Semalam aku ingat nak amik cuti half day jer, nak bawa Za'im ke klinik. Demam nya masih tak kebah dan tekak dia pun bengkak. Kesian pulak aku tengok Za'im. Sampai senget kepala terteleng-teleng menelan makanan. Geram pun ada jugak sebab dia degil suka sangat makan ais. Di pepahnya ais tu mcm makan kacang. Mana lah tekak tu tak bengkak...Kat klinik Raju bila kami sampai dah penuh dah. Kebanyakannya semua demam. Musim demam ke sekarang? Terlebih makan limau mandarin kot? Za'im setelah di perika Dr Raju bagi dia MC, rehat satu ari. Amboi bukan main suka lagi si Za'im nih dpt cuti satu ari, tak yah gi sekolah. Balik dari klinik dah pukul 10.00. rasa malasnya nak gi keja. Matahari lak kemain punya terik. Aduhh..tak sanggup aku nak kuar umah panas litlit mcm tuh. Aku ni memang alah kalau panas sangat, badan serta merta jadi lemah gemalai... almaklum puteri lilin. heheheh perasan..perasan!
Dek kerana dah lomah satu badan, aku teruskan je lah cuti jadi satu ari..Za'im pun dah tertidur lepas makan ubat. Nanti lagi 4 jam kena kejutkan dia makan ubat lagi. Harap-harap dia cepat sihat dan boleh ke sekolah semula esoknya.
Sementara aku masak utk tengahhari, sorang lagi hero kecik dah balik dari sekolah agama. Hero yg satu ni baguih dia. Balik sekolah jer buka kasut stokin semua, simpan beg, terus buka baju pi mandi. Tak mcm abang-abangnya yg dua org tuh..balik sekolah boleh lepak tenguk tv dulu, main ngan kucing. Sampai kena suruh baru nak mandi. Itu punl berkali-kali. Penat tau.
Masa duk tgh masak tu la, aku tenguk si Izzat ni duk kesat-kesat idung dia. Rupanya idung dia berdarah. Lubang idung sebelah kiri. Cecepat aku amik tisu. Lipat-lipat dan gulung sikit ujungnya dan masukkan ke idung yg berdarah tu. Dua minggu sudah lubang idung sebelah kanan. Masuk kali ni dah kali ke empat idung dia berdarah. Kali pertama masa hari pertama buka sekolah Januari 2008. Habis meleleh ke baju sekolah. Baju putih pulak tuu. Kali kedua aku tak ingat bila. tapi dalam tahun 2008 jugak laa. Dulu masa kecik-kecik dulu, aku pun penah jugak kena idung berdarah.Selalunya kena waktu tengahhari. Darah tu cair semacam aja meleleh-leleh. Masa tu mak cecepat amik daun sirih, gulung-gulung sumbat masuk kat lubang idung yg berdarah. Tak sampai 5 minit, darah dah berhenti dah. Ajaib sungguh!
Tapi kat sini mana nak ku cekau daun sirih? Tisu je lah sebagai ganti. Apa kata org tua-tua? Tak de rotan, akar pun jadik! Aku pun tatau kenapa idung boleh berdarah. Adakah di sebabkan cuaca yg panas? Atau ada jangkitan virus kat dlm lubang idung? Yang herannya kanak-kanak je yang idung berdarah. Orang dewasa tak de la pulak.
Tgh menahan darah keluar dgn tisu yg dah digulung bucunya.
Darah masih gak keluar, tapi tak de lah byk mcm memula tadik.
Aku suruh Izzat dongakkan sikit kepala, supaya darah tak kuar.
Mendongak tapi mata duk jeling cartoon kat TV...Heh budak ini!
Semalam jugak adalah birthday aku. Hubby diam saja dari pagi. Dia lupa kot? Aku pulak bila dah sebok ngan Za'im yg sakit dan Izzat yg idung berdarah dan buat keje umah langsung tak ingat. Hanya bila malam masa nak tidur, hubby cium pipi dan wish happy birthday..haahh mcm tu je? Hadiahnya mana? Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Jeda masa yang panjang
5 years ago
1 comment:
Alahaiii... siannya cucu opah ni. Nasib baik hero. Tahan jugak dia tengok darah tu. Kalau heroin, mau pengsan macam opah... he he he. Dah baik ke belum?
Post a Comment