Showing posts with label Ujian Allah. Show all posts
Showing posts with label Ujian Allah. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

en hubby eksiden..

Semalam pukul 2.30pm en hubby eksiden semasa dalam perjalanan ambil Zaim balik sekolah..Tak la serious sangat tapi habis lutut en hubby sebelah kanan tersagat...aduii..aku tak dapat nak memandang tepat pada lutut en hubby..seriau..

Malam tadi mengadui-ngadui en hubby kesakitan.. apa yang dapat aku tolong selain dari bagi ubat tahan sakit, sapu minyak dan urut perlahan-perlahan... Kebiasaannya laa kan..kalau eksiden-eksiden ni..takkan terasa sakit sangat pada awalnya..tapi lepas 5 6 jam baru lah terasa bisa satu badan...macam demam tak demam.. haihhh...kesian laki aku!

Sunday, April 25, 2010

Cik Ah sudah tiada....al Fatehah

Miss call dari kak Misah pukul 3.52 pagi tadi

sms masuk bertalu-talu..

Cik Ah dah pergi..

sudah tiada..

Cik Ah tidur

untuk selama-lamanya..

Innalillahiwainna ilaihiraji'un...

Tuesday, April 20, 2010

Cik Ah

rushing to Hospital Selayang petang tadi..

Cik Ah..

melihat Cik Ah dari luar

benar-benar meluluhkan hati aku..

dgn bantuan pernafasan,

wayar yg berselirat..

darah tinggi, kencing manis

jantung

jangkitan TB?

Cik Ah diam tanpa sedar..

Cik Ah

bangun Cik Ah

jgn tidur terlalu lama..

kami rindu senyum Cik Ah

kami rindu tawa Cik Ah

kami rindu celoteh Cik Ah

kami rindu

sungguh

Tuesday, June 2, 2009

rawan hatiku

Airmata mengalir laju,
Kelopak mata bagaikan empangan pecah,
tak henti-henti mengalir.
Tak tertahan menahan sebak di dada.
Banyak sungguh dosa-dosaku..
Ya Allah, ampunilah aku,
jauhi lah aku dari melakukan kesilapan yg serupa.
Lindungilah aku ya Allah.
Tunjukkan lah aku jalan yg benar,
jalan yg Engkau redhai.

Keseronokan yang sementara
akhirnya membawa padah.
Alhamdulillah,
bersyukur tidak terhingga
kerana Allah masih sayangkan aku.

Tuesday, February 10, 2009

mata ku buta!




Oooops! mataku telah 'patah' dan aku buta utk sementara. alangkah sukarnya apabila Allah ambil kembali nikmat yg diberiNya walaupun sebentar cuma...


Friday, February 6, 2009

bila kau sakit aku pun terasa

Dari semalam hingga sekarang, en hubby dan Aiman masih sakit perut. En hubby cakap sebab makan sambal udang, perut dia sakit. Amboi..cuba fitnah sambal udangku yg vogue nampaak...
Tak mungkin, tak mungkin..kalau betul mesti aku, Za'im dan Izzat pun sakit perut jugak.. takkan lah perut kami bertiga ni made of plastic?

Semalam dah suruh en hubby gi klinik tapi dia tanak. huhh takut kena cocok la tu..hahaha..mcm budak-budak..En hubby memang mcm tu. Kalau sakit tak penah nak gi klinik. En hubby lebih suka telan panadol ke atau lebihan ubat aku yg kebetulan sama simptom dgn penyakit dia. dari satu segi memangla jimat tapi kan lebih elok jumpa doktor supaya doktor boleh check dgn lebih detail. Ini sakit-sakit pun gi jugak sekolah. kalau gi klinik amik mc kan senang!

Aiman pulak langsung tak gi sekolah kebangsaan pagi tadi.. Dah siap pakai baju pun. Tengok dia menekan perut semacam je, dah tu keluar masuk toilet jer, haah sudah..tak yah ler gi sekolah..
Si Aiman ni aku susah sikit kalau dia sakit. Umur dah nak masuk seblas taun, tapi tak boleh telan ubat biji. Sedangkan kalau bagi dia ubat air pun terkulum-kulum, terkunyah-kunyah bagai..dah tu termuntah-muntah. Memang siksa nak bagi dia makan ubat.

Tadi tepon kat umah, en hubby dah balik rehat kat umah. Aiman pulak masih lagi tertidur. Kang rehat kang aku nak balik tenguk diorang berdua.

Tuesday, November 18, 2008

Bila dah batukk.. Koh! Koh! Koh!





Rasa tak sedap badan ler pulak ari nih..seram-sejuk seram sejuk..nak demam ke? Batuk pulak masih tak baik-baik, dari raya puasa dulu sampai dah nak raya haji..macam tu lah jugak..yg tak tahan tu setiap kali batuk boleh terkencing-kencing di buatnya..dan setiap kali batuk jugak, aku akan termuntah apa jugak yang aku makan, kahak jgn cakaplah..kekadang rasa mcm tak boleh bernafas di buatnya..setiap kali gi klinik, tukar ubat. sembuhnya tak jugak!

Petua jgn cakaplahh..cocacola+garam, madu+air limau, air asam jawa? Cakap aje..harus mak coba, asalkan sembuh. Ubat batuk pun dah berbagai di minum..cap ibu & anak? kelapa laut? woods' peppermint? ubat batuk singseh? Strepsil? berkotak dah abis...tapi masih tak reda batuk nih..Ini lah yg dikatakanselagi Allah tak izinkan, takkan jadik!

Agaknya batuk ku ini merupakan cara Allah mengingatkan aku, yang aku perlu bermuhasabah, menilik dan menilai tahap kesabaran terhadap ujian dariNya.

Ya Allah, ampuni aku ya Allah, sesungguhnya aku tak setabah Nabi Ayub ketika Kau uji baginda dengan bala yg maha dahsyat! Dan aku jugak tak sesabar Asiah isteri Firaun yg terseksa dgn kezaliman suaminya. Ampunilah aku hambaMU yang kerdil ini!!...