Tuesday, February 25, 2014

burppp

Yang lain-lain semua dah bangun basuh pinggan.
Adik masih lagi di meja makan.
Menjilat-jilat jari.
Tiba-tiba..


burpp...assalamualaikum!

huhh?

ehh..alhamdulillahh..

hahahaha  adik..adik..macam macam lah kau nih..

Tuesday, February 18, 2014

Jimat

Karipap 5 biji rm2
Lontong rm2 * dlm 6, 7 ketul nasi impit dia*

Karipap aku makan sambil drive pagi tadi.
Lontong aku makan masa lunch.

Jimat tak?
Gila tak jimat..

Friday, February 14, 2014

Risau

Hari ni Za'im ke Perpustakaan Negara 
Katanya nak cari bahan untuk assignment yang cikgu bagi. 
Minggu lepas pi Arkib Negara. Bahan yang dicari tak dak la pulak, orang lain dah pinjam.
 Hebat budak-budak from 6 sekarang ni ya. 
Cari bahan assignment sampai keyell nun. 
Dulu zaman aku form  6 dulu cari bahan kat library sekolah saja..
Ok jer pun markah assignment. 

Minggu lepas masa dia pi Arkib Negara, aku cuak gak nak lepas dia pegi. 
Macam-macam aku duk fikir. 
Walaupun pegi dengan kenkawan 10, 11 orang macam tu, aku tetap risau. 
Takut jadi apa-apa. Sesat ka dia nanti, kawan tinggalkan dia ka. 
Pandai ka dia cari bahan yang dia nak tu. 
Sejam sekali aku sms tanya. ok ka.tak ok ka.
Yang aku geram dia bukan nak balas sms aku sangat.
Ada yang dia jawab ada yang dia buat derk saja..
Tu laa anak..bukan nya dia tau kita ni risau ke dia.

Tapi aku ni pun satu. Za'im tu dah nak 19 tahun bukannya 9 tahun lagi yang aku nak kepung bagai tu..Pandai la dia bawak diri dia.kann. 
Bukannya di pun sensorang. Dia pi dgn kawan-kawan. Ramai pulak tu. Tak kan la kawan-kawan nak tinggal kan dia ye dak.
Tapi aku rasa la semua mak-mak akan rasa macam tu. 
Anak walaupun dah besar panjang tetap nak rasa risau jugak.  apa..over-protected?

Harap-harap dapat lah apa yang dicari-cari tu.



.

Thursday, February 13, 2014

Jerebu yang kelabu asap

Ya ampuuun. 
Dah teruk sangat dah blog ku ini. Ni kalau bisnes dah lama bungkus.
Kelabu asap betul. Sama naik dengan cuaca sekarang ni. Berjerebu, ehh jerebu ke jerubu
ah gasak..Ni pagi tadi dalam pukul 8 kat kesas sebelum exit bandar puteri. Tapi bila dh sampai tol bt kemuning  tak berjerubu la pulak.


Pagi tadi check IPU port klang  bacaan dia 71. Dah tengahari naik 80 dah..


Paparan IPU dari 12:00PM hingga 05:00PM pada 13-02-2014
Hourly API from 12:00PM to 05:00PM on 13-02-2014

NEGERI / STATE KAWASAN/AREAMASA/TIME
12:00PM
MASA/TIME
01:00PM
MASA/TIME
02:00PM
MASA/TIME
03:00PM
MASA/TIME
04:00PM
MASA/TIME
05:00PM
Johor Kota Tinggi32*#####
Johor Larkin Lama51*#####
Johor Muar48*#####
Johor Pasir Gudang41*#####
Kedah Alor Setar40*#####
Kedah Bakar Arang, Sg. Petani64*#####
Kedah Langkawi32*#####
Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu42*#####
Kelantan Tanah Merah 61*#####
Melaka Bandaraya Melaka48*#####
Melaka Bukit Rambai54*#####
Negeri Sembilan Nilai52*#####
Negeri Sembilan Port Dickson47*#####
Negeri Sembilan Seremban42*#####
Pahang Balok Baru, Kuantan55*#####
Pahang Indera Mahkota, Kuantan49*#####
Pahang Jerantut25*#####
Perak Jalan Tasek, Ipoh56*#####
Perak Kg. Air Putih, Taiping59*#####
Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh60*#####
Perak Seri Manjung49*#####
Perak Tanjung Malim47*#####
Perlis Kangar52*#####
Pulau Pinang Perai52*#####
Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai50*#####
Pulau Pinang USM55*#####
Sabah Keningau15*#####
Sabah Kota Kinabalu13*#####
Sabah Sandakan19*#####
Sabah Tawau21*#####
Sarawak Bintulu39*#####
Sarawak ILP Miri14*#####
Sarawak Kapit23*#####
Sarawak Kuching20*#####
Sarawak Limbang17*#####
Sarawak Miri17c#####
Sarawak Samarahan37*#####
Sarawak Sarikei21*#####
Sarawak Sibu32*#####
Sarawak Sri Aman52*#####
Selangor Banting67*#####
Selangor Kuala Selangor50*#####
Selangor Pelabuhan Kelang80*#####
Selangor Petaling Jaya62*#####
Selangor Shah Alam67*#####
Terengganu Kemaman54*#####
Terengganu Kuala Terengganu35*#####
Terengganu Paka39*#####
Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur57*#####
Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur54*#####
Wilayah Persekutuan Labuan25*#####
Wilayah Persekutuan Putrajaya53*#####

Julat Masa / Time Range :
[12:00AM - 05:00AM] | [06:00AM - 11:00AM] | [12:00PM - 05:00PM] | [06:00PM - 11:00PM]





Friday, August 23, 2013

Extra work

Ni namanya tak de keje carik keje. Kejadian berlaku pada hari rabu 2 hari lepas. Masa dah suntuk sangat dah. Carpet nak kena pasang hari Jumaat ni. Hari ni laa. Ofis tak cuci lagi. Tu lah bijak sangat memberi cadangan bila cleaner lady kat ofis ni tak dapat pergi. 
Sampah tak de la banyak sangat. Tapi dia punya habuk debu dekat 3 inch punya tebal.
 
 Ruang luas la jugak. Makcik cleaner pun terpaksa la kumpul buat pulau-pulau gitu supaya senang nak masukkan dalam plastik sampah. Haaa..nampak ada 6 pulau habuk semuanya..

   
Pliinggg....
 
 Pekerja kontrak sedang tekun membuang sawang mawang...Nun yang kat ujung sinun tengah betulkan tulang belakang. lenguh kutip sampah yaa...kehkehkeh. Jangan marah haa boss!
Dekat 3 jam jugak la kami kat sini. Hishh aku kat rumah pun tak de buat cuci-cuci macam nih..Habis badan, kaki tangan semuanya sakit..Khabarnya kat tingkat atas sana ada spa urut-urutkan badan. Ni nak kena pau boss nih..

Esok paginya tersedar pukul 7 pagi. Kelam kabut bersiap mana nak gi keja, mana nak hantar anak ke sekolah lagi.. 


Thursday, August 22, 2013

Souvenir from Taiwan

Blog aku ni dah macam hidup segan mati pun segan. Lama-lama sekali baru nak update. Rasanya last update hari tu bulan April. La ni dah bulan Ogos.Dah nak hujung bulan pun. Baru nak buat new post? Baik la jugak dari tak ade langsung kann.
Cerita terbaru hari ni aku dapat souvenir dari bos. Dia baru balik dari Taiwan. Siap kotak dgn beg bagai.  Ingatkan handycraft ke. tshirt ke. Tak pun Hello Kitty stuff ker.. Pineapple cakes? Tak tau pulak pineapple cakes pun boleh jadi souvenir. Ker memang aku aku sorang yang taktau? Hahaha  Rupa-rupanya pineapple cakes ni pun top souvenir jugak.
Dalam kotak ada 6. aku ambil 2. Lagi 4 bagi kat En Hubby masa dia datang tengahari tadi.
 
Ooo macam ni rupa dia..Kejakunan aku terserlah di sini.

Tak de nyer nak cut elok-elok. Main patahkan macam tu jer..Gelojoh kan aku ni..

Gebu. Macam tart nenas.  Inti dia tebal. Not so sweet..Sedang-sedang jer..Sedap.



Dah tinggal serdak


Licheen!!


Untuk pengetahuan korang, pineapple cakes ni nama glamer dia kat Taiwan sana adalah Fengli Su. Salah satu top dessert di Taiwan. Kat sini aku tepek cnp hasil dari pencarian kat pakcik google.


Fengli Su - 鳳梨酥 (Pineapple Cakes)

Chinese Desserts - Feng Li Su - Pineapple Cake  
Chinese Desserts: Feng Li Su - Pineapple Cake. Fengli Su are a famous delicacy from Taichung.Fengli Su are small squarish pastries, with a buttery crust and a filling of pineapple paste. Sometimes the filling, despite its name, contains dong gua (wax gourd or winter melon). Dong gua is cheaper than pineapple, anyway some people prefer this way because the dong gua is less fibery than pineapple.Still the name Fengli Su - pineapple cake - is kept as a wish of good luck and prosperity. In Taiwanese "pineapple" has the same pronunciation of "wealth comes".Pineapple Cakes are authentic Taiwanese sweets, and among the best ones, they make a great souvenir to bring back home.