Showing posts with label Za'im. Show all posts
Showing posts with label Za'im. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Risau

Hari ni Za'im ke Perpustakaan Negara 
Katanya nak cari bahan untuk assignment yang cikgu bagi. 
Minggu lepas pi Arkib Negara. Bahan yang dicari tak dak la pulak, orang lain dah pinjam.
 Hebat budak-budak from 6 sekarang ni ya. 
Cari bahan assignment sampai keyell nun. 
Dulu zaman aku form  6 dulu cari bahan kat library sekolah saja..
Ok jer pun markah assignment. 

Minggu lepas masa dia pi Arkib Negara, aku cuak gak nak lepas dia pegi. 
Macam-macam aku duk fikir. 
Walaupun pegi dengan kenkawan 10, 11 orang macam tu, aku tetap risau. 
Takut jadi apa-apa. Sesat ka dia nanti, kawan tinggalkan dia ka. 
Pandai ka dia cari bahan yang dia nak tu. 
Sejam sekali aku sms tanya. ok ka.tak ok ka.
Yang aku geram dia bukan nak balas sms aku sangat.
Ada yang dia jawab ada yang dia buat derk saja..
Tu laa anak..bukan nya dia tau kita ni risau ke dia.

Tapi aku ni pun satu. Za'im tu dah nak 19 tahun bukannya 9 tahun lagi yang aku nak kepung bagai tu..Pandai la dia bawak diri dia.kann. 
Bukannya di pun sensorang. Dia pi dgn kawan-kawan. Ramai pulak tu. Tak kan la kawan-kawan nak tinggal kan dia ye dak.
Tapi aku rasa la semua mak-mak akan rasa macam tu. 
Anak walaupun dah besar panjang tetap nak rasa risau jugak.  apa..over-protected?

Harap-harap dapat lah apa yang dicari-cari tu.



.

Thursday, June 17, 2010

garang ke aku?

kekadang aku rasa, aku ni tegas sangat dgn Za'im..err tegas ke garang? Mcm ari tu..suruh mandi tak nak mandi..balik jer dari main basikal terus naik baring atas katil..bukan sekali dua..dah selalu sangat..nasihat dah banyak kali..taaaakk paham-paham jugak..dgn berpeluh-peluh satu badan, bau pun dah semacam...naik angin la aku ni..dua tiga kali cakap tak nak dengar..aku apa lagi..tangan aku memang cepat benar capai hanger.. 2 kali sebat kat punggung, masih tak bergerak..keras hati betul anak aku nih..sebat kat belakang bahu pun duk keras membatu..menengok aku dh naik hantu, hubby terus tarik Za'im bawak dia ke bilik air..hadui...bila dah pukul rasa menyesal pulak..selalu aku ni macam tu...

Monday, January 11, 2010

Jom Pi Sekolah...



Entry yang dah jadi pekasam kerana lama sgt duduk dlm draft..dari 4th Januari....


Anak kecil ku yang sudah pun darjah 4 tahun ini..
Baby yang selalu ku cium-cium dan peluk-peluk ni dah pandai malu..
lari keliling rumah kalau aku nak cium dia.. hehehe













Anak ku yang no. 2.. tahun ni akan menghadapi pepriksaan UPSR. Pun dah besar tapi penakut yang amat.. terutama bab-bab makan ubat..

Ni yang tgh susah hati ni..ntah bila laa nak sunat kan dia ni...hish..












Anak yg sulung..Form 3 dah wehh..pun akan menghadapi PMR hujung tahun ni...mudah-mudahan anak ku ini berjaya dalam peperiksaannya nanti..amiiin..

Wednesday, March 11, 2009

Air mata di pagi hari

Ku peluk erat

cuba memadam api yg membakar

bahangnya masih terasa

walau rintik sipi tiba.

Tubuh yg mengeras

kian lemah diam tidak meronta.

ku peluk erat

air mata tumpah tidak tersekat

ku peluk makin erat

anakku,

kasih ku sentiasa hangat.








Wednesday, January 21, 2009

Hidung Berdarah

Semalam aku ingat nak amik cuti half day jer, nak bawa Za'im ke klinik. Demam nya masih tak kebah dan tekak dia pun bengkak. Kesian pulak aku tengok Za'im. Sampai senget kepala terteleng-teleng menelan makanan. Geram pun ada jugak sebab dia degil suka sangat makan ais. Di pepahnya ais tu mcm makan kacang. Mana lah tekak tu tak bengkak...Kat klinik Raju bila kami sampai dah penuh dah. Kebanyakannya semua demam. Musim demam ke sekarang? Terlebih makan limau mandarin kot? Za'im setelah di perika Dr Raju bagi dia MC, rehat satu ari. Amboi bukan main suka lagi si Za'im nih dpt cuti satu ari, tak yah gi sekolah. Balik dari klinik dah pukul 10.00. rasa malasnya nak gi keja. Matahari lak kemain punya terik. Aduhh..tak sanggup aku nak kuar umah panas litlit mcm tuh. Aku ni memang alah kalau panas sangat, badan serta merta jadi lemah gemalai... almaklum puteri lilin. heheheh perasan..perasan!


Dek kerana dah lomah satu badan, aku teruskan je lah cuti jadi satu ari..Za'im pun dah tertidur lepas makan ubat. Nanti lagi 4 jam kena kejutkan dia makan ubat lagi. Harap-harap dia cepat sihat dan boleh ke sekolah semula esoknya.

Sementara aku masak utk tengahhari, sorang lagi hero kecik dah balik dari sekolah agama. Hero yg satu ni baguih dia. Balik sekolah jer buka kasut stokin semua, simpan beg, terus buka baju pi mandi. Tak mcm abang-abangnya yg dua org tuh..balik sekolah boleh lepak tenguk tv dulu, main ngan kucing. Sampai kena suruh baru nak mandi. Itu punl berkali-kali. Penat tau.

Masa duk tgh masak tu la, aku tenguk si Izzat ni duk kesat-kesat idung dia. Rupanya idung dia berdarah. Lubang idung sebelah kiri. Cecepat aku amik tisu. Lipat-lipat dan gulung sikit ujungnya dan masukkan ke idung yg berdarah tu. Dua minggu sudah lubang idung sebelah kanan. Masuk kali ni dah kali ke empat idung dia berdarah. Kali pertama masa hari pertama buka sekolah Januari 2008. Habis meleleh ke baju sekolah. Baju putih pulak tuu. Kali kedua aku tak ingat bila. tapi dalam tahun 2008 jugak laa. Dulu masa kecik-kecik dulu, aku pun penah jugak kena idung berdarah.Selalunya kena waktu tengahhari. Darah tu cair semacam aja meleleh-leleh. Masa tu mak cecepat amik daun sirih, gulung-gulung sumbat masuk kat lubang idung yg berdarah. Tak sampai 5 minit, darah dah berhenti dah. Ajaib sungguh!

Tapi kat sini mana nak ku cekau daun sirih? Tisu je lah sebagai ganti. Apa kata org tua-tua? Tak de rotan, akar pun jadik! Aku pun tatau kenapa idung boleh berdarah. Adakah di sebabkan cuaca yg panas? Atau ada jangkitan virus kat dlm lubang idung? Yang herannya kanak-kanak je yang idung berdarah. Orang dewasa tak de la pulak.
Tgh menahan darah keluar dgn tisu yg dah digulung bucunya.
Darah masih gak keluar, tapi tak de lah byk mcm memula tadik.
Aku suruh Izzat dongakkan sikit kepala, supaya darah tak kuar.


Mendongak tapi mata duk jeling cartoon kat TV...Heh budak ini!


Semalam jugak adalah birthday aku. Hubby diam saja dari pagi. Dia lupa kot? Aku pulak bila dah sebok ngan Za'im yg sakit dan Izzat yg idung berdarah dan buat keje umah langsung tak ingat. Hanya bila malam masa nak tidur, hubby cium pipi dan wish happy birthday..haahh mcm tu je? Hadiahnya mana? Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....