Thursday, April 30, 2009

Untuk perempuan aje tau!

AGAR ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI

Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

----------------------------------------------------

ehhh.. hari ni hari Khamis ye?



13 comments:

Anonymous said...

Ooo ye ke ??

Haa... hari ni khamis malam jumaat... Malam jumaat buat apa ?? Waaakakakaka....

sally said...

Tie,
mlm Jumaat buat apa?? tuuuuuttt...hahahaha

Abang Long said...

Malam Juma'at adalah malam keberkatan dan sunnah untuk bersama mengecap kebahagiaan suami dan isteri.

Anonymous said...

ammvoiii akak tewww.. koserr uu

sally said...

abang Long,
antara nikmat Allah yg wajib di syukuri..tak gitu?

yginsaf.com,
hahaha..jgn kuning-kuning ok?
Malam Jumaat keliwon tau...

aNIe said...

Sally...apa pun yang kita usahakan untuk kecantikan diri...luar dan dalam...mestilah dengan niat untuk suami...niat tu tak boleh terpesong...nanti tak menjadi...betul tak?

sally said...

betul-betul-betul..(e cehh mcm upin & ipin la pulak)

bila dah kawin ni kan kak aNie, sumer pun utk suami..nak kurus, nak cantik, nak lawa..segalanya utk suami terchenta...

Abahnajwa said...

Sally,

hahahaha...abah tak tau nak komen apa..tumpang lalu jerlah yek?

Salam dari Liverpool
Abahnajwa

Tirana said...

Good 'ilmu'...thank you Sally for sharing with us

joegrimjow said...

waa
ku akan suruh isteriku nanti

sally said...

abah,
sila, sila..jgn segan-segan..
lama tak dengar citer abah, jom pekena roti canai?

Tirana,
Ilmu yg baik kita kongsi bersama..lebih2 lagi utk org pompuan..hehehe

Joegrimjow,
terimakasih sudi singgah.
Macammana? power tak?? hehehehe

Jie said...

Ustazah Kak Jie ckp kita tak boleh amalkan satu2 ayat utk satu2 perkara...mcm kita bergantung kepada ayat2 tersebut walaupun ayat itu adalah ayat alquran.

sally said...

kak Jie,
mcm mana tu? tak faham la..adakah bermaksud kita tak boleh amalkan satu-satu ayat utk satu satu perkara?

Tunjuk ajarku sifu..