Thursday, May 14, 2009

Eshah

Chu, shah dpt smbg blaja..Bt diploma kejurutrn mekanikal pembuatan.Program integrasi..

Alhamdulillah3x,program integrasi 2 apa? hehehe..aku memang blurr.. Dpt kt mana?

Intergrasi 2,shah xpyh msk sem1 dh.Trus msk sem5..InsyaAllah bt dip stahun ja.Dpt Polimas Jitra
So bila start daftar?

Bln 7 tapi xtau bpa hb.tunggu surat smpai dulu..

Begitu sebahagian dari sms Eshah ngan aku malam semalam. Bersyukur tidak terhingga, akhirnya apa yg di impikan Eshah selama ini menjadi kenyataan.

Eshah ni anak sulung kak Bah, kakak ku yg no. lima. Sebagai anak sulung 5 beradik, Huda, Najihah, Khairunnisa dan Mohd Najiy yg kesemuanya masih bersekolah, berat tanggung jawab yg terpaksa dipikul Eshah. Ayah pula dah takde, mak hanyalah surirumah sepenuh masa, mengambil upah menjahit baju, itu pun jika ada tempahan.

Sekarang ni Eshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai menjual motosikal kt Parit Buntar. Gaji RM500++ bolehlah utk menampung hidup dan menghulur sikit pada adik-adik. Tapi macammana nanti, bila Eshah dah start sambung belajar? Aku tak ada jawapan utk itu.. aku kesian pada Eshah, pada adik-adiknya. Aku kesian pada kak Bah. Lebih-lebih lagi Huda pun dpt tawaran masuk Poly Kulim jurusan Business Study.Tentu dia tengah pening sekarang nih. Aku pun pening juga...

12 comments:

joegrimjow said...

sambg blajo leklok ekk

Kujie said...

mmg susah dan perit kalau tunjang keluarga dah tak de...harap2 eshah akan tabah dan lebih bersemangat utk belajar..utk ibu dan adik2.

sya said...

Bila kak sya baca posting ni .. ada org lebih lagik susah nak sekolahkan anak2 dr kak sya

sally said...

Joe,
tu la yg dok pesan slalu..rajin-rajin blajar.


kak Jie,
harap2 begitu la..semoga dpt menjadi contoh teladan pd adik2..


kak Sya,
kekadang kita selalu pandang ke atas, lupa pandang ke bawah..

Ungku Nor said...

takpe..buleh apply ptptn atau mara..janji dia nak belajar, kan?

sally said...

kak Ungku,
hmmm..kena bincang elok-elok hal ni..taktau la apa keputusannya, sbg mak sedara cuma boleh beri pendapat..

kakLuna said...

kedai motor mana la agaknya...hmm boleh mintak bantuan kat pejabat DUN kat tmn wawasan..ada peruntukan..

sally said...

kak Luna,
Alaa kt simpang empat depan masjid tuuu..pasal bantuan tu..tatau lagi apa kataputus Eshah..

aNIe said...

Semoga Eshah satu hari nanti Eshah akan dpt membela nasib adik2...

kayteeze said...

Ish....rasa terharu pulak!!

Walau macam mana pun kena ikhtiar agar mereka ni dapat lanjutkan pelajaran. Peluang sudah terbuka luas. Inilah caranya untuk mengubah nasib keluarga kak Bah tu...

Mungkin boleh mintak bantuan dari mana2 yayasan atau pertubuhan.... sedih gak !

sally said...

kak aNie,
insyaAllah, Eshah memang sgt sayangkan adik-adiknya..


Tie,
Harap-harap mcm tu laa..Sebagai yg sulung, dia lah harapan emak dan adik-adik..

臭豆腐Peggy said...

cool!i love it!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,情色,日本a片,美女,成人圖片區