Thursday, February 26, 2009

Orang biasa vs Orang luarbiasa

Seumur hidup aku, aku belum pernah lagi berjumpa dgn org-org besar atau org-org kenamaan. Sampai la sekarang pun, wakil rakyat pun aku tak pernah jumpa..dan sudah tentu lah wakil rakyat pun tak pernah jumpa aku..hehehe.

Org istana? anak raja? lagi la tak pernah. Tinggi ka idungnya? Bulatka matanya? Lentik ka bulu matanya? Kalau ikut cerita hikayat zaman dulu kala, anak-anak raja kalau pompuan selalunya cantik rupawan, kalau lelaki pulak mesti tampan menawan. Betul kah begitu?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah org siapa tahu? Petang tadi tatau apa jodoh dan apa tuahnya , bos call bagitau DSSRSPJ adinda Sultan dari negeri nuun di utara sana nak datang melawat.Sebok giler HR membuat persiapan. Bos pun satu. Lagi satu jam nak sampai baru nak call..Kesian Puan A. Kelam kabut dia mengarahkan Aci Cleaner mengelap, mengemop, membersih apa yg patut. Siap sembur air-freshner lagik kat ruang depan tu..hehehe.. red carpet tak ader ker Puan? Bunga manggar, bunga rampai dan jugak kompang? wakakaka..

Semasa menolong membuka pintu sewaktu En A membawa minuman, apa lagi aku tenung ler kat tetamu kehormat tu..hmmmm tiada apa-apa yg special punn..Kulit sama mcm aku, mata dan telinga tetap jugak dua..hidung tak de la sampai menongkat langit..pakaian pun biasa saja..berslack dan berkemeja..

Sesungguhnya tak ada beza pun antara org istana dengan rakyat biasa. Darah yang mengalir di setiap pembuluh dan urat saraf masih merah warnanya...

4 comments:

13may said...

org minyak kenal tak?

hehhe hehhe

Abang Long said...

Kali ini sally diangkat sebagai pembesar.

Namamu tertera didalam Blog Abang Long.

Sila jawab sejujurnya.

TERIMA KASIH

sally said...

May,
Minyak senyoyong ke May?

hahahaha


Abang Long,

Uwaaaa..tanak la jadi pembesar..

Nak jadi puteri..

Ungku Nor said...

betul....