Thursday, April 30, 2009

Untuk perempuan aje tau!

AGAR ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI

Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

----------------------------------------------------

ehhh.. hari ni hari Khamis ye?



Wednesday, April 29, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang

Sayang,
selama 15 tahun kebersamaan kita,
aku belajar darimu tentang
melihat di balik yang terlihat.
Tentang kemampuan membaca
mengapa dan bagaimana ,
tak hanya berupaya menjawab
apa.


Aku pun belajar untuk menjadi dalang akan hidupku sendiri.
Bukan lagi menjadi pelakun dan penikmat perjalanan
dengan kacamata kenaifan anak-anak.

Dan selama itu pula aku baru paham
bahwa ternyata persamaan kita
telah saling menguatkan
dan perbedaan kita pun untuk saling melengkapi.


Sayang,
terimakasih telah menjadi cermin
yang selalu memantulkan apa yang kuinginkan.

Kamu paling paham
bahawa aku tidak perlu sembang yang panjang
hanya kalimah tanya.
Kerana katamu
sebenarnya aku sudah tahu apa yang ku perlukan
dan apa yang harus ku lakukan.


Kuakui,
seringkali tindakanku kurang perancangan
dan pertimbangan matang sehingga
sukar bagimu mempercayai keputusanku.

Tapi sayang,
bukankah masa depan adalah sekarang?
Walau hidup penuh dengan kerikil tajam
Aku akan selalu bersamamu.

Selamat mengulang hari lahir, sayang..
Mari ganding tanganku dan kita nikmati perjalanan ini.
Bersama.





Monday, April 27, 2009

Berhati-hati bila menziarahi orang meninggal dunia..

Kisah dibawah yg dititip dari himpunan email yg diterima. Tidak diubah walau satu huruf pun. Semoga mendapat iktibar dari apa yg terjadi. Selamat membaca.


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah…
Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…. please take note of this for our on good…. org tua-tua used to say…. bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.


Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah…katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk.


Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi).

Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya.

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut.

Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man.

Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.



Moral of the story : pesan & petua org tua-tua ada benarnya..


selsema


Bermacam penyakit sekarang nih. Kalau dulu kita cuma tau selsema biasa jer..





Lewat tahun 2005 muncul selsema burung.




Sekarang dah ada pulak selsema babi..Hoho..tak tau selsema apa pulak yg akan muncul selepas ini..

Thursday, April 23, 2009

The Biggest Loser

Ni sumer gara-gara siri tibi ni laa..

Aku yg konon nak turunkan berat badan.
Dari sari ke sari, bulan ke bulan,
dah makan taun pun..
baru ni la nak mula.
sumer gara-gara rancangan tibi nih..
Semangat berkoba-koba bila Bob Harper kata,
kalau nak turunkan berat badan,
jgn tunggu 1st january taun depan baru nak start,
start now!
(alihbahasa rojak versi aku laa).
Tu yg start 2 hari sudah tuu..
balik keja aku pun mula...


Subuh sepi'e sebelum mandi aku skipping..
dalam umah tuu..
Pagi kemarin,
masa duk tengah skipping,
aku terperasan pintu bilik belakang terbuka sikit..



rupanya si Za'im duk intai balik pintu,
dia heran kut..
Gajah mana laa yg duk lompat pepagi nihh?
hehehehe..

Pagi tadi
aku tak skipping pun..
sebab?
Paha ngan betis aku sakit sesangat..
tegang semacam jer..
adoii...



I have a dream













I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
Ill cross the stream - I have a dream

I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
Ill cross the stream - I have a dream
Ill cross the stream - I have a dream

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
Ill cross the stream - I have a dream
Ill cross the stream - I have a dream


penyanyi asal - Abba
diberi nafas baru - westlife

***Aku saaaangat suka lagu nih.. yg menyanyi pun cute-cute sumernya..



Monday, April 20, 2009

Panazzz....

Dah tiga hari tak hujan. Panas tak boleh tahan..Peluh merecik-recik keluar..melekit dan merimaskan. Ini lah manusia, bila hujan merungut, panas pun merungut.

Pagi ni sampai je opis, dah terasa bahangnya..ada air-con pun mcm tak ada jer.. Meja kerusi, fail semua terasa hangat bila di sentuh..Memang semalam panas giler..habanya terasa sampai hari nih..

Semalam, anak-anak semua tak kuar umah, panas! Air oren 3 jag besar habis tak sempat nak tunggu malam. Buka tutup, buka tutup peti ais...ais pun tak sempat nak membeku...hadoiii..