Monday, March 23, 2009

Mula-mula ke barber, kemudian ke sekolah

Hari - Ahad
Waktu - 5.30 ptg


Persediaan kembali ke sekolah setelah puas seminggu bersuka ria cuti sekolah.

Baju sekolah - dah iron
kasut sekolah - dah siap kapur
stokin - dah sumbat dlm kasut
kuku - dah ketip sume
Beg sekolah & buku semua - mlm kang suruh diaorang sendirik check.(banyak cantik semua mama nak buat!)

Apa lagi ekk..yg belum buat?????

aahaah..

penting nih. mesti kena punya la kalu tak buat...

hehehe kena marah ler..tak kan kena pancung kut..

Jom kita tenguk jom...

sebelum kena tebas..

hehehe..ringan pulak rasa kepala ehh.

huhh..sat ni hang mai alog staq, kepala hang aku putaq!

Taraaaaaaa...wajah-wajah kanak-kanak riang bila di upah ngan milo ais dan teh ais..jugak sorang sepinggan maggi goreng utk Aiman dan Izzat, Zaim pula kekenyangan siap sendawa kuar bau nasi pataya.

Upah Barber - RM 15.00
Upah makan - RM 20.70
Aku yg membayar - hmmmmm....

Friday, March 13, 2009

Aiman tak kisah.....

Hari ni ada sambutan Maulidur Rasul kat SKPK.

Aiman dan Izzat segak sungguh berbaju melayu, bersampin dan bersongkok.

Rasa macam hari raya la pulak..

Bunga telur berisi gula-gula dah ku siapkan sebelum subuh lagi.

Warna hijau dengan silver.



Gambar hiasan semata-mata. Cilok dari tenet. Mintak ampun mintak halal pada tuan punya gambar.






Aiman pilih dulu warna silver, so Izzat amik hijau.

Begitu seronok dan teruja nak menra'ikan Maulidur Rasul kat sekolah.

Sambil pakai setokin mereka bernasyid dan berselawat. Nak keluar rumah masih lagi berselawat. Hmmmm bagus anak-anakku. Semoga kamu diantara yang mendapat syafaat Muhammad.

Sewaktu nak amik bekal kt meja makan, ada bunga telur silver atas meja. Haduiyai Aiman niihh.....

Thursday, March 12, 2009

Are you going to finish strong?

Antara banyak-banyak emel yg di terima, yg satu ini sangat mengesan di hati. Terima kasih pada Che Man yg mengirim. Ingin berkongsi dgn semua, semoga kita yg sempurna sifat dan anggota tubuh badan dapat mempelajari sesuatu darinya.








Moral of the story : kalau jatuh, sila bangun sendiri, okeh!

Wednesday, March 11, 2009

Air mata di pagi hari

Ku peluk erat

cuba memadam api yg membakar

bahangnya masih terasa

walau rintik sipi tiba.

Tubuh yg mengeras

kian lemah diam tidak meronta.

ku peluk erat

air mata tumpah tidak tersekat

ku peluk makin erat

anakku,

kasih ku sentiasa hangat.








Tuesday, March 10, 2009

semalam ku bermimpi

Malam tadi aku bermimpi lagi.

Kalu tak silap 3 hari sudah pun aku bermimpi jugak. Lebih kurang mimpi yg sama.

3 hari sudah aku bermimpi memandu kereta dgn laju dan tak semena-mena aku sampai ke kawasan yg sangat tinggi. Nak kata bukit bukan bukit. Nak kata gunung bukan gunung. tapi lebih kurang mcm rollercoster. makin lama, semakin tinggi. Oleh kerana kereta yg ku bawa adalah manual, sedaya upaya aku mengawal kereta supaya aku dapat sampai ke puncak. Berpeluh-peluh aku ketika itu dgn hati yg berdebar-debar takut kereta akan berundur ke belakang. Aku terjaga secara tiba-tiba dan aku memang tengah berpeluh dan dadaku berdebar kencang. Jam baru pukul 4.30 pagi.


Semalam. mimpi yg lebih kurang sama. masih dalam suasana memndu kereta. Aku rasa waktu tu aku dalam perjalanan balik dari rumah kakak di Bagan Serai. Dari jauh aku nampak simpang lampu isyarat Kuala Kurau- Parit Buntar- Taiping menjadi semakin tinggi Alamak, mcm mana nak buat nih? hati ku berdebar-debar. Jelas pada pandanganku, simpang tersebut membukit tinggi hingga 90%. Huhh tak munasabah sungguh, akal logik ku berbisik. Namun dengan segala kudrat yg ada, aku tekan gear 1 dan menekan minyak hingga aku rasa pedalnya pun dah tertanpan dan tak boleh tekan lagi. Vroooooooooooommm...akhirnya aku berjaya sampai di puncak tetapi cermin depan kereta retak seribu dan pecah berderai di depan mata.

Terperanjat dgn bunyi kaca pecah, aku terus tersedar dgn hati dan jantung berdenyut kencang. Hadoi, alarm clock ku bersepai atas lantai. Tertepis agaknya.

Plain day

Hari-hari yg berlalu seperti hari-hari biasa. Bangun pagi siapkan sarapan utk anak-anak dan bapak anak yg nak kesekolah.Ampaikan pakaian yg dah di mesin malamnya, dan tepat 7.45am aku pun terus off to the opis. Kalau hari bersekolah laa.

Kalau hari-hari cuti Sabtu, Ahad, biasanya aku akan golek-golek dulu kat katil, berpikir-pikir, menimbang-nimbang (hahaha nak timbang kati..) apa nak sarapan apa hari ni. Atau meneropong apa yg ada dlm peti ais utk di masak. Hmmm...tak payah nak teropong bagai, dah sahih la ikan ada kut berbaki 3 ekor. Yg lain-lain elek pochi!! Sudah tahulah, masa utk ke pasar sudah tiba..

Ada kawan bagitau, kalau nak ke pasar, baik pegi hari sabtu, harga lebih murah. Kalau hari ahad, harga ikan-ikan, udang, ketam, kerang dan semua yg berasal dari laut, akan mahal harganya. Setakat ini, aku belum lah perasan lagi akan harga-harga yg berbeza begini. Sebab aku selalu ke pasar pada hari Ahad. Tak apa, minggu depan, aku cuba pegi pada hari Sabtu pulak. nanti kita compare harga okeh!

Thursday, March 5, 2009

Aku kah yg lambat atau waktu yg tercepat?


Tak tau aku sorang je ke yg rasa

atau kau orang pun sama rasa.

Waktu seperti cepat benau berlalu.

Baru jer azan subuh berkumandang

Kat luar dah siang terang benderang.

Masa 24 jam sehari yg Allah beri

bagaikan tak mencukupi.

Terkejar-kejar mcm tak cukup tangan kaki.

Entah lah ye

Waktu ke yang cepat

atau

pergerakanku yg semakin lambat?