Wednesday, January 28, 2009

Mood raya wehh.....

Sedari pagi hingga sekarang hanya 2 call je yg masuk? Wahh..raya sungguh! Kat opis aku ni hanya 7 org je yg keja termasuk aku laa. Tu pun 2 bos dah kuar KL dan tak kan balik opis lagi. Tinggal berlima aje..Dept PM** 4 org, SU aku sorang.. hahh..apa lagi beb..'acara bebas!' wa cakap luu...

Budak-budak pun cam liat je nak ke sekolah. Cuti empat ari memang melemakkan satu badan.
manakan tidak, makan, main game, tido, makan, main game, tgk tv, tido! itu le aktiviti aku ngan anak-anak aku sepanjang cuti 4 ari. Ari ni Aiman dan Izzat mula sekolah agama balik. Sekolah kebangsaan pulak esok baru memulakan persekolahan. Yg bestnya Za'im laa, Isnin depan baru SMDH buka balik, seminggu tu wehh..releks sakan! Jeles gila Aiman ngan Izzat tenguk abang diorang releks kt umah..

Tapi, time-time cam ni jugak ler mati kutu di buatnya..Boring tahap dewa-dewi kalo tak de keja nak buat. Customer kebanyakannya masih lagi berdong-dong-ceng! Workers pun ramai yg amik cuti tahun atau mengabiskan cuti tahun lepas.ni yg aku heran, awatnya depa duk ada lagi cuti tahun lepas? Depa ni tatau guna cuti yg di berikan ke? heran betul aku! Abis? apa lagi nak buat, main games, surf tenet? berpinau dah bijik mata mengadap mende empatsegi nihh..Takkan nak tido kt opis? Lebih laa tuu... Nih lagi another two days to go.. aku ingat nak bawak ke opis la bawang putih ke, bawang merah ke, tak pun ikan bilis. Boleh gak kopek-kopek mende tu suma dari duk melenggung tak buat apa. Amacam ok tak?

Friday, January 23, 2009

kepala ku sudah weng...

Abis sudah apa yg ku makan. Suma pun kuar balik. Asal batuk je muntah, asal batuk muntah...sampai dah tak de apa nak muntah. Yg kuar pun air kuning yg pahit. Teruk betul batuk nih.. Ntah bila nak baik.

Dah tak tahan, ubat batuk Za'im aku tibai. 3 sudu aku telan. Tak sampai sejam mata aku dah tak boleh bukak. Letak je kepala kat bantal langsung tak sedar dunia.. Pagi ni aku bangun dgn mata yg masih tak berapa nak bukak dan kepala aku pun dah weng..

Wednesday, January 21, 2009

Hidung Berdarah

Semalam aku ingat nak amik cuti half day jer, nak bawa Za'im ke klinik. Demam nya masih tak kebah dan tekak dia pun bengkak. Kesian pulak aku tengok Za'im. Sampai senget kepala terteleng-teleng menelan makanan. Geram pun ada jugak sebab dia degil suka sangat makan ais. Di pepahnya ais tu mcm makan kacang. Mana lah tekak tu tak bengkak...Kat klinik Raju bila kami sampai dah penuh dah. Kebanyakannya semua demam. Musim demam ke sekarang? Terlebih makan limau mandarin kot? Za'im setelah di perika Dr Raju bagi dia MC, rehat satu ari. Amboi bukan main suka lagi si Za'im nih dpt cuti satu ari, tak yah gi sekolah. Balik dari klinik dah pukul 10.00. rasa malasnya nak gi keja. Matahari lak kemain punya terik. Aduhh..tak sanggup aku nak kuar umah panas litlit mcm tuh. Aku ni memang alah kalau panas sangat, badan serta merta jadi lemah gemalai... almaklum puteri lilin. heheheh perasan..perasan!


Dek kerana dah lomah satu badan, aku teruskan je lah cuti jadi satu ari..Za'im pun dah tertidur lepas makan ubat. Nanti lagi 4 jam kena kejutkan dia makan ubat lagi. Harap-harap dia cepat sihat dan boleh ke sekolah semula esoknya.

Sementara aku masak utk tengahhari, sorang lagi hero kecik dah balik dari sekolah agama. Hero yg satu ni baguih dia. Balik sekolah jer buka kasut stokin semua, simpan beg, terus buka baju pi mandi. Tak mcm abang-abangnya yg dua org tuh..balik sekolah boleh lepak tenguk tv dulu, main ngan kucing. Sampai kena suruh baru nak mandi. Itu punl berkali-kali. Penat tau.

Masa duk tgh masak tu la, aku tenguk si Izzat ni duk kesat-kesat idung dia. Rupanya idung dia berdarah. Lubang idung sebelah kiri. Cecepat aku amik tisu. Lipat-lipat dan gulung sikit ujungnya dan masukkan ke idung yg berdarah tu. Dua minggu sudah lubang idung sebelah kanan. Masuk kali ni dah kali ke empat idung dia berdarah. Kali pertama masa hari pertama buka sekolah Januari 2008. Habis meleleh ke baju sekolah. Baju putih pulak tuu. Kali kedua aku tak ingat bila. tapi dalam tahun 2008 jugak laa. Dulu masa kecik-kecik dulu, aku pun penah jugak kena idung berdarah.Selalunya kena waktu tengahhari. Darah tu cair semacam aja meleleh-leleh. Masa tu mak cecepat amik daun sirih, gulung-gulung sumbat masuk kat lubang idung yg berdarah. Tak sampai 5 minit, darah dah berhenti dah. Ajaib sungguh!

Tapi kat sini mana nak ku cekau daun sirih? Tisu je lah sebagai ganti. Apa kata org tua-tua? Tak de rotan, akar pun jadik! Aku pun tatau kenapa idung boleh berdarah. Adakah di sebabkan cuaca yg panas? Atau ada jangkitan virus kat dlm lubang idung? Yang herannya kanak-kanak je yang idung berdarah. Orang dewasa tak de la pulak.
Tgh menahan darah keluar dgn tisu yg dah digulung bucunya.
Darah masih gak keluar, tapi tak de lah byk mcm memula tadik.
Aku suruh Izzat dongakkan sikit kepala, supaya darah tak kuar.


Mendongak tapi mata duk jeling cartoon kat TV...Heh budak ini!


Semalam jugak adalah birthday aku. Hubby diam saja dari pagi. Dia lupa kot? Aku pulak bila dah sebok ngan Za'im yg sakit dan Izzat yg idung berdarah dan buat keje umah langsung tak ingat. Hanya bila malam masa nak tidur, hubby cium pipi dan wish happy birthday..haahh mcm tu je? Hadiahnya mana? Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Monday, January 19, 2009

gotong royong





Ini hari ahad minggu lepas punya cerita.(ayoyo kici, apa punya ayat daa...)












Pada petang ahad yg nyaman. Masa aku angkat kain dari ampaian, aku tengok longkang penuh ngan sampah. Aku pandang longkang jiran sebelah, aikk..bersih? satu sampah pun tarak! Air longkang pun jerneh jer...musykil lah aku nih..camana longkang jiran ku bersih tapi longkang depan umahku begitu kotor ngan keladak pasir dan sampah? Sedangkan pagi tadi, semalam atau sehari sebelumnya, keadaan sebaliknya yg terjadi...pelik bin ajaib betul!





Korek Izzat korek. Jgn tak korek!









Tapi aku nih tanak la berimaginasi yg bukan-bukan. Apatah lagi nak bersangka buruk pada jiran.Tak baik. Berdosa. Maka dgn 'seneng ati' aku memanggil ketiga-tiga hero aku mengorek dan membersihkan longkang. Maka bergilir-gilir lah hero-hero ku itu mengaut segala pasir dan sampah dan membuangnya ke perdu pokok yg mcm idup segan mati tak mahu itu. Mcm mana lah pokok tu nak idup, kalau sume sampah di longgokkan kat situ. Kucing-kucing pun kalau nak melepaskan hajat diorang, kat pokok itu la jugak tempatnya..makin merengkeng la pokok tuh..

Za'im pada awalnya menolong tapi tak sampai 5 minit dia dah hilang dgn reket badminton. Budak bertuah tu memang..ngelat nombor satu! Yang tinggal Aiman ngan Izzat bergilir-gilir. Aiman korek, Izzat pegi angkat buang. Izzat korek, Aiman lak yg pegi angkat buang. Selesai kat depan umah, aku suruh diorang berdua korek dan tolak sampah dlm longkang umah atuk sebelah pulak sampai ke hujung blok sana. Nasib baik dua hero aku nih tak banyak komplen. Cuma Aiman je mengadu longkang depan umah Atuk tu busuk...hahaha siap sepit idung ngan penyepit baju lagik!







Bergilir-gilir mengorek longkang ala-ala balapan gitu...

Lihatlah 'taman sejempot' aku yg dah semak ngan rumput. Tuan dia asyik sibuk memanjang.


















Tolak kuat-kuat Izzat!
















Eeee..kotornya longkang atuk nih!












Busyuk la longkang nih..banyak nyamuk pulak tuh!












Longkang kawasan umah aku ni memang selalu banyak sampah dan timbunan pasir yg di bawak dek aliran air ujan. Kalau pasir tu tak kisahlah..tabiat alam semulajadi. Nih yg segala mcm sampah nih tabiat manusia tak sedar diri! Kalau sampah dah tersekat, macam mana air longkang nak mengalir? Tu yang busuk tuh! Malah jadi sarang nyamuk lagik. Bukan tak ada tukang sapu sampah yg di bayar kontrak utk bersihkan kawasan taman nih. Tapi tak tahu la.. rabun agaknya mata diorang nih!

Aku pun heran la dgn perangai manusia-manusia yg sebegini. Kawasan rumah sendiri nak cantik, nak bersih, kawasan rumah orang lain biar kotor bersepah. Terutama di kawsan perumahan flat atau apartment nih..sesuka ati diorang je nak buang sampah terutama yg di tingkat atas. yang jadi mangsa orang tingkat bawah lah. Pagi sapu, tengahhari tenguk dah bertabur dgn plastik makanan dan kotak minuman. Yang paling geli tu, kapas pengorek telinga (cotton bud)...kuning jer kat ujung tuh...
Eeeee....manalah kesedaran sivik diorang nih....

Sunday, January 18, 2009

Aduhh..tak tahan aku!




Pagi tadi mcm biasa aku ke pasar.

Pegi pun tak le awal sangat. Duk teragak-agak nak pe ke tak nak. Nak pi cuaca panas sungguh. Tak pi peti ais dah kosong. Dah tak de mende nak di masak. Kang ada lak yg mengamuk kelaparan! hahahaa...Harus aku pegi nih..

Keluar kul 11.00 berpusing mencari parking. Hish diorang nih apa dibuat kat pasar dah nak tengah hari nih..tak reti-reti nak balik masak ke? Atau diorang pun mcm aku gak kut, saja lewat-lewat nak gi pasar! hehehe...Akhirnya setelah tawaf 3 kali baru dapt parking, tu pun kat pintu belakang pasar..hmm selamat menghidu bau ayam la jawabnya...

Alang-alang dah dekat ngan ayam, terjah je lah kat tempat jual ayam tuh..sekilo RM 6.50. Sekor ayam 13 hengget. 2 kilo le tu.. Aku cakap kat pakcik Mat tu, kaki taknak leher taknak hati dan pedal pun taknak. Minta kurang harga Pakcik Mat pulak kata taknak! huhu..

Kat tempat ikan, aku membelek ikan selar kuning. Amoi tu cakap rm15.00 sekilo engkau! Kembung pulak sekilo 13.00. Amboi mak ai..mahalnya ikan! sisik emas ke apa... tak leh jadi amoi nih..cekik darah betul!

Kat apek tua ujung sinun nun tak le teruk sangat harga dia.. walaupun pada aku masih jugak mahal. Tapi apa nak buat.. kalau tak beli nak makan apa? Takkan nak mencekik telur tiap-tiap hari...Kembung sekilo Rm11.00. Bawal sekor 15 hengget. Senangin rm25.00. Udang rm 13.00 dan sotong rm 17.00. Telur satu papan rm 10.50. Telur puyuh (kegemaran Zaim) 50 bijik rm 5.00.Total sume rm109.00. Waaaaaaaaaaaaaa...tu belum campur cili, bayam, sawi, keret dan segala mak nenek sayur yg lain lagik!

Kata harga minyak dah turun, nape harga barang-barang nih sume tak turun lagik??? Aduhhh...tak tahan aku!

Friday, January 16, 2009

Wild Angels

Between the perfect world and the bottom line
Keeping love alive in these troubled times
Its a miracle in itself
and we know to well what thats about
Still we made it through, only God knows how
We must've had a little help

Wild Angels
Wild Angels
Watching over you and me
Wild Angels
Wild Angels
Baby what else could it be

Well, it must've been hard
Its must've been tough
Keeping up with crazy fools like us
Cause its so easy to fall apart
And we still break each other's heart sometimes
Spend some nights on the jagged side
Somehow we wake up in each others arms

Wild Angels
Wild Angels
Watching over you and me
Wild Angels
Wild Angels
What else could it be..

notes : This half lyrics song by Martina McBride is dedicated to my fellow friends who have been in the meeting all day long yesterday. Good luck to all of you!

Thursday, January 15, 2009

Kisah Mak Unta ngan Anak Unta

Alkisahnya....
Ada dua ekor unta, (mak unta dan anak unta) sedang duduk berehat-rehat. Tetiba anak unta berkata.

Anak Unta : "Mak, mak, boleh saya tanya sesuatu?"

Mak Unta : "Boleh nak, apa dia? Tanyalah."

Anak unta : "Mengapa unta ada bonggol kat belakang?"

Mak Unta : "Anakku, kita ni kan binatang yg hidup kat gurun, jadi bonggolan itu adalah sebagai tempat untuk menyimpan air. Sebab itu lah unta dikenali sebagai binatang yg boleh hidup tanpa air!"

Anak Unta : "Oooh begitu. Tapi kenapa pulak kaki kita panjang dan tapak kaki pulak bulat?"

Mak Unta : " Mesti lah..sebab kaki macam untalah yang paling sesuai berjalan di gurun pasir! Untuk pengetahuan kamu wahai anakku, dgn kaki inilah mak berjalan kat gurun lebih laju dari binatang lain!" tambah Mak Unta dgn megahnya.

Anak Unta : "Okeh. Habis tu kenapa bulu mata kita panjang sangat? Kekadang mengganggu laa penglihatan saya." rungut si Anak Unta.

Mak Unta : "Anakku, bulu mata yg tebal dan panjang itulah yg melindungi mata kita dari abuk pasir gurun dan juga angin." terang Mak Unta dgn mata yg bercahaya. Bangga.

Anak Unta : "Hmmmm..Jadi bonggol kat belakang adalah utk menyimpan air bila kita berada di gurun, kaki yg panjang pula adalah utk berjalan di gurun dan bulu mata yg tebal dan panjang pula utk melindungi mata dari pasir gurun. Abis tuh, apa kejadahnya kita buat kat sini dlm zoo????????

Moral of the story is :
Kadang-kadang skil, pengetahuan & pengalaman hanya berguna kalau keadaan dan persekitaran memerlukannya!

Tuesday, January 13, 2009

Empire of my mind

Well, there is trouble in my mind
There is dark
There is dark
There is light
I lay our hands over my eyes
As I look deep,
Through valleys deep and wide
Across the boarderline
For the empire of my mind

You are the reason I don't sleep
You are the light
Thats breaking through the leaves
You know how hard I try
To believe
I have something good inside
Over barracades I climb
For the empire of my mind

I have no love somewhere in time
I've been lifted up
I've looked honour in the eyes
I've no reason, I've no rhyme
I cannot deny
There's a darkness that inside
I'm guilty by design
and now I realise
The temptation made me blind
To the empire of my mind

There is no order
There is chaos
and there is crime
There is no one home tonight
In the empire of my mind

There is no distance that I dont see
I do have a will
No limit to my reach
I wish I would
I wish I might
See a line tonight
Separating wrong from right
Some a really born to try
and may be thats the reason why
I'm afraid someday I will find
There is no empire in my mind

There is trouble in my life
There is trouble in my life
*********************************empire of my mind by wallflower***********

...................itu beberapa-rapa-rapa hari yg lalu laa.. Tapi sekarang nih aku dah tak kuasa lagik nak memikir-mikir mende yg menyemakkan kepala otak. Bila aku dah start mengangkut dan memindahkan meja kerusi, komputer dan fail segala, aku dah setkan mind aku. Takmo pikir. Takmo ingat. Takmo peduli. Aku terima apa yg dah ditetapkan. Buku baru aku bermula pada 7hb minggu lepas bila aku mula mengangkut barang-barang aku. Iya lah..mengapa aku nak susah-susahkan diri memikir mende yg aku tak tau ujung pangkal! Semalam cerita mcm tu, ari ni cerita dah lain. Setiap hari ada saja cerita baru keluar dan menimbulkan persepsi yg berbeza.
Tak paham aku!

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang 2009

Hari ini sudah 2hb Januari 2009 bersamaan dengan 6 Muharram 1430 Hijrah.
Tidak terlambat rasanya nak ucap Selamat Tahun Baru 2009 pada yg membaca blog ku ini. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberi wajah baru dan semangat baru kepada kita semua untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Pagi ini tempat kerja ku ini bermula dgn satu sesi perhimpunan yg mendebarkan semua pekerja.Walaupun tidak semua dibicarakan namun segala persoalan dan teka-teki terungkailah sudah.Pejalanan yang sarat dengan pengalaman kini sudah bertemu tiga persimpangan. Simpang yang manakah akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan? Takdir sudah pun ditentukan. Semoga semuanya baik-baik belaka. InsyaAllah.