Thursday, December 4, 2008

Dalam hati ada bunga...

Tiada lah kata-kata yg dapat menggambarkan perasaan aku yang baru nak merangkak dalam dunia blogger ini. Tiada lah jua sebarang lukisan yg dpt mempamerkan warna warni yang menggebu di hati ini....

Bunga raya bunga kenanga
Cempaka layu di tepi tanjung
Hati saya berbunga-bunga
Tiga sifu blogger hebat sudi berkunjung

Cempaka layu di tepi tanjung
Kutip cekur ke dalam bakul
Tiga sifu blogger hebat sudi berkunjung
13may yg macho, kak ungku yg unibers dan kak sya yg cool!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ni mak budak baru nak belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

Ambil galah tolong tunjukkan
Galah berpaku tiga sejajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Yang saya tak tahu silalah ajar

Terima kasih daun keladi
Jika sudi datang lah lagi
Jemputlah masuk ke teratak Simfoni hidupku ini
Berkongsi pengalaman & kisah yg terjadi

Buai laju-laju
Sampai cucur atap
Namun saya berasa malu
almaklum rumah tak sempurna siap

4 comments:

13may said...

hehhe hehhe...

'umah' macam ni dah kira cukup bagus...bersih, putih, suci dan murni...hehhe hehhe

tapi tak kisah kalau nak 'hiaskan'...cuma jangan bubuh widget yang berat2 dah laa...

ok akak...selamat hari raya korban :)

Abahnajwa said...

Salam lebaran...Cantik rumah ni..abah suka nak datang selalu sini..boleh ya?

sally said...

13may,

Selamat Hari Raya Aidil Adha. sayang akak tak jadi balik NT, tidak boleh jumpa kat Jmbtn PP..hehehe

Abah,

Tima kasih..sila-sila..dan selamat hari raya Aidil Adha!

Ungku Nor said...

lah haaiii..
takde hebat mana pun dik oiii.
akak ni blogger marhaen jer..hehehe