Monday, November 17, 2008

Yeay!!! Cutiiiii!!!!!

Cuti sekolah datang lagi..bermula lah episod umah yang tak serupa umah dengan pelbagai mainan yg bersepah-sepah dari anjung ke bilik, waima depan pintu masuk pun ada. Itu belum kira pinggan, cawan, mangkuk kat depan tv! kalau ditanya sumer kata kau punya, sumer tak nak ngaku. Bil letrik, bil air pun bertambahlah bulan nih dan bulan akan datang! Manakan tidak, tv 24 jam terpasang, game lagik, komputer lagik. Peti ais jgn cakaplah..berdentum-dentum pintu peti ais tuh, kejap si abang buka, kejap adik, kejap lagi si baby pulak, pastu si bapa nyer pulak..haiii..kalau peti ais tu boleh bercakap..mahu dijerit sekuat hati sakit lah hoi, boleh tutup pelan-pelan tak? Bilik air toksah cakaplah...terutama kat depan pintu bilik air,mesti berkecah basah! Budak-budak nih bukannyer nak mandi sangat, nak main air jer yg lebih!!
Sabor je lah aku nih...


Dan diucapkan selamat jugak kepada atuk-atuk dan nenek-nenek kat kampung, semoga banyak-banyak ler bersabo hendaknya..almaklum cuti skolah, dah tentu cucu-cucu sumer di antor balik kampung..alamat bertempiaran ler sumer ayam-ayam yg kat bawah umah kena kejor dek bebudak bandor..hehehehe..agaknya kucing pun tak senang nak berlengkau kat dlm umah, takut kena perambat dgn diorang!..



Emmm...apa apa pun selamat bercuti kepada seluruh cikgu dan cikgi terutama kepada my dearest hubby, Cikgu Misah, Cikgu Jam dan tak lupa juga buat Cikgu As. Juga utk semua murid-murid sekolah seluruh negara, walaupun ada yang belum lagi merasai nikmat cuti sekolah kerana masih menjalani peperiksaan. Apa-apa pun Happy Holiday tuk sumer. Meh kita layan lagu Boney M mehh.....

video

2 comments:

Geng Mikat Klang said...

Salam,

Bebudak aje cuti, kita kena kerja juga. Diaorang cuti, rumah haru biru dibuatnya.....dok gitu kat seeeeeellynya.

sally said...

@geng mikat klang, hehehe...gituler pak nyer!