Sedari pagi hingga sekarang hanya 2 call je yg masuk? Wahh..raya sungguh! Kat opis aku ni hanya 7 org je yg keja termasuk aku laa. Tu pun 2 bos dah kuar KL dan tak kan balik opis lagi. Tinggal berlima aje..Dept PM** 4 org, SU aku sorang.. hahh..apa lagi beb..'acara bebas!' wa cakap luu...
Budak-budak pun cam liat je nak ke sekolah. Cuti empat ari memang melemakkan satu badan.
manakan tidak, makan, main game, tido, makan, main game, tgk tv, tido! itu le aktiviti aku ngan anak-anak aku sepanjang cuti 4 ari. Ari ni Aiman dan Izzat mula sekolah agama balik. Sekolah kebangsaan pulak esok baru memulakan persekolahan. Yg bestnya Za'im laa, Isnin depan baru SMDH buka balik, seminggu tu wehh..releks sakan! Jeles gila Aiman ngan Izzat tenguk abang diorang releks kt umah..
Tapi, time-time cam ni jugak ler mati kutu di buatnya..Boring tahap dewa-dewi kalo tak de keja nak buat. Customer kebanyakannya masih lagi berdong-dong-ceng! Workers pun ramai yg amik cuti tahun atau mengabiskan cuti tahun lepas.ni yg aku heran, awatnya depa duk ada lagi cuti tahun lepas? Depa ni tatau guna cuti yg di berikan ke? heran betul aku! Abis? apa lagi nak buat, main games, surf tenet? berpinau dah bijik mata mengadap mende empatsegi nihh..Takkan nak tido kt opis? Lebih laa tuu... Nih lagi another two days to go.. aku ingat nak bawak ke opis la bawang putih ke, bawang merah ke, tak pun ikan bilis. Boleh gak kopek-kopek mende tu suma dari duk melenggung tak buat apa. Amacam ok tak?
Jeda masa yang panjang
5 years ago
3 comments:
Anak akak Fareez pun dah mula sekolah agama tadi...jeles betul dia bila Farhan masih bercuti
laskar2 akak yg menengah suma cuti sampai wiken.
anjib sorang je kena pegi kafa dgn sekolah petang..hehehe tensen giler dia.
Masih beraya lagi ? Mesti dapat kutip banyak ang pau !
Post a Comment