Dek kerana dah lomah satu badan, aku teruskan je lah cuti jadi satu ari..Za'im pun dah tertidur lepas makan ubat. Nanti lagi 4 jam kena kejutkan dia makan ubat lagi. Harap-harap dia cepat sihat dan boleh ke sekolah semula esoknya.
Sementara aku masak utk tengahhari, sorang lagi hero kecik dah balik dari sekolah agama. Hero yg satu ni baguih dia. Balik sekolah jer buka kasut stokin semua, simpan beg, terus buka baju pi mandi. Tak mcm abang-abangnya yg dua org tuh..balik sekolah boleh lepak tenguk tv dulu, main ngan kucing. Sampai kena suruh baru nak mandi. Itu punl berkali-kali. Penat tau.
Masa duk tgh masak tu la, aku tenguk si Izzat ni duk kesat-kesat idung dia. Rupanya idung dia berdarah. Lubang idung sebelah kiri. Cecepat aku amik tisu. Lipat-lipat dan gulung sikit ujungnya dan masukkan ke idung yg berdarah tu. Dua minggu sudah lubang idung sebelah kanan. Masuk kali ni dah kali ke empat idung dia berdarah. Kali pertama masa hari pertama buka sekolah Januari 2008. Habis meleleh ke baju sekolah. Baju putih pulak tuu. Kali kedua aku tak ingat bila. tapi dalam tahun 2008 jugak laa. Dulu masa kecik-kecik dulu, aku pun penah jugak kena idung berdarah.Selalunya kena waktu tengahhari. Darah tu cair semacam aja meleleh-leleh. Masa tu mak cecepat amik daun sirih, gulung-gulung sumbat masuk kat lubang idung yg berdarah. Tak sampai 5 minit, darah dah berhenti dah. Ajaib sungguh!
Tapi kat sini mana nak ku cekau daun sirih? Tisu je lah sebagai ganti. Apa kata org tua-tua? Tak de rotan, akar pun jadik! Aku pun tatau kenapa idung boleh berdarah. Adakah di sebabkan cuaca yg panas? Atau ada jangkitan virus kat dlm lubang idung? Yang herannya kanak-kanak je yang idung berdarah. Orang dewasa tak de la pulak.
Semalam jugak adalah birthday aku. Hubby diam saja dari pagi. Dia lupa kot? Aku pulak bila dah sebok ngan Za'im yg sakit dan Izzat yg idung berdarah dan buat keje umah langsung tak ingat. Hanya bila malam masa nak tidur, hubby cium pipi dan wish happy birthday..haahh mcm tu je? Hadiahnya mana? Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
1 comment:
Alahaiii... siannya cucu opah ni. Nasib baik hero. Tahan jugak dia tengok darah tu. Kalau heroin, mau pengsan macam opah... he he he. Dah baik ke belum?
Post a Comment