Tuesday, May 5, 2009

syurga dan neraka






Semalam, sewaktu sibuk menyediakan makan malam, si adik bertanya tentang nama-nama syurga dan neraka, katanya homework ustazah bagi utk dihantar esok. Spontan aku menjawab syurga Firdaus, Jannah, Naim..err..err..apa lagi ya? Puas aku fikir-fikir tapi aku masih tak dapat ingat apa lagi nama-nama syurga dan neraka..Teruknya aku..kalau senikata lagu kemain punya hafal..

Nasib baik laa ada pakcik google yg boleh membantu..Jadi kawan-kawan, sebelum kita mati kutu bila ditanya oleh anak-anak, mari kita belajar mengenal nama-nama syurga dan neraka.


Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus

2. Syurga 'Adn

3. Syurga Na'iim

4. Syurga Na'wa

5. Syurga Darussalaam

6. Daarul Muaqaamah

7. Al-Muqqamul Amin

8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam

2. Neraka Jahiim

3. Neraka Hawiyah

4. Neraka Wail

5. Neraka Sa'iir

6. Neraka Ladhaa

7. Neraka Saqar

8. Neraka Hutomah


**Tuhanku, aku tidak layak utk syurgaMu, tapi aku tidak pula sanggup menahan siksa nerakaMu..Oleh itu Allah, ampunkan dosaku. Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengampun dosa-dosa besar.

7 comments:

joegrimjow said...

ku mahu bersama isteri tercinta di syurga nanti

Kujie said...

kak jie pun buat homework anak2 dgn pakci google...

Kujie said...

op....salah satu nama syurga tu...password kak jie sign in blog.

:)

Abang Long said...

Terasa hiba mendengar alunan zikir oleh Imam Syafie.

sally said...

Joe,
kawin dulu dong..baru bisa ketemu isteri di syurga..

Kak Jie,
Besar jasa pakcik google ni..mcm-mcm ada!

password? agak-agak yg mana ekk?


abang Long,
Mahu meleleh airmata kalau baca waktu subuh sepi'e..

kayteeze said...

Memang senang cari info dengan pokcik google tu... kak tie pun buat gitu...hehe...

Walaupun tak layak, nak juga masuk syurga...

sally said...

Tie,
Saya pun nak...
Jom kita pakat-pakat tanam saham dan tambah pelaburan, barula masyuukk..