Friday, August 23, 2013

Extra work

Ni namanya tak de keje carik keje. Kejadian berlaku pada hari rabu 2 hari lepas. Masa dah suntuk sangat dah. Carpet nak kena pasang hari Jumaat ni. Hari ni laa. Ofis tak cuci lagi. Tu lah bijak sangat memberi cadangan bila cleaner lady kat ofis ni tak dapat pergi. 
Sampah tak de la banyak sangat. Tapi dia punya habuk debu dekat 3 inch punya tebal.
 
 Ruang luas la jugak. Makcik cleaner pun terpaksa la kumpul buat pulau-pulau gitu supaya senang nak masukkan dalam plastik sampah. Haaa..nampak ada 6 pulau habuk semuanya..

   
Pliinggg....
 
 Pekerja kontrak sedang tekun membuang sawang mawang...Nun yang kat ujung sinun tengah betulkan tulang belakang. lenguh kutip sampah yaa...kehkehkeh. Jangan marah haa boss!
Dekat 3 jam jugak la kami kat sini. Hishh aku kat rumah pun tak de buat cuci-cuci macam nih..Habis badan, kaki tangan semuanya sakit..Khabarnya kat tingkat atas sana ada spa urut-urutkan badan. Ni nak kena pau boss nih..

Esok paginya tersedar pukul 7 pagi. Kelam kabut bersiap mana nak gi keja, mana nak hantar anak ke sekolah lagi.. 


Thursday, August 22, 2013

Souvenir from Taiwan

Blog aku ni dah macam hidup segan mati pun segan. Lama-lama sekali baru nak update. Rasanya last update hari tu bulan April. La ni dah bulan Ogos.Dah nak hujung bulan pun. Baru nak buat new post? Baik la jugak dari tak ade langsung kann.
Cerita terbaru hari ni aku dapat souvenir dari bos. Dia baru balik dari Taiwan. Siap kotak dgn beg bagai.  Ingatkan handycraft ke. tshirt ke. Tak pun Hello Kitty stuff ker.. Pineapple cakes? Tak tau pulak pineapple cakes pun boleh jadi souvenir. Ker memang aku aku sorang yang taktau? Hahaha  Rupa-rupanya pineapple cakes ni pun top souvenir jugak.
Dalam kotak ada 6. aku ambil 2. Lagi 4 bagi kat En Hubby masa dia datang tengahari tadi.
 
Ooo macam ni rupa dia..Kejakunan aku terserlah di sini.

Tak de nyer nak cut elok-elok. Main patahkan macam tu jer..Gelojoh kan aku ni..

Gebu. Macam tart nenas.  Inti dia tebal. Not so sweet..Sedang-sedang jer..Sedap.



Dah tinggal serdak


Licheen!!


Untuk pengetahuan korang, pineapple cakes ni nama glamer dia kat Taiwan sana adalah Fengli Su. Salah satu top dessert di Taiwan. Kat sini aku tepek cnp hasil dari pencarian kat pakcik google.


Fengli Su - 鳳梨酥 (Pineapple Cakes)

Chinese Desserts - Feng Li Su - Pineapple Cake  
Chinese Desserts: Feng Li Su - Pineapple Cake. Fengli Su are a famous delicacy from Taichung.Fengli Su are small squarish pastries, with a buttery crust and a filling of pineapple paste. Sometimes the filling, despite its name, contains dong gua (wax gourd or winter melon). Dong gua is cheaper than pineapple, anyway some people prefer this way because the dong gua is less fibery than pineapple.Still the name Fengli Su - pineapple cake - is kept as a wish of good luck and prosperity. In Taiwanese "pineapple" has the same pronunciation of "wealth comes".Pineapple Cakes are authentic Taiwanese sweets, and among the best ones, they make a great souvenir to bring back home.



Monday, April 15, 2013

rindu kamu semua

Haah. Tarik nafas..hembus..tarik nafas, hembusss..tarikkk lagi panjang-panjang..hembusssss...huwaaa..lama gila tadak update. bersawang macam rumah tadak tuan. Nak buat lagu mana  tuan tanah lupa tang mana pi letak kunci rumah.. tah apa-apa aku ni..
Seb baik tak sesat.Tengok muka depan blogspot pun dah lain.(muka depan? aku tatau nak panggil apa) Seb baik jugak jumpa balik password.

@Sally - rindu kamu semua!