Saturday, May 16, 2009

Terima kasih Cikgu

Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada cikgu yg mula-mula sekali mengenalkan aku dgn abjad ABC dan juga nombor-nombor 123.

Mengajar aku menulis,membaca dan mengira. Besar sungguh jasa guru ini. Cikgu Bintang, satu nama yg unik yg takkan ku lupa sampai bila-bila.

Cikgu Bintang adalah cikgu kelas 1B semasa aku di darjah satu. Dialah guru kelas, dialah guru matematik (dulu ilmu hisab) dialah guru bah.inggeris dan dialah juga guru bahasa Malaysia. Cikgu PJ pun dialah juga..Tatau la kenapa semua Cigu Bintang yg ajar..agaknya dulu kekurangan guru kut...

Cikgu Bintang sangat cantik di mataku..anggun sungguh bila dia berkebaya.. Selain arwah mak yg aku rasa amat bergaya bila berkebaya dgn batik lepasnya...

Yang aku ingat Cikgu Bintang ini ialah bila mengajar dia suka bawa kami menjelajah seluruh penjuru sekolah, padang, taman bunga tepi sekolah, belakang sekolah..kemana-mana saja tapi masih dlm kawasan sekolah..Yg paling aku tak boleh lupa bila Cikgu Bintang mengajar ..

Satu tangan bilangan lima
Dua tangan bilangan sepuluh
Nenek ku tanam biji delima
Apa sebab peria tumbuh?

Sampai sekarang aku tatau kenapa peria yg tumbuh. Cikgu Bintang tak cakap pun..

8 comments:

Anonymous said...

Ooo.....cikgu memang banyak jasanya. Tak jemu2 mengajar dan memberi nasihat... Kak tie pun nak ucap terima kasih pada semua cikgu2...he he..

joegrimjow said...

ku pon sangt sayg guru
eh
cikgu

sally said...

Tie,
tak de cikgu, tak de la anak murid..
Jasa cikgu di kenang sapmpai bila-bila.


Joe,
akak pun sayang cikgu..err cikgu rizal..hhahaha

Irfa said...

salam ziarah dr saya

aNIe said...

Sally...bila seseorang cikgu tu telah dpt menambat hati kita...sampai bila2 pun kita takkan lupa...

Pantun tu rasanya salah satu dari teknik cikgu nak suruh anak2 murid ingat...1 tangan bilangan lima...2 tangan bilangan 10...sebab murid2 akan teringat pada delima yang di tanam...peria yang tumbuh...heheheh

nuRuL said...

Starting from Friday the 15th until 22nd of May, you can have your pretty TieRack scarves at as low as RM55 each! :) Also selling ties and JNs!

Unknown said...

salam sally..tanpa cikgu sapelah kita kan..

sally said...

Happyirfa,
salam juga dari saya. Terima kasih sudi ziarah.
Happy-happy selalu ok..


kak aNie,
memang kak, tambah-tambah kalau cikgu tu memang baik ngan kita, cantik, handsome...err mcm ustazah Aeez...


shawLycious,
err..akak tak pakai tie dik..


kak Ina kl,
salam Ina, betul Ina, Guru ibarat lilin menerangi hidup kita..