Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Genap seminggu targedi tanah runtuh di Ulu Yam yg mengorbankan 2 nyawa, kini kita di kejutkan lagi pada awal pagi Sabtu tadi dgn kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut 4 nyawa. 14 buah banglo ranap menyembah bumi.
Melihat rakaman video yg disiarkan TV yg memaparkan runtuhan tanah masih dan sedang berlaku mengingatkan aku kejadian Highland Towers lebih 15 tahn yg lalu. Rasanya mangsa Highland Towers akan kembali trauma bila menyaksikan kejadian tersebut.
Takziah utk semua mangsa. Semoga mereka tabah menghadapi segala dugaan namun yg pasti hidup harus di teruskan jua.......
Tak jadi balik raya!
Plan nak balik raya haji bersama MIL di Nibung Tebal tak jadi lah pulak..Penat bersiap-siap, pakaian sumer dah pack, anak-anak pun dah excited tapi tu lah..kita merancang Allah yang menentukan.
3 bag pakaian dan sebakul makanan bekal dlm perjalanan siap sedia utk balik kampung.
Asalnya nak raya kat sini aja sebab aku ada buat korban utk Za'im. Hubby pun ok tapi ntah ler tetiba je hubby cakap nak balik raya kat NT. Masaalahnya aku dah tak de cuti lagi dah..kalau nak balik kampung jugak, terpaksa la amik unpaid leave. Tu yg tak best tu sebsb bila amik gaji nanti, mcm kurang jer.. Namun demi hubby terchenta ku korbankan jugaklah 2 hari cuti tanpa gaji.. Lagi pun kesian jugak kat MIL, dia tinggal berdua je dgn Aki anak bujang trang tang tang tuh..
Sejak FIL meninggal pada 16 Ogos yang lalu, umah tu memang sunyi..Kalau kami balik sekurang-kurangnya umah tu tak le sunyi sangat. Almaklum anak-anak aku nih nakal-nakal belaka..ada je benda nak di rebut, pastu bergaduh terjerit-jerit..pastu berbaik semula bergelak ketawa..
Ehh melalut kemana la aku nihh..balik semula ke cerita nak balik raya, sepatutnya bertolak selepas zuhur. Hubby keluar kejab nak check keta katanya..Tunggu punya tunggu punya tunggu, hubby masih tak balik-balik lagi..telepon tak jawab. Hish apa hal la pulak?.. Dah dekat pukul 5 petang baru hubby balik..bertolak malam kata hubby jalan sesak sekarang. Lepas maghrib aku tenguk hubby menong aja..jadi ke tak jadi balik nih? Hubby cakap hati dia berbelah bagi nak balik ke tak..Tak sedap hati katanya..tak yah balik lah, kita raya kat sini aja.. Haadoi..penatnya aku pack kain baju....
Anak-anak? Muncung sumer dah sejengkal!!
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha utk semua.. dan selamat berkorban!
Jeda masa yang panjang
5 years ago
2 comments:
arwah nenek akak selalu cakap,
kalo rasa tak sedap hati tu tandanya alamat tak baik.
setakat baju dah siap pek, buleh je unpek balik.
kalo pape yang tak elok berlaku dalam perjalanan..huuii..naudzubillah..pada akak, lebih baik la akak penat nak unpek kain baju tu balik.
Salam Aidil Adha Sally!
;D
Salam Aidil Adha buat Sally dan famili...
Kalau rasa tak sedap hati...baik beraya kat rumah je kan?
Post a Comment