Showing posts with label rasahatiku. Show all posts
Showing posts with label rasahatiku. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

i'll be your mirror, reflect what you are..


i'll be your mirror
reflect what you are
in case you dont know
that inside you're twisted
and unkind
let me stand to show
that you're blind



@sally - tak tahu bagaimana nak menegur kawan yg sudah berubah sikap. Suaranya semakin lantang membidas itu ini..apakah kerana mendapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi?

Aku ingin menjadi cermin mu wahai kawan..

Wednesday, May 20, 2009

sensuous?


Sensuous sangat ke gambar ni? Sehingga ramai sgt yg menghantar email mesej yg panas.. Malah berani pulak hantar tag gambar yg .... eeuchh..muntah hijau aku tenguk..

Pada aku gambar ni biasa-biasa saja. Gambar Angelina ni aku dah guna lama dah sebagai avatar aku. Sebelum ni tak de pun yg nak menggatal. Sejak dua menjak ni pulak yang menjadi-jadi.. hish..geram betul aku.

Friday, April 17, 2009

Yg kurik itu kendi, yg merah itu saga..

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Pernah dengar kan pantun nih? Datuk Siti Nurhaliza pun ada menyelitkan pantun ini dalam lirik lagu 'kurik kendi' dia. Nak dengar lagu tu? sila cari sendiri dlm youtube...hehehehe.

Bukan apa cuma nak bersyukur, alhamdulillah, sehari selepas entri tentang mencarut tu kuar, aku perasan ada la perubahan bila nak bercakap dgn aku. Susun atur bahasa lebih lembut, lebih santun dan lebih profesional la pulak aku rasa. Seolah-olah kat dahi aku ni ada tertampal slogan 'Budibahasa amalan mulia!' Ngeh ngeh ngeh ngeh....

Aku tataulah mungkin dia ada baca blog aku kot. Tak pun ada kawan yg baca dan bagitau dia.. Tapi dulu dia pernah la tanya mcm mana nak masuk blog aku. Atau pun dia terperasan perubahan airmuka dan reaksi aku bila kami communicate selepas insiden tersebut.

Apa-apa pun terima kasih la wahai blog, engkau sekarang dah jadi tong sampah bila aku 'ketensionan'. Terima kasih juga pada kenkawan blogger yg sudi membaca segala mcm sampah dlm blog ini dan berkongsi cerita dan memberi pendapat.. dan berbanyak terima kasih juga kepada Tirana kerana memperkenalkan ' The Law of Garbage Truck' ini. Tengkiu, tengkiu, tengkiu...mmmuaahh!

Friday, March 27, 2009

Posmen oh Posmen










Posmen oh posmen
mengapa kau buat aku macam ni
benci la kalau selalu begini
adakah kau dah rabun mata
atau kau tak tau baca
atau kau cuma kerja sambil lewa


Jangan la macam ni wahai posmen
kalau kerja buatlah betul-betul
Baca alamat dgn betul
jangan lah kau main campak seketul-seketul
tanpa kau peduli, no. rumah salah ke betul


Kalau sebelah menyebelah, memang aku tak kesah
Aku boleh hantar walau pun tak ada upah
tapi kalau alamat tu aku tau tapi jauh sangat
Aku memang tak kuasa nak buat
Tanggungjawab engkau, sendiri la mau ingat


Posmen oh posmen
kalau kau hantar surat
jgn la main campak saja
tah jatuh dalam longkang
tah ditiup angin melayang
Kan dah ada peti surat
kau masukkan jer kat situ
kau tak payah malu-malu
tak der sebab pun kau nak rasa malu
peti surat tu memang utk letak surat
memang gerenti dan tentu selamat.
walaupun peti tu tak lawa dan berkarat-karat.


sekian terima kasih.