Hehehee..baca tajuk je dah tahu ini mesti kes masuk bakul angkat sendiri..tau tak per..mesti la nak puji diri sendiri..harapkan org lain puji, haruslah aku ni muntah darah dulu!
Bukan apa, sesaja nak mengingati saat-saat kegemilangan (ceewaah) menjadi juara bowling bahagian wanita biar pun tak ada hadiah disediakan utk kategori tersebut. Namun jgn tak tahu, aku jugak memenangi acara berkumpulan, naib juara lagik..yg ini ada hadiahnya.walaupun cuma RM 70.00 jer.. kira okey la tu dari balik tgn kosong..
Kredit patut di beri pada CYC dan juga Baha yg bertungkus lumus mengutip mata. CYC 386 point, 'Kak' Baha 311 dan aku? 271 jer..hehehe..
Tujoh ploh hengget jerrr!
Sebenarnya pertandingan bowling ni dibuat pada 22 Nov yg lalu di Mega Lane Plaza Alam Sentral, cuma pemberian hadiah je di buat semalam 1 Desember. Biasak la tempat kerja aku nih..apa-apa hadiah kalo nak beri atau berita penting nk di umumkan mesti nk tunggu monthly assembly yg selalu dibuat pada setiap awal bulan. Even birthday gift pun diberi pada waktu tersebut. Tak kira la ko birthday berapa aribulan, janji bulan yg sama.
Yang kelakarnya,selain hadiah di beri pada 5 kumpulan yg mengutip mata tertinggi, kumpulan yg paling corot juga turut mendpt hadiah sagu hati..hahahahaha baik sungguh AJK kelab rekreasi opis aku nihh..
Smiling Moon
Keajaiban bulan 'senyum' yg luarbiasa terjadi malam tadi. Kelihatan bulan sabit dan planet Zuhrah ataupun Venus (Roman Goddes of Love) serta Musytari (Jupiter namely after God of Sky and Thunder) yg menyerupai muka orang tersenyum! Kejadian luarbiasa astronomi ini terjadi pada pukul 8 malam tadi dan hanya berlaku pada setiap lima tahun sekali. (gambar ehsan Berita Harian)
Sebenarnya aku tak sedar pun tentang fenomena ini, hanya bila Buletin TV3 siarkan pada penghujung berita baru lah aku kelam kabut berlari keluar mencarik bulan.. Mana? Mana bulan? Berpusing kepala aku mencari mana lah bulan senyum nih.. rupa-rupanya nuuunn di sebelah blok A sana...terlalu jauh, handphone cokia aku ni manalah dpt capture objek yg sebegitu jauh..malam pulak tuu..Warga Taman K** pun ramai jugak keluar tak nak ketinggalan meyaksikan bulan senyum nih. Namun aku tetap rasa amat bertuah kerana aku adalah diantara jutaan manusia yg dpt mneyaksikan kejadian luarbiasa tersebut dgn mata kepala aku sendiri. Alhamdulillah adik dan baby pun turut sama menyaksikan keajaiban kekuasaan Allah SWT. Allahu Akbar!
Dan mungkin jugak bulan tu senyum sebab nak congrate aku dapat tujoh ploh hengget tu kot! Hahahahahaha...
3 comments:
rezeki rezeki :D
salam Sally,
malam tadi terai gak tengok tapi awan tebal sangat la pulak..hehehe.
13may
Alhamdulillah, rejeki anak-anak..
Kak Ungku
Salam.
Tak pe.. nanti kita sama2 tengok bulan mengambang plak yea..
Post a Comment