Friday, February 6, 2009

bila kau sakit aku pun terasa

Dari semalam hingga sekarang, en hubby dan Aiman masih sakit perut. En hubby cakap sebab makan sambal udang, perut dia sakit. Amboi..cuba fitnah sambal udangku yg vogue nampaak...
Tak mungkin, tak mungkin..kalau betul mesti aku, Za'im dan Izzat pun sakit perut jugak.. takkan lah perut kami bertiga ni made of plastic?

Semalam dah suruh en hubby gi klinik tapi dia tanak. huhh takut kena cocok la tu..hahaha..mcm budak-budak..En hubby memang mcm tu. Kalau sakit tak penah nak gi klinik. En hubby lebih suka telan panadol ke atau lebihan ubat aku yg kebetulan sama simptom dgn penyakit dia. dari satu segi memangla jimat tapi kan lebih elok jumpa doktor supaya doktor boleh check dgn lebih detail. Ini sakit-sakit pun gi jugak sekolah. kalau gi klinik amik mc kan senang!

Aiman pulak langsung tak gi sekolah kebangsaan pagi tadi.. Dah siap pakai baju pun. Tengok dia menekan perut semacam je, dah tu keluar masuk toilet jer, haah sudah..tak yah ler gi sekolah..
Si Aiman ni aku susah sikit kalau dia sakit. Umur dah nak masuk seblas taun, tapi tak boleh telan ubat biji. Sedangkan kalau bagi dia ubat air pun terkulum-kulum, terkunyah-kunyah bagai..dah tu termuntah-muntah. Memang siksa nak bagi dia makan ubat.

Tadi tepon kat umah, en hubby dah balik rehat kat umah. Aiman pulak masih lagi tertidur. Kang rehat kang aku nak balik tenguk diorang berdua.

5 comments:

Ungku Nor said...

ehehe..akak pun baru kena aritu.
pi klinik memang konfem kena cucuk punya laaa!!

sutera putih said...

slm,,,
comel pic 2,,

Abang Long said...

"bila kau sakit aku pun terasa" itu maknanya SATU HATI SATU JIWA.

divahantu said...

lain kali kalau buat sambang udang jangan bangi laki ko makan. suruh dia makan udang mentah je... pandai-pandai komen sambal udang buatan bini kalau sakit perut.... hihiiii

Kujie said...

sakit melayah kerenah org yg sakit..hehehe