Sunday, April 18, 2010

Achik Spin meninggal dunia..Takziah.

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan -Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri.



Tgh tenguk berita kt tv3 tadi..ternampak headline kat tv..
ehh betul ke Achik Spin eksiden dan meninggal dunia.
Cakap kt hubby, dia pun tak sure..kami sama-sama tunggu depan tv..
hmm betul lah..Takziah buat kaum keluarga allahyarham Achik Spin. Semoga rohnya dirahmati Allah. Amin






2 comments:

Anonymous said...

Alfatehah buat yang telah pergi...

sally said...

kesian kan Tie..muda lagi..