Monday, April 13, 2009

Gemok la aku..

Lunch tadi ada org sponsor KFC snack plate utk sumer opis mate. Baik betul hati org tuhh..mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan boleh sponsor kita org makan lagik...

Bila dah kenyang nih, sesambil urut perut ..tetiba teringat food calories yg terkandung dlm lunch tadik..sapa-sapa yg nak tau tentang kalori boleh klik kat sini

ayam goreng 2 ketul @ 130 kalori = 260
whipped potato 1 mangkuk @ 90 kalori
coleslaw @ 75 kalori
bun @ 100 kalori
air strawberry @ 120 kalori

Total lunch : 645 kalori (itu baru lunch!)

Breakfast pagi tadik dgn nasi goreng buatan sendiri. Biasa la kalau buatan sendiri, segala maknenek ada kt dlm nasi goreng tu.. oleh itu..

Sepinggan nasi goreng @ 660 kalori
Nescafe 1 mug @ 80 kalori
1 keping kek marble @ 340 kalori (mak ai..)

Total breakfast : 1080 kalori

Breakfast + Lunch = 1725 kalori

Huwaaaaa...belum lagi dinner malam karang!

Tuesday, April 7, 2009

Bingung aku!


Ari ni heboh dgn cerita dari diorang yg dioffer masuk ke C***. Kononnya depa ni tidak di benarkan mengambil cuti tahun for this year and MC also is not allowed.

Wahhh..terperanjat beruk aku ni..kalau cuti tahun tu masuk akal la jugak. Sebab bila di offer masuk ke C***, depa ni di kira pekerja baru. Tapi kalau sampai MC pun tak boleh..apa ke hal? Takkan kalau sakit pun nak suruh keja jugak..Labour Law mana tah diorang ni guna.. bingung aku! Aku ke bingung atau depa yg bingung?

Monday, April 6, 2009

Dusting!

I uses to spend at least 8 hours every weekend making sure things were just perfect " in case someone came over". Finally I realized one day that no one came over, they were all out living life and having fun!

NOW, when people visit, I dont have to explain the "condition" of my home. They are more interested in hearing about the things I've been doing while I was away living life and having fun.

If you haven't figured this out yet, please heed this advice.

LIFE IS SHORT. ENJOY IT!

Dust if you must...but wouldn't it better to paint a picture or write a letter, bake cookies or a cake and lick the spoon or plant a seed, ponder the difference between want and need?

Dust if you must...but there's not much time.. with rivers to swim and mountain to climb, music to hear and books to read, friends to cherish and life to lead.

Dust if you must...but the world's out there with sun in your eyes, the wind in your hair and a shower of rain.

This day will not come around, again.

Dust if you must...but bear in mind, old age will come and it's not kind....

And when you go - and go you must - you, yourself will make more dust!

It's not what you gather, but what you scatter that tells what kind of life you have lived...and remember, a layer of dust protects the wood beneath it.



Sunday, April 5, 2009

Jawapan teka-tekuk...

Sori, sori kerana lambat bagi jawapan teka-tekuk ari tu. Semuanya gara-gara utk beri laluan kepada siaran langsung ucapan hari jadi anakku yg ke dua itu..



Terima kasih bebanyak kepada para peserta yg mengambil bahagian. Walaupun tak ada yg berjaya meneka kesemuanya dgn tepat namun kesungguhan anda sumer amatlah di hargai .

Dan utk tidak melengah-lengahkan lagi, maka jawapannya ialaaahhh......


) Ada apa di tengah-tengah sawah?

---> ada W



2) Bagaimana caranya utk mengelak dari kena hujan di tengah jalan, kalau tidak membawa payung atau raincoat?

---> lalu saja di tepi jalan, kan hujannya di tengah jalan...



3) Matahari apa yg ada dua?

---> Mata harimau.



4) Kalau kamu bijak matematik, cuba jawab ini 3 x + = ............?

---> 3 x + = kenyang!



5) Mengapa koboi Mexico kalau mengembara, selalu bawa gitar?



---> abis, takkan nak bawak piano? biar betul..



6) Ada seekor monyet di kejar oleh sekumpulan harimau.

Kerana takut, monyet lari naik ke atas pokok.

Semasa di atas pokok, monyet bingung tak tahu nak lari ke mana lagi?



Di bawah, sekumpulan harimau melingas-lingas kelaparan.

Di belakang, ad sungai yg penuh dgn buaya-buaya yg siap mengangakan

mulut nak menelan monyet. Ke mana monyet harus pergi?



---> laaa..kesiannya kt monyet yg masih berfikir-fikir nih..dah-dah, pegi buat keja..





Hehehe..jgn marah. nanti kena jual!

Friday, April 3, 2009

Happy Birthday Adik

Hari ini 3 haribulan April 2009 tepat pada pukul 8.38 mlm nanti, genaplah sudah 11 tahun usia anakku Aiman. Lahir seberat 3.8kg membuatkan hubby merasa agak pelik dan heran sewaktu mendokong utk mengazankannya. Montelnya baby yg baru lahir ini dah tergolek-golek kt dlm babycot, matanya pula dah pandai mencari bunyi mcm dah seminggu lahir. Padanla badan aku mcm gajah sewaktu mengandungkannya..habis kaki semua bengkak, jari-jari kaki dan tangan jadi sontot!

Rupa-rupanya yg keluar ni haaa...


Sejak dari semalam, sibuk dia bertanya betul ke besday day 3hb. En hubby buat derk jer.. Aku pulak saja jer cakap tatau, tak ingat.... hehehehehe..saja jer..

Tengok, dah besar dah anakku ini...Tapi kalau pasal menjawab nombor satu.. satu ditanya, sepuluh dijawabnya..adaaaaaaa jer idea dia.

Kepada Aiman, mama ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dgn kesihatan yg baik. Menjadi anak yg soleh, bersopan santun dan berbudibahasa.
Dimurahkan rezeki yg halal dan dipermudahkan segala urusan baik didunia maupun akhirat. Diberi kejayaan yg cemerlang dlm peperiksaan.

Dan mama juga bedoa semoga Allah bukakan pintu hati adik agar adik senang bangun pagi, adik sentiasa ingat utk gosok gigi sebelum mandi pagi dan sentiasa kemaskan mainan bila sudah digunakan.

Mama akan sentiasa berdoakan semoga Allah makbulkan permintaan mama.

Tuesday, March 31, 2009

teka teki teka tekuk...edisi kasi pecah kepala

Hari ini, dgn keadaan cuaca yg sgt panas, mata pun boleh jadi ngantuk. Sebelum korang sumer tertidur, jom kita kasi pecah kepala pikir apa jawapannya...


1) Ada apa di tengah-tengah sawah?

2) Bagaimana caranya utk mengelak dari kena hujan di tengah jalan, kalau tidak membawa payung atau raincoat?

3) Matahari apa yg ada 2?

4) Kalau kamu bijak matematik, cuba jawab ini 3 x + = ......?

5) Mengapa koboi Mexico kalau mengembara, selalu bawa gitar?

6) Ada seekor monyet di kejar oleh sekumpulan harimau.

Kerana takut, monyet lari naik ke atas pokok.
Semasa di atas pokok, monyet bingung tak tahu nak lari ke mana lagi?

Di bawah, sekumpulan harimau melingas-lingas kelaparan. Di belakang, ada sungai yg
penuh dgn buaya-buaya yg siap mengangakan mulut nak menelan monyet.

Ke mana monyet harus pergi?



***hadiah akan di kirim pada yg berjaya menjawab kesemua teka-teki dgn betul dgn kadar sertamerta. Kalau selepas 2 bulan hadiah tak sampai, sila jgn call ok, sebab memang aku tak hantar! hehehehe..



Friday, March 27, 2009

Posmen oh Posmen










Posmen oh posmen
mengapa kau buat aku macam ni
benci la kalau selalu begini
adakah kau dah rabun mata
atau kau tak tau baca
atau kau cuma kerja sambil lewa


Jangan la macam ni wahai posmen
kalau kerja buatlah betul-betul
Baca alamat dgn betul
jangan lah kau main campak seketul-seketul
tanpa kau peduli, no. rumah salah ke betul


Kalau sebelah menyebelah, memang aku tak kesah
Aku boleh hantar walau pun tak ada upah
tapi kalau alamat tu aku tau tapi jauh sangat
Aku memang tak kuasa nak buat
Tanggungjawab engkau, sendiri la mau ingat


Posmen oh posmen
kalau kau hantar surat
jgn la main campak saja
tah jatuh dalam longkang
tah ditiup angin melayang
Kan dah ada peti surat
kau masukkan jer kat situ
kau tak payah malu-malu
tak der sebab pun kau nak rasa malu
peti surat tu memang utk letak surat
memang gerenti dan tentu selamat.
walaupun peti tu tak lawa dan berkarat-karat.


sekian terima kasih.