Ini hari ahad minggu lepas punya cerita.(ayoyo kici, apa punya ayat daa...)
Pada petang ahad yg nyaman. Masa aku angkat kain dari ampaian, aku tengok longkang penuh ngan sampah. Aku pandang longkang jiran sebelah, aikk..bersih? satu sampah pun tarak! Air longkang pun jerneh jer...musykil lah aku nih..camana longkang jiran ku bersih tapi longkang depan umahku begitu kotor ngan keladak pasir dan sampah? Sedangkan pagi tadi, semalam atau sehari sebelumnya, keadaan sebaliknya yg terjadi...pelik bin ajaib betul!
Korek Izzat korek. Jgn tak korek!
Tapi aku nih tanak la berimaginasi yg bukan-bukan. Apatah lagi nak bersangka buruk pada jiran.Tak baik. Berdosa. Maka dgn 'seneng ati' aku memanggil ketiga-tiga hero aku mengorek dan membersihkan longkang. Maka bergilir-gilir lah hero-hero ku itu mengaut segala pasir dan sampah dan membuangnya ke perdu pokok yg mcm idup segan mati tak mahu itu. Mcm mana lah pokok tu nak idup, kalau sume sampah di longgokkan kat situ. Kucing-kucing pun kalau nak melepaskan hajat diorang, kat pokok itu la jugak tempatnya..makin merengkeng la pokok tuh..
Za'im pada awalnya menolong tapi tak sampai 5 minit dia dah hilang dgn reket badminton. Budak bertuah tu memang..ngelat nombor satu! Yang tinggal Aiman ngan Izzat bergilir-gilir. Aiman korek, Izzat pegi angkat buang. Izzat korek, Aiman lak yg pegi angkat buang. Selesai kat depan umah, aku suruh diorang berdua korek dan tolak sampah dlm longkang umah atuk sebelah pulak sampai ke hujung blok sana. Nasib baik dua hero aku nih tak banyak komplen. Cuma Aiman je mengadu longkang depan umah Atuk tu busuk...hahaha siap sepit idung ngan penyepit baju lagik!
Bergilir-gilir mengorek longkang ala-ala balapan gitu...
Lihatlah 'taman sejempot' aku yg dah semak ngan rumput. Tuan dia asyik sibuk memanjang.
Tolak kuat-kuat Izzat!
Eeee..kotornya longkang atuk nih!
Busyuk la longkang nih..banyak nyamuk pulak tuh!
Longkang kawasan umah aku ni memang selalu banyak sampah dan timbunan pasir yg di bawak dek aliran air ujan. Kalau pasir tu tak kisahlah..tabiat alam semulajadi. Nih yg segala mcm sampah nih tabiat manusia tak sedar diri! Kalau sampah dah tersekat, macam mana air longkang nak mengalir? Tu yang busuk tuh! Malah jadi sarang nyamuk lagik. Bukan tak ada tukang sapu sampah yg di bayar kontrak utk bersihkan kawasan taman nih. Tapi tak tahu la.. rabun agaknya mata diorang nih!
Aku pun heran la dgn perangai manusia-manusia yg sebegini. Kawasan rumah sendiri nak cantik, nak bersih, kawasan rumah orang lain biar kotor bersepah. Terutama di kawsan perumahan flat atau apartment nih..sesuka ati diorang je nak buang sampah terutama yg di tingkat atas. yang jadi mangsa orang tingkat bawah lah. Pagi sapu, tengahhari tenguk dah bertabur dgn plastik makanan dan kotak minuman. Yang paling geli tu, kapas pengorek telinga (cotton bud)...kuning jer kat ujung tuh...
Eeeee....manalah kesedaran sivik diorang nih....
5 comments:
Kat kawasan rumah akak ni nasib baik longkang depan rumah tu ada orang MBSA dtg bersih...kalau tak pun memang tak dpt nak bersihkan sendiri sebab dalam....
Kesedaran sivik masyarakat kita ditahap KELAS KETIGA.
lepas cuci kat rumah tu, meh sini cuci kat rumah auntie ni ye?
auntie upah dgn puding karamel..ehehehe
Bila tenguk orang bersing longkang teringat longkang kat rumah tu... arghhhh i need a maid atau pekeja am lah kat ruma tuh.. tak larat dah
kak aNie,
Itulah..kena bersihkan sendiri kalu tak nyamuk banyak! Kang tak pasal kena denggi.
Abang Long,
Betul, betul, betul!
Terutama orang melayu yg mengaku Islam.
Kak Ungku,
Aiman ngan Izzat cakap takmo upah puding karamel nanti 'gumuks' cam Anjib!
Kak Sya,
Sebab tu la saya suh hero-hero saya yg buat..kot tak mau sakit tulang belikat!
Post a Comment