Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah…
Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…. please take note of this for our on good…. org tua-tua used to say…. bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah…katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.
Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk.
Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi).
Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya.
Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.
Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.
Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut.
Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man.
Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.
Moral of the story : pesan & petua org tua-tua ada benarnya..
9 comments:
Eh....macam susah nak percaya pulak.
Tapi, anak sedara Tie pulak, pernah menangis tak henti2. Kesnya family dia baru ziarah orang meninggal. Balik waktu maghrib pulak tu.
Memang kena marahlah maknya sebab buat gitu. Anak2 kecil ni lemah semangat.. Cuma kak tie tak faham tentang badi ni.... Sally tahu ke ?
Antara amalan paling mudah ... bacalah Al- fATIHAH DAN AYATUL KURSI dengan khusyuk.
Tie,
anak kecil memang lemah semangatnya..memang pantang org tua-tua dulu,bawa anak kecil balik waktu maghrib.
saya pun tak pandai hal-hal badi ni..'Bandi' kumpulan Amuk saya tahu laa..hahaha
abang Long,
Betul abang Long, kalau ziarah sesama Muslim, sedekah kan kepada si mati dan utk diri sendiri.
Kalau ziarah yg non muslim, nawaitu utk diri sendiri.
Kak sya baca dengan bulu roma naik.. jin-jin dan syaitan ni sentiasa mengganggu anak cucu Adam. Tak dapat secara kasar secara halus. Moga kita sume dilindungi Allah hendaknya
kak Sya,
iblis dan syaitan memang begitu.
Depa dah pakat sejak zaman Tok Adam lagi nak menyesatkan umat Islam.
Perbanyakkan amal & taqwa, semoga Allah melindungi umat Muhammad.
Sabar aje aku. Tok Man tu orang bunian tak? Memang kena dengar pesan orang tua-tua sebab dia orang tahu apa yang dia orang cakap. Dah kenalah tu. Betul tak Sally?
Semlm masa kursus pengurusan jenazah oleh ustaz mohd rea hj kamaruddin, diceritakan setiap manusia yg dilahirkan mmg telah dikembarkdn dgn Qarin , makluk ciptaan Allah berupa jin. Hanya Nabi Muhammad s.a.w yg telah dibuang Qarin oleh mailakat jibrail.
Kata ustaz, Qarin tu akan kekal hingga akhir hayat dan akan cuba menyesatkan kita. Apabila kita meninggal, Qarin akan bertukar menjadi hantu yg dikenali sbt badi atau sawan mayat dan berfungsi selama 40 hari. Lepas tu kalau ada jadi jelmaan atau ganggua, ianya mungkin ilmu hitam yg dituntut oleh simati ketika hayatnya.
Baru semalam ustaz bagitahu hal ni.
Seram sejuk...
Sebab tu ustazah selalu ingatkan, hanya org lelaki yg menziarah orang mati, kecualilah kita pergi dgn suami atau jenazah itu org perempuan..kalau tidak..tak perlu pergi...kata ustazah..pahala kita yg tak ziarah pun akan diberi bersamaan dgn kesemua lelaki yg menziarah.
salam perkenalan...takut dan seram jugak baca kisah kamu...
semuga menjadi iktibar untuk anak muda skrg yang tak percayakan benda ni semua...
akak dan mak memang amalkan petua ni..bila balik dari menziarah terus mandi...dan ambil wuduk..
Opah,
Org tua-tua kita dah lama hidup, banyak pengalaman, banyak ler pantang larang dema...
kak Jie,
pernah dgr ttg Qarin tapi Qarin yg baik. Mcm kita ternampak-nampak org yg dah tiada tapi bila pandang sekali lagi tak ada...huhh seramnya..
Hmmm rupanya Qarin ni pun ada baik ada jahat ye..sentiasa nak menyesatkan umat islam..bahaya tuh.
kak Ina kl,
salam kenal juga. terima kasih dtg ziarah.
Memang itu pun pesan org tua-tua. Kalau balik malam pun sama, jgn terus masuk rumah. Berhenti sekejap kat depan rumah, baca Alfatihah & ayatul Qursi sebaik-baiknya.
Post a Comment