Sunday, December 14, 2008

7 hari dalam seminggu

7 hari aku boring dan malas nak memblog. Agaknya hilang bersama semangat raya yg pudar dan suram. Hari ini aku kembali berkobar-kobar utk mencatat kembali history 7 hari yg dah berlalu itu..walau pun tak de apa yg interesting puunnn...

Ahad sebelum raya..

Mcm org lain nak sambut raya, aku pun sibuk gak gi pasar beli mende-mende yg nak di masak utk raya esok. Dan mcm biasa gak org ramai menyerbu bahagian jual ayam mcm tak penah makan ayam! Dekat setengah jam beratur mengalahkan beratur kat sopping kompleks..Acara masak memasak bermula seawal 6.30 ptg dan berakhir pada pukul 10.30 mlm.. tak kuasa I nak masak sampai jauh-jauh malam tau..

Isnin hari raya..

Jam dah pun pukul 6.30 pagi.. Baju melayu utk anak-anak dan hubby dah siap di gosok.. sarapan pun dah siap.. menunya cam biasak lah kalo hari raya, nasi impit, rendang ayam dan kuah kacang..Senyap jer diorang nih. aikk..takmo bangun ke? Hari raya wehh..jgn nk tarik selimut lagik..tau la sejuk..bangun-bangun! Kang nak gi solat hari raya!
Sepanjang haText Colorri hujan masih tak berhenti..Hari raya adil adha kali ini menyaksikan
acara makan tidur, makan tidur berlangung dgn jayanya..nak tenguk tv tau lah astro kalu ujan-ujan nih, memanjangla service not available nyer..bil bayar tiap bulan..

Hari raya ini jugak meyaksikan kemuraman anak-anak yg tak dpt balik beraya bersama nenek mereka kat NT..Sehingga ketika menelepon MIL mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf, semua org berganti-ganti bercakap tetapi baby jer yg tak nak bercakap ngan nenek.
" Baby takmo cakap ngan nenek, baby nak jumpa nenek!!"
Aduhai anakku, bersabarlah.. nanti kita balik masa cuti krismas k..

Selasa sehari selepas raya

Aku gi keja dgn amat malasnya namun terpaksa kerana aku dah tak de cuti lagi dah..cuti 2 hari yg aku apply ari tu aku kenselkan aje bila dah tak jadi balik kg. Rugi woo 2 hari potong gaji..

Rabu 2 hari selepas raya

Pi keja mcm tak yah pi keja..boring ya amat..ramai yg amik cuti ari ni sempena esok pun cuti birthday Sultan Selangor. Yg tak de cuti cam aku nih duduk dendiam okeh..

Khamis cuti satu ari

Hehehe satu ari jer..cukuplah utk aku meyambung mimpi selepas subuh..Plannya nak gi jogging..jogging kat katil jer lahh..err..jgn double meaning okeh..

Jumaat sebelum ari Sabtu

Hujan yg turun seawal pukul 5.30am tidak mematahkan semangat aku nak gi kerja ari nih..wahhh berkoba-koba gitu..Dengan semangat Megat Terawis aku berjaya membirukan punchcard aku ari nih..hehehehe..selalunya merah aje... Rupa-rupanya Allah nak selamatkan aku..big boss mood tak tak baik ari nih..sesapa yg lewat tak dibenarkan masuk! Gate ditutup dan dikunci tepat pukul 8 pagi. Aisehmen, nasib baik betul!

Sabtu sesudah Jumaat

Selepas solat, aku layan tv sampai tv pulak layan aku..aku tersedar bila anak-anak bising bertanya mana sarapan. Halamak, dah pukul sploh dah..sori-sori..ampunkan bonda! Apalah aku nih..tak baik tau biar anak-anak kelaparan..Dengan kepantasan dan keligatan ala-ala Chef Wan, aku berjaya menghasilkan nasi goreng dan ayam goreng dlm masa tak sampai setengah jam..Anak-anak dan hubby pula berjaya menghilangkan nasi goreng dan ayam goreng itu dalam masa tak sampai 5 minit..huhu..

Ahad ari ni laa

Mendung di awal pagi membawa ujan di tengahhari. Sarapan yg simple-simple aje..sebab tengahhari kang ni gi kenduri..kena lah sediakan perut betul tak? Kalau perut dah kenyang, makan kepala gajah pun jadi tak sodap..rugi pi kenduri tapi tak menikmati kesedapan nasi kenduri..hehehehe.. alamak..lupa lak nak snap gambar nasi dan lauk kenduri..dah lapar daaa.... Lepas balik kenduri, masing-masing jadi ular sawa..sambil melayan mata, tv2 menayangkan cerita tamil Kandukondain-kandukondain. Dibintangi oleh Tabu, Aishwarya Rai dan Ajith. Sebenarnya aku dah tenguk banyak kali dah cerita nih.. tapi aku layan jugak sebab aku suka tengok Tabu dan Aishwarya yg cantik dan Ajith yg ensem..hehehhe..jalan ceritanya pun aku suka..tak la mcm sesetengah cerita melayu yg ntah apa-apa tuh..Bukan la aku ni anti cerita melayu tapi aku memang tak suka tenguk. Kalau tenguk pun pilih-pilih jugak,sapa pelakunnya, pengarah dan penulis skripnya..Aku suka Rasyid Sibir punya karya kalo drama lah. Ziela Jalil pun ok gak.. Filem? Aku rela tengok cerita omputih, cerita hindustan,tamil hatta cerita cina sekalipun, janji ada sari kata..hahahaha..

Okey lah, panjang lebar nau catatan aku kali nih..nak tido esok nak bangun awal nak gi keja.. kang ada yang kena tahan tak leh masuk keja kang!

Selamat Malam!



No comments: