Tuesday, January 20, 2015

entri ulangtayang

When it's my birthday,
it really is great
I pull up the covers
and I sleep really late
I'll take a nice hot bath with millions of bubbles
I'll read a good book
and forget all my troubles
And that's my special way
To spend my very special day
And that's the way it's always gonna be
When I say, "Happy Birthday to me!"

@Sally - entri yang setiap tahun akan diulangtayang

Tuesday, March 25, 2014

Badak

Kejadian berlaku malam tadi.
En Hubby berbaring atas katil sambil tengok tv.
Aku main game solitare depan en hubby..
Kejap golek sana kejap golek sini. Lengoh kann..
En Hubby minta aku ke tepi sikit. Tak nampak kata dia.
aku buat tak dengar. ni nak pulun high point nii
sekali.........

iskk..dah macam badak dah mama ni..

Ooohh  badak ya..kau cakap aku badak yaaa (ikut gaya AR Tompel dalam Ahmad Albab).
Nampak ni batu perenggan..tido lah kau kat hujung sinun.
 


 



Tuesday, February 25, 2014

burppp

Yang lain-lain semua dah bangun basuh pinggan.
Adik masih lagi di meja makan.
Menjilat-jilat jari.
Tiba-tiba..


burpp...assalamualaikum!

huhh?

ehh..alhamdulillahh..

hahahaha  adik..adik..macam macam lah kau nih..

Tuesday, February 18, 2014

Jimat

Karipap 5 biji rm2
Lontong rm2 * dlm 6, 7 ketul nasi impit dia*

Karipap aku makan sambil drive pagi tadi.
Lontong aku makan masa lunch.

Jimat tak?
Gila tak jimat..

Friday, February 14, 2014

Risau

Hari ni Za'im ke Perpustakaan Negara 
Katanya nak cari bahan untuk assignment yang cikgu bagi. 
Minggu lepas pi Arkib Negara. Bahan yang dicari tak dak la pulak, orang lain dah pinjam.
 Hebat budak-budak from 6 sekarang ni ya. 
Cari bahan assignment sampai keyell nun. 
Dulu zaman aku form  6 dulu cari bahan kat library sekolah saja..
Ok jer pun markah assignment. 

Minggu lepas masa dia pi Arkib Negara, aku cuak gak nak lepas dia pegi. 
Macam-macam aku duk fikir. 
Walaupun pegi dengan kenkawan 10, 11 orang macam tu, aku tetap risau. 
Takut jadi apa-apa. Sesat ka dia nanti, kawan tinggalkan dia ka. 
Pandai ka dia cari bahan yang dia nak tu. 
Sejam sekali aku sms tanya. ok ka.tak ok ka.
Yang aku geram dia bukan nak balas sms aku sangat.
Ada yang dia jawab ada yang dia buat derk saja..
Tu laa anak..bukan nya dia tau kita ni risau ke dia.

Tapi aku ni pun satu. Za'im tu dah nak 19 tahun bukannya 9 tahun lagi yang aku nak kepung bagai tu..Pandai la dia bawak diri dia.kann. 
Bukannya di pun sensorang. Dia pi dgn kawan-kawan. Ramai pulak tu. Tak kan la kawan-kawan nak tinggal kan dia ye dak.
Tapi aku rasa la semua mak-mak akan rasa macam tu. 
Anak walaupun dah besar panjang tetap nak rasa risau jugak.  apa..over-protected?

Harap-harap dapat lah apa yang dicari-cari tu.



.

Thursday, February 13, 2014

Jerebu yang kelabu asap

Ya ampuuun. 
Dah teruk sangat dah blog ku ini. Ni kalau bisnes dah lama bungkus.
Kelabu asap betul. Sama naik dengan cuaca sekarang ni. Berjerebu, ehh jerebu ke jerubu
ah gasak..Ni pagi tadi dalam pukul 8 kat kesas sebelum exit bandar puteri. Tapi bila dh sampai tol bt kemuning  tak berjerubu la pulak.


Pagi tadi check IPU port klang  bacaan dia 71. Dah tengahari naik 80 dah..


Paparan IPU dari 12:00PM hingga 05:00PM pada 13-02-2014
Hourly API from 12:00PM to 05:00PM on 13-02-2014

NEGERI / STATE KAWASAN/AREAMASA/TIME
12:00PM
MASA/TIME
01:00PM
MASA/TIME
02:00PM
MASA/TIME
03:00PM
MASA/TIME
04:00PM
MASA/TIME
05:00PM
Johor Kota Tinggi32*#####
Johor Larkin Lama51*#####
Johor Muar48*#####
Johor Pasir Gudang41*#####
Kedah Alor Setar40*#####
Kedah Bakar Arang, Sg. Petani64*#####
Kedah Langkawi32*#####
Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu42*#####
Kelantan Tanah Merah 61*#####
Melaka Bandaraya Melaka48*#####
Melaka Bukit Rambai54*#####
Negeri Sembilan Nilai52*#####
Negeri Sembilan Port Dickson47*#####
Negeri Sembilan Seremban42*#####
Pahang Balok Baru, Kuantan55*#####
Pahang Indera Mahkota, Kuantan49*#####
Pahang Jerantut25*#####
Perak Jalan Tasek, Ipoh56*#####
Perak Kg. Air Putih, Taiping59*#####
Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh60*#####
Perak Seri Manjung49*#####
Perak Tanjung Malim47*#####
Perlis Kangar52*#####
Pulau Pinang Perai52*#####
Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai50*#####
Pulau Pinang USM55*#####
Sabah Keningau15*#####
Sabah Kota Kinabalu13*#####
Sabah Sandakan19*#####
Sabah Tawau21*#####
Sarawak Bintulu39*#####
Sarawak ILP Miri14*#####
Sarawak Kapit23*#####
Sarawak Kuching20*#####
Sarawak Limbang17*#####
Sarawak Miri17c#####
Sarawak Samarahan37*#####
Sarawak Sarikei21*#####
Sarawak Sibu32*#####
Sarawak Sri Aman52*#####
Selangor Banting67*#####
Selangor Kuala Selangor50*#####
Selangor Pelabuhan Kelang80*#####
Selangor Petaling Jaya62*#####
Selangor Shah Alam67*#####
Terengganu Kemaman54*#####
Terengganu Kuala Terengganu35*#####
Terengganu Paka39*#####
Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur57*#####
Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur54*#####
Wilayah Persekutuan Labuan25*#####
Wilayah Persekutuan Putrajaya53*#####

Julat Masa / Time Range :
[12:00AM - 05:00AM] | [06:00AM - 11:00AM] | [12:00PM - 05:00PM] | [06:00PM - 11:00PM]





Friday, August 23, 2013

Extra work

Ni namanya tak de keje carik keje. Kejadian berlaku pada hari rabu 2 hari lepas. Masa dah suntuk sangat dah. Carpet nak kena pasang hari Jumaat ni. Hari ni laa. Ofis tak cuci lagi. Tu lah bijak sangat memberi cadangan bila cleaner lady kat ofis ni tak dapat pergi. 
Sampah tak de la banyak sangat. Tapi dia punya habuk debu dekat 3 inch punya tebal.
 
 Ruang luas la jugak. Makcik cleaner pun terpaksa la kumpul buat pulau-pulau gitu supaya senang nak masukkan dalam plastik sampah. Haaa..nampak ada 6 pulau habuk semuanya..

   
Pliinggg....
 
 Pekerja kontrak sedang tekun membuang sawang mawang...Nun yang kat ujung sinun tengah betulkan tulang belakang. lenguh kutip sampah yaa...kehkehkeh. Jangan marah haa boss!
Dekat 3 jam jugak la kami kat sini. Hishh aku kat rumah pun tak de buat cuci-cuci macam nih..Habis badan, kaki tangan semuanya sakit..Khabarnya kat tingkat atas sana ada spa urut-urutkan badan. Ni nak kena pau boss nih..

Esok paginya tersedar pukul 7 pagi. Kelam kabut bersiap mana nak gi keja, mana nak hantar anak ke sekolah lagi.. 


Thursday, August 22, 2013

Souvenir from Taiwan

Blog aku ni dah macam hidup segan mati pun segan. Lama-lama sekali baru nak update. Rasanya last update hari tu bulan April. La ni dah bulan Ogos.Dah nak hujung bulan pun. Baru nak buat new post? Baik la jugak dari tak ade langsung kann.
Cerita terbaru hari ni aku dapat souvenir dari bos. Dia baru balik dari Taiwan. Siap kotak dgn beg bagai.  Ingatkan handycraft ke. tshirt ke. Tak pun Hello Kitty stuff ker.. Pineapple cakes? Tak tau pulak pineapple cakes pun boleh jadi souvenir. Ker memang aku aku sorang yang taktau? Hahaha  Rupa-rupanya pineapple cakes ni pun top souvenir jugak.
Dalam kotak ada 6. aku ambil 2. Lagi 4 bagi kat En Hubby masa dia datang tengahari tadi.
 
Ooo macam ni rupa dia..Kejakunan aku terserlah di sini.

Tak de nyer nak cut elok-elok. Main patahkan macam tu jer..Gelojoh kan aku ni..

Gebu. Macam tart nenas.  Inti dia tebal. Not so sweet..Sedang-sedang jer..Sedap.



Dah tinggal serdak


Licheen!!


Untuk pengetahuan korang, pineapple cakes ni nama glamer dia kat Taiwan sana adalah Fengli Su. Salah satu top dessert di Taiwan. Kat sini aku tepek cnp hasil dari pencarian kat pakcik google.


Fengli Su - 鳳梨酥 (Pineapple Cakes)

Chinese Desserts - Feng Li Su - Pineapple Cake  
Chinese Desserts: Feng Li Su - Pineapple Cake. Fengli Su are a famous delicacy from Taichung.Fengli Su are small squarish pastries, with a buttery crust and a filling of pineapple paste. Sometimes the filling, despite its name, contains dong gua (wax gourd or winter melon). Dong gua is cheaper than pineapple, anyway some people prefer this way because the dong gua is less fibery than pineapple.Still the name Fengli Su - pineapple cake - is kept as a wish of good luck and prosperity. In Taiwanese "pineapple" has the same pronunciation of "wealth comes".Pineapple Cakes are authentic Taiwanese sweets, and among the best ones, they make a great souvenir to bring back home.



Monday, April 15, 2013

rindu kamu semua

Haah. Tarik nafas..hembus..tarik nafas, hembusss..tarikkk lagi panjang-panjang..hembusssss...huwaaa..lama gila tadak update. bersawang macam rumah tadak tuan. Nak buat lagu mana  tuan tanah lupa tang mana pi letak kunci rumah.. tah apa-apa aku ni..
Seb baik tak sesat.Tengok muka depan blogspot pun dah lain.(muka depan? aku tatau nak panggil apa) Seb baik jugak jumpa balik password.

@Sally - rindu kamu semua!



Tuesday, May 22, 2012

masa yang berlalu..rindu pun menggebu

Hmmm..sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Tup-tup hari ni dah pun 1 Rejab..tu pun sebab Emy bagitau dan mengajak puasa..err..bulan mengambang la dik! Pada sapa-sapa yang berpuasa sunat Rejab hari ni, alhamdulillah.Semoga anda mendapat keberkatan dan kemulian bulan Rejab.
 Jom, kita tengok antara kelebihan puasa di bulan Rejab ni berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sumber:kelebihan bulan rejab
 @Sally - Mak..hari ni dah 1 rejab..mak puasa?

Wednesday, May 16, 2012

Monday, April 16, 2012

Dulu dan sekarang

Dulu

mak : adik, cepat angkat kain, nanti ujan!

si anak laju jer pi angkat kain, sambil jari bersilat menjentik semut/kerengga yang sama berjemor di tali ampai..

Sekarang

mak : adik cepat angkat kain, nanti ujan

anak : asyik adik jer, suruh la abang pulak!

@ Sally - menggeleng kepala...

Friday, April 13, 2012

Friday the 13th!



















@ Sally - hari Jumaat adalah penghulu segala hari!

Wednesday, March 14, 2012

air tak de?


gangguan bekalan air selama 26 jam bermula hari ini Rabu8 pagi sehingga esok Khamis 8 malam

Kawasan terlibat adalah :

Kuang, Kundang, Bandar Tasik Puteri,

Petaling - ,SS1 ~ SS6, Kelana Jaya, SS8 , Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas and Taman Mayang, Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas, Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara, Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf and Country Resort, Taman Tun Dr Ismail, Sungai Pencala, Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height, Subang Sejahtera, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing and Subang Bestari.

KUALA LUMPUR- Intan, Bukit Kiara, Selangor Royal Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Centre, National Science Centre, Security Commission, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 to 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, JalanSetia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

KLANG/SHAH ALAM - Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdana, Sri Angkasa flats, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic, Taman Kota Permai, Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi, Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Teluk Gadong Indah A, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar, Sobena Jaya, Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.


@ Sally - aiyyoohh...lupa tadah air la pulakkk!!.. isk

Tuesday, March 13, 2012

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Malaysia

Sampai kt sekolah tadi pukul 6.30am. Tepat-tepat seperti yang duk rancang dari semalam. Hahaha..anak-anak aku ari ni ada larian 1Malaysia. Kalau datang awal dapat sijil. karang balik nantti aku tanya dapat tak sijil yang dema kejau sangat tuhh..

Larian 1 malaysia punya pasal aku bangun pukul 4.30 pagi. pada hal sebelum tido,aku kunci jam pukul 5.30..alih-alih jam bunyik pukul 4.30.. Ni kalau bukan Zaim, mesti Aiman punya keja..semua pasal larian 1 malaysia..berkobar-kobar kerana larian 1 malaysia. Si Aiman yang punya laaaaa susahnya nak bangun pagi, boleh pulak bangun pukul 6.00.. isk-isk...hebat sungguh penangan larian 1 malaysia!

Yg sebenau ehh dema nak sijil penyertaan larian 1 Malaysia tuuu...nanti kita tenguk siapa yang kenaaaaaaaaa....hehehe

Wednesday, April 20, 2011

hati yang terluka

meh kita layan perasaan...sob sob sob


Hati Yang Terluka

artist: Broery Marantika

Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku

Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi

Iklan Corntoz tv3



hehehe..kelakar sungguh..
aku dan anak-anak ketawa sampai sakit mulut..hehehe

Thursday, April 7, 2011

apa ekk.

apa nak tulis ekk?
.
.
.
.
lama tadek updet
.
.
.
.
kepala dah biul, idea pun hilang
.
.
.
.
.
iskk