Tuesday, February 25, 2014
Monday, January 11, 2010
Jom Pi Sekolah...
Entry yang dah jadi pekasam kerana lama sgt duduk dlm draft..dari 4th Januari....
Anak kecil ku yang sudah pun darjah 4 tahun ini..
Baby yang selalu ku cium-cium dan peluk-peluk ni dah pandai malu..
lari keliling rumah kalau aku nak cium dia.. hehehe
Anak ku yang no. 2.. tahun ni akan menghadapi pepriksaan UPSR. Pun dah besar tapi penakut yang amat.. terutama bab-bab makan ubat..
Ni yang tgh susah hati ni..ntah bila laa nak sunat kan dia ni...hish..
Anak yg sulung..Form 3 dah wehh..pun akan menghadapi PMR hujung tahun ni...mudah-mudahan anak ku ini berjaya dalam peperiksaannya nanti..amiiin..
Tuesday, May 5, 2009
syurga dan neraka

Semalam, sewaktu sibuk menyediakan makan malam, si adik bertanya tentang nama-nama syurga dan neraka, katanya homework ustazah bagi utk dihantar esok. Spontan aku menjawab syurga Firdaus, Jannah, Naim..err..err..apa lagi ya? Puas aku fikir-fikir tapi aku masih tak dapat ingat apa lagi nama-nama syurga dan neraka..Teruknya aku..kalau senikata lagu kemain punya hafal..
Nasib baik laa ada pakcik google yg boleh membantu..Jadi kawan-kawan, sebelum kita mati kutu bila ditanya oleh anak-anak, mari kita belajar mengenal nama-nama syurga dan neraka.
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
**Tuhanku, aku tidak layak utk syurgaMu, tapi aku tidak pula sanggup menahan siksa nerakaMu..Oleh itu Allah, ampunkan dosaku. Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengampun dosa-dosa besar.
Friday, April 3, 2009
Happy Birthday Adik
Rupa-rupanya yg keluar ni haaa...
Sejak dari semalam, sibuk dia bertanya betul ke besday day 3hb. En hubby buat derk jer.. Aku pulak saja jer cakap tatau, tak ingat.... hehehehehe..saja jer..
Tengok, dah besar dah anakku ini...Tapi kalau pasal menjawab nombor satu.. satu ditanya, sepuluh dijawabnya..adaaaaaaa jer idea dia.
Kepada Aiman, mama ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dgn kesihatan yg baik. Menjadi anak yg soleh, bersopan santun dan berbudibahasa.Dimurahkan rezeki yg halal dan dipermudahkan segala urusan baik didunia maupun akhirat. Diberi kejayaan yg cemerlang dlm peperiksaan.
Dan mama juga bedoa semoga Allah bukakan pintu hati adik agar adik senang bangun pagi, adik sentiasa ingat utk gosok gigi sebelum mandi pagi dan sentiasa kemaskan mainan bila sudah digunakan.
Mama akan sentiasa berdoakan semoga Allah makbulkan permintaan mama.
Friday, March 13, 2009
Aiman tak kisah.....
Aiman dan Izzat segak sungguh berbaju melayu, bersampin dan bersongkok.
Rasa macam hari raya la pulak..
Bunga telur berisi gula-gula dah ku siapkan sebelum subuh lagi.
Warna hijau dengan silver.


Gambar hiasan semata-mata. Cilok dari tenet. Mintak ampun mintak halal pada tuan punya gambar.
Aiman pilih dulu warna silver, so Izzat amik hijau.
Begitu seronok dan teruja nak menra'ikan Maulidur Rasul kat sekolah.
Sambil pakai setokin mereka bernasyid dan berselawat. Nak keluar rumah masih lagi berselawat. Hmmmm bagus anak-anakku. Semoga kamu diantara yang mendapat syafaat Muhammad.
Sewaktu nak amik bekal kt meja makan, ada bunga telur silver atas meja. Haduiyai Aiman niihh.....

