Showing posts with label hari pertama. Show all posts
Showing posts with label hari pertama. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Jom Pi Sekolah...



Entry yang dah jadi pekasam kerana lama sgt duduk dlm draft..dari 4th Januari....


Anak kecil ku yang sudah pun darjah 4 tahun ini..
Baby yang selalu ku cium-cium dan peluk-peluk ni dah pandai malu..
lari keliling rumah kalau aku nak cium dia.. hehehe













Anak ku yang no. 2.. tahun ni akan menghadapi pepriksaan UPSR. Pun dah besar tapi penakut yang amat.. terutama bab-bab makan ubat..

Ni yang tgh susah hati ni..ntah bila laa nak sunat kan dia ni...hish..












Anak yg sulung..Form 3 dah wehh..pun akan menghadapi PMR hujung tahun ni...mudah-mudahan anak ku ini berjaya dalam peperiksaannya nanti..amiiin..

Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa semua....

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah Rukun Islam yang ke empat..Selamat berpuasa semua...memang dah lama tak datang menjenguk rumah ni..niat tu ada tapi perlaksanaan yang tidak kesampaian..maafkan lah hamba yang marhaen lagi tidak berdaya ini..

Waktu ini.. pada saat dan ketika ini..hujan tengah turun dgn lebat...anak-anak semua tergolek depan tv..bergumpal, bergaduh, mengusik sesama mereka..apa lagi yang diaorang boleh buat?...nak suruh baca buku? hohohoho...dgn muka seposen diaorang tuhh.. puasa la mama..tak boleh concentrate.. alasan yg dah basi..tiap-tiap tahun pun sama...

Okeh..sekarang dah pun pukul 1.30 petang nih..hmm..nak masak apa yaa untuk berbuka nanti...hahaha...bukan aku sorang tau yg awal-awal lagi duk fikir nak masak apa utk berbuka...boleh kasi potong jari aku..semua pompuan pun sama mcm aku...tapi kalau bukan bulan puasa, takde pulak se awal gini nak fikir pasal menu makan malam...hahaha..nafsu-nafsu..

Tetapi sekarang ni senang...pasar ramadan berlambak pilihan selera masing-masing...yg penting fulus..tapi aku rasa lebih baik masak sendiri..kebersihan dah tentu terjamin..boleh makan berulang..yg penting jimat..tapi itulah..maacam aku cakap tadi..pilihan di tangan masing-masing..nak masak sendiri atau nak beli saja..terpulang..

Selamat berpuasa semua..ingat..bulan puasa jangan membazir!