapa yg membaca blog aku ni..Terimakasih ya Ummi dan maaf kerana akak telah mengkopipeskan jadi posting akak ari ni..Mudah-mudahan menjadi amalan istiqamah kita semua..

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.