Friday, August 23, 2013

Extra work

Ni namanya tak de keje carik keje. Kejadian berlaku pada hari rabu 2 hari lepas. Masa dah suntuk sangat dah. Carpet nak kena pasang hari Jumaat ni. Hari ni laa. Ofis tak cuci lagi. Tu lah bijak sangat memberi cadangan bila cleaner lady kat ofis ni tak dapat pergi. 
Sampah tak de la banyak sangat. Tapi dia punya habuk debu dekat 3 inch punya tebal.
 
 Ruang luas la jugak. Makcik cleaner pun terpaksa la kumpul buat pulau-pulau gitu supaya senang nak masukkan dalam plastik sampah. Haaa..nampak ada 6 pulau habuk semuanya..

   
Pliinggg....
 
 Pekerja kontrak sedang tekun membuang sawang mawang...Nun yang kat ujung sinun tengah betulkan tulang belakang. lenguh kutip sampah yaa...kehkehkeh. Jangan marah haa boss!
Dekat 3 jam jugak la kami kat sini. Hishh aku kat rumah pun tak de buat cuci-cuci macam nih..Habis badan, kaki tangan semuanya sakit..Khabarnya kat tingkat atas sana ada spa urut-urutkan badan. Ni nak kena pau boss nih..

Esok paginya tersedar pukul 7 pagi. Kelam kabut bersiap mana nak gi keja, mana nak hantar anak ke sekolah lagi.. 


No comments: