Friday, April 17, 2009

Yg kurik itu kendi, yg merah itu saga..

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Pernah dengar kan pantun nih? Datuk Siti Nurhaliza pun ada menyelitkan pantun ini dalam lirik lagu 'kurik kendi' dia. Nak dengar lagu tu? sila cari sendiri dlm youtube...hehehehe.

Bukan apa cuma nak bersyukur, alhamdulillah, sehari selepas entri tentang mencarut tu kuar, aku perasan ada la perubahan bila nak bercakap dgn aku. Susun atur bahasa lebih lembut, lebih santun dan lebih profesional la pulak aku rasa. Seolah-olah kat dahi aku ni ada tertampal slogan 'Budibahasa amalan mulia!' Ngeh ngeh ngeh ngeh....

Aku tataulah mungkin dia ada baca blog aku kot. Tak pun ada kawan yg baca dan bagitau dia.. Tapi dulu dia pernah la tanya mcm mana nak masuk blog aku. Atau pun dia terperasan perubahan airmuka dan reaksi aku bila kami communicate selepas insiden tersebut.

Apa-apa pun terima kasih la wahai blog, engkau sekarang dah jadi tong sampah bila aku 'ketensionan'. Terima kasih juga pada kenkawan blogger yg sudi membaca segala mcm sampah dlm blog ini dan berkongsi cerita dan memberi pendapat.. dan berbanyak terima kasih juga kepada Tirana kerana memperkenalkan ' The Law of Garbage Truck' ini. Tengkiu, tengkiu, tengkiu...mmmuaahh!

4 comments:

Ungku Nor said...

akak cukup pantang dengar orang laki bangsa melayu citer lucah kat tempat public.

rasa macam nak ludah je muka sekor-sekor..
taktau malu langsung!

Abang Long said...

Yang indah itu bahasa. Paling pantang bila ada yang merendahkan BAHASA MELAYU.

Anonymous said...

Ha ha...suka lagu tu.

Bagus la bila dia sedar. Harap2 semua dapat ambil ikhtibar.

sally said...

kak Ungku,

tak baik ludah kak, kang diorang kutip ludah kita kendian dimandremkan mcm mana? bahaya tuh..


Abang Long,

Bahasa menunjukkan bangsa! Hidup bersendikan adat. Adat bersendikan agama!


Tie,

saya pun suka lagu tu, semua loghat ada kann..

Betul-betul-betul, semoga perubahan yg baik akan berpanjangan. insyaallah