Tuesday, February 10, 2009

mata ku buta!




Oooops! mataku telah 'patah' dan aku buta utk sementara. alangkah sukarnya apabila Allah ambil kembali nikmat yg diberiNya walaupun sebentar cuma...


Friday, February 6, 2009

bila kau sakit aku pun terasa

Dari semalam hingga sekarang, en hubby dan Aiman masih sakit perut. En hubby cakap sebab makan sambal udang, perut dia sakit. Amboi..cuba fitnah sambal udangku yg vogue nampaak...
Tak mungkin, tak mungkin..kalau betul mesti aku, Za'im dan Izzat pun sakit perut jugak.. takkan lah perut kami bertiga ni made of plastic?

Semalam dah suruh en hubby gi klinik tapi dia tanak. huhh takut kena cocok la tu..hahaha..mcm budak-budak..En hubby memang mcm tu. Kalau sakit tak penah nak gi klinik. En hubby lebih suka telan panadol ke atau lebihan ubat aku yg kebetulan sama simptom dgn penyakit dia. dari satu segi memangla jimat tapi kan lebih elok jumpa doktor supaya doktor boleh check dgn lebih detail. Ini sakit-sakit pun gi jugak sekolah. kalau gi klinik amik mc kan senang!

Aiman pulak langsung tak gi sekolah kebangsaan pagi tadi.. Dah siap pakai baju pun. Tengok dia menekan perut semacam je, dah tu keluar masuk toilet jer, haah sudah..tak yah ler gi sekolah..
Si Aiman ni aku susah sikit kalau dia sakit. Umur dah nak masuk seblas taun, tapi tak boleh telan ubat biji. Sedangkan kalau bagi dia ubat air pun terkulum-kulum, terkunyah-kunyah bagai..dah tu termuntah-muntah. Memang siksa nak bagi dia makan ubat.

Tadi tepon kat umah, en hubby dah balik rehat kat umah. Aiman pulak masih lagi tertidur. Kang rehat kang aku nak balik tenguk diorang berdua.

Thursday, February 5, 2009

Lompat si katak lompat

Lompat si katak lompat
Lompat tinggi-tinggi
Sumer nak tunjuk hebat
Pakat lompat parti.

Lompat si katak lompat
Lompat atas tangga
Cara paling smart
Nak tipu rakyat jelata

Lompat si katak lompat
Lompat dalam belanga
Depa memang dahsyat
Rakyat juga yg duk menganga

Lompat si katak lompat
Lompat sini sana
Kita tunggu dan kita lihat
Kita tengok siapa yg keeenaaa....



ooohhh, negeriku
tanah tumpah darahku!





yg musykil, ngape Najib yg jadi pengerusi perhubungan umno perak? Ape perak tak ade ke pemimpin yg berkaliber??????


mean father!

Aku terima emel videoclip ni semalam. Mungkin berjuta dah tengok pun. Namun aku tetap ingin mengabadikannya dlm blog yg ku cintai ini kerana aku kesiaaann kat baby tuh... tak baik tau..kesian dia! Pada tuan punya video clip ini aku mohon maaf banyak-banyak kerana telah mendownloadkannya tanpa izin (bukan pendatang tanpa izin ya) dari anda..



Agak-agak macam muka sapa ya??

sungguh ku tak maaaampu menanggung rindu...



gishhhh..i really-really miss you!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

wahai blog yg ku rindui..

Aku rindu kamu!

Wednesday, January 28, 2009

Mood raya wehh.....

Sedari pagi hingga sekarang hanya 2 call je yg masuk? Wahh..raya sungguh! Kat opis aku ni hanya 7 org je yg keja termasuk aku laa. Tu pun 2 bos dah kuar KL dan tak kan balik opis lagi. Tinggal berlima aje..Dept PM** 4 org, SU aku sorang.. hahh..apa lagi beb..'acara bebas!' wa cakap luu...

Budak-budak pun cam liat je nak ke sekolah. Cuti empat ari memang melemakkan satu badan.
manakan tidak, makan, main game, tido, makan, main game, tgk tv, tido! itu le aktiviti aku ngan anak-anak aku sepanjang cuti 4 ari. Ari ni Aiman dan Izzat mula sekolah agama balik. Sekolah kebangsaan pulak esok baru memulakan persekolahan. Yg bestnya Za'im laa, Isnin depan baru SMDH buka balik, seminggu tu wehh..releks sakan! Jeles gila Aiman ngan Izzat tenguk abang diorang releks kt umah..

Tapi, time-time cam ni jugak ler mati kutu di buatnya..Boring tahap dewa-dewi kalo tak de keja nak buat. Customer kebanyakannya masih lagi berdong-dong-ceng! Workers pun ramai yg amik cuti tahun atau mengabiskan cuti tahun lepas.ni yg aku heran, awatnya depa duk ada lagi cuti tahun lepas? Depa ni tatau guna cuti yg di berikan ke? heran betul aku! Abis? apa lagi nak buat, main games, surf tenet? berpinau dah bijik mata mengadap mende empatsegi nihh..Takkan nak tido kt opis? Lebih laa tuu... Nih lagi another two days to go.. aku ingat nak bawak ke opis la bawang putih ke, bawang merah ke, tak pun ikan bilis. Boleh gak kopek-kopek mende tu suma dari duk melenggung tak buat apa. Amacam ok tak?

Friday, January 23, 2009

kepala ku sudah weng...

Abis sudah apa yg ku makan. Suma pun kuar balik. Asal batuk je muntah, asal batuk muntah...sampai dah tak de apa nak muntah. Yg kuar pun air kuning yg pahit. Teruk betul batuk nih.. Ntah bila nak baik.

Dah tak tahan, ubat batuk Za'im aku tibai. 3 sudu aku telan. Tak sampai sejam mata aku dah tak boleh bukak. Letak je kepala kat bantal langsung tak sedar dunia.. Pagi ni aku bangun dgn mata yg masih tak berapa nak bukak dan kepala aku pun dah weng..