Thursday, September 18, 2008

Ramadhan 17 - cobaaaannn...

Semalam Nuzul Qur'an di sambut oleh rakyat Selangor bercuti sehari samaada yang bekerja atau bersekolah. Anak-anak terlebih la suka nya..boleh sambung tidur, tak yah gi skolah..hmmm, Mama nya lah yg tak dapat terus ngorok..nak basuh pinggan mangkuk sahur tadi, nak menyidai kain, siram pokok bunga..hish..takkan abis kerja-kerja nih!
Berbuka pun simple jer. Kuayteaw goreng ngan mee kari. Kueh-kueh tak yah..membazir jer..bukannya dimakan pun bila dah meneguk air bergelas-gelas..
Nak jadi cerita, semasa duk masak mee kari., waktu tu pukul 6.45, aku terperasan lampu dapur terkelip-kelip. Kejap nyala kejap padam... aikk..lampu ni nak terbakar ke? Dalam pada duk pikir-pikir langsung lampu terpadam! Haah! letrik tak ada?..Tetiba adik yg tengah main game kuar merungut-rungut mcm kumbang nak masuk dlm kayu..rupanyer game yg dia tengah syok main terganggu kononnya ada org jeles pi tutup suis..Ohhh..aku dah agak dah..ni mesti kes gangguan letrik kat fius utama nih..memang betul pun bila Encik Hubby check, dia punya tembaga tu dah putus..Cuba punya cuba Encik Hubby kata tak boleh buat..aiseymen..dah pukul 7.15 dah nih..berbuka kul 7.17, macammana nih? Apa nak di kato, berbuka lah kami sekeluarga diterangi candle light dinner gitu!!..hehehehe..ingat lepas berbuka baru nak panggil atuk K tolong tenguk-tengukkan..tak sempat nak buka pintu, vespa atuk K dah vroooom ke surau!
Nasib-nasib.. Encik Hubby kata tak apa lah tunggu atuk balik surau nanti dlm kul 10.45. Tunggu punya tunggu punya tunggu, anak-anak dah menggelupur kepanasan..buka pintu nyamuk pulak masuk..tak tahan dgn rengekan sibaby, Encik Hubby trus start keta dan zoom ke restoran Kayu kat Bt Tinggi.. balik umah dah pukul 11.00. Vespa atuk masih tak nampak.. agaknya atuk buat qiam kat surau kut..hadoiii..kepanasan lah kami anak beranak malam nih...
Cobaannn...Bangun bersahur dgn mata mengantuk. Mana tangan nak berkipas, mana tangan pulak nak tampar nyamuk.. Cobaaan...

No comments: