Petang tadi kat umah x ada aktiviti nak buat. Nak ajak hubby gi jenjalan, hubby tgh sibuk buat 'headcount' yg wajib di hantar pada GPK Puan A sebelum hari Isnin. Benda alah tu depa nak buat meeting kt Genting nun hari Selasa nanti. (Org gomen memang pandai cari tmpt yg class kalo nk buat meeting!!!) Puas golek-golek depan tv, ajak adik dan baby ke taman belakang umah. Ingat nak ajak diorang main jongkang-jongkit ke, main gelungsur ke, tak pun main buai. Diorang ler yg main tak kan aku kut nak main..mau putus tali buaian tuh kang! hahahaha...
Namun tiadalah yang lebih menyedihkan hati aku dari sedih sesedih-sedihnya bila aku tenguk persekitaran padang permainan Taman K** nihh. Sampah merata-rata..bukan setakat plastik bekas makanan, kulit kacang, kertas-kertas, botol minuman, kulit durian pun ada! lampin pakai buang lagik!! aduhh.. dimanakah sikap pembersih yg menjadi amalan para muslimim? aku tahu 150% yg dtg ke padang tu org melayu, beragama islam. Tetapi perangai????
Cemaner pampers pun boleh sampai kat sini?
spring aje yg tinggal....kuda nyer dah terbang kot!
tinggal tunggul !
Eeiii..tak dpt ku bayangkan kalau tersiat kulit punggung..Na'uzubillah!
Itulah perangai org kita.. tempat kanak-kanak main, org dewasa pun nak tumpang sama..tak sedar badan mcm gajah..merosakkan harta-benda awam. Yg lebih menjengkelkan, sesetengah tu gatal tangan..ada jer nak di ketuk, digoyang biar jahanam. Tu yg mainan nombor-nombor kat tangga papan gelungsur tu.. camaner boleh pecah kalau bukan tangan-tangan gatal yang duk ketuk-ketuk..