Thursday, May 14, 2009

Eshah

Chu, shah dpt smbg blaja..Bt diploma kejurutrn mekanikal pembuatan.Program integrasi..

Alhamdulillah3x,program integrasi 2 apa? hehehe..aku memang blurr.. Dpt kt mana?

Intergrasi 2,shah xpyh msk sem1 dh.Trus msk sem5..InsyaAllah bt dip stahun ja.Dpt Polimas Jitra
So bila start daftar?

Bln 7 tapi xtau bpa hb.tunggu surat smpai dulu..

Begitu sebahagian dari sms Eshah ngan aku malam semalam. Bersyukur tidak terhingga, akhirnya apa yg di impikan Eshah selama ini menjadi kenyataan.

Eshah ni anak sulung kak Bah, kakak ku yg no. lima. Sebagai anak sulung 5 beradik, Huda, Najihah, Khairunnisa dan Mohd Najiy yg kesemuanya masih bersekolah, berat tanggung jawab yg terpaksa dipikul Eshah. Ayah pula dah takde, mak hanyalah surirumah sepenuh masa, mengambil upah menjahit baju, itu pun jika ada tempahan.

Sekarang ni Eshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai menjual motosikal kt Parit Buntar. Gaji RM500++ bolehlah utk menampung hidup dan menghulur sikit pada adik-adik. Tapi macammana nanti, bila Eshah dah start sambung belajar? Aku tak ada jawapan utk itu.. aku kesian pada Eshah, pada adik-adiknya. Aku kesian pada kak Bah. Lebih-lebih lagi Huda pun dpt tawaran masuk Poly Kulim jurusan Business Study.Tentu dia tengah pening sekarang nih. Aku pun pening juga...

Wednesday, May 13, 2009

walau sebentar saja..









Akhirnya rahmat Allah datang juga..berhari-hari merungut kepanasan, siang panas, malam pun panas...

Walaupun sekadar 45 minit saja tapi lebat..alhamdulilah, basah lah bumi seketika..

Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day

Tidak terlewat utk mengucapkan kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu,

Happy Mother's Day!

@sally - kasih ibu tiada sempadan

Friday, May 8, 2009

Selamat Ulang Tahun Muhammad Za'im

Hari ini 8hb Mei, genablah usia anakku Muhammad Za'im 14 tahun. Dah besar dah anak ku ini..Mudah-mudahan anakku ini membesar menjadi anak yg soleh, mentaat perintah Allah, sentiasa ingat mama dan bapanya, menyayangi adik-adiknya. Menjadi orang yg berguna pada bangsa dan agama, insyaAllah.

Mari kita imbas kenangan semasa Za'im kecil. Sewaktu kecilnya? 'Buas'nya Allah aje yg tahu..dapat je kaki, tak de nak jalan-jalan nyer, terus je berlari, puas nak mengejar dari belakang..

Tenguklah keletah dia semasa kecil..





Habis basikal neneknya pun nak digodek..


















Tengok, motor Pakcik Ripin nak dirempit..sampai ke kaki dan tangan tu nak oii..umur baru 3 tahun, lesen lembu pun tak der..

















Anak omak yg pertama. intan payung, gunung meletup!! (usia setahun)
















Bila dah besar, susah nau nak amik gambar dia, pemalu ya amat..

















gambau recycled..masa gi genting hari tu..hehehe







Za'im ni tak banyak cerita, dia sangatlah low profile, mcm maknya la jugak..hahaha..Walaupun kulitnya agak gelap berbanding adik-adiknya tapi senyumnya maniiiissssss sekali..

Teringat masa dia kecil dulu, aku sering menyanyikan lagu 'anakku yg pertama' bila mendodoi dia tidur..almaklumlah anak sulung..rasa mcm best je bila nyanyi lagu tu..rasa macam 'kena' jer...hehehe.. tak caya? Cuba la nyanyi..klik kat
sini

Anakku yang pertama - M Daud Kilau

Kini aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
Hai anakku yang pertama

Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa bahagia
Hai dengan kehadirannya

Kan kujadikan raja
Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua
Hanya untuk mu saja

Buah hati wahai permata
Besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Riang tiada terkira
Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama


Wednesday, May 6, 2009

Friend

Tanpa sengaja, kata-kata telah mengguris hati, memedih jiwa, membusung amarah. Marahlah, luahkan segalanya..agar hilang terbuku dihatimu..Aku sedia mendengar dan sentiasa memaafkanmu..

@sally - Life is nothing without friendship.

Tuesday, May 5, 2009

syurga dan neraka






Semalam, sewaktu sibuk menyediakan makan malam, si adik bertanya tentang nama-nama syurga dan neraka, katanya homework ustazah bagi utk dihantar esok. Spontan aku menjawab syurga Firdaus, Jannah, Naim..err..err..apa lagi ya? Puas aku fikir-fikir tapi aku masih tak dapat ingat apa lagi nama-nama syurga dan neraka..Teruknya aku..kalau senikata lagu kemain punya hafal..

Nasib baik laa ada pakcik google yg boleh membantu..Jadi kawan-kawan, sebelum kita mati kutu bila ditanya oleh anak-anak, mari kita belajar mengenal nama-nama syurga dan neraka.


Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus

2. Syurga 'Adn

3. Syurga Na'iim

4. Syurga Na'wa

5. Syurga Darussalaam

6. Daarul Muaqaamah

7. Al-Muqqamul Amin

8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam

2. Neraka Jahiim

3. Neraka Hawiyah

4. Neraka Wail

5. Neraka Sa'iir

6. Neraka Ladhaa

7. Neraka Saqar

8. Neraka Hutomah


**Tuhanku, aku tidak layak utk syurgaMu, tapi aku tidak pula sanggup menahan siksa nerakaMu..Oleh itu Allah, ampunkan dosaku. Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengampun dosa-dosa besar.

Monday, May 4, 2009

Hati ku keciwa

Kecewa sungguh aku hari nih..Dari pagi sampai ke laa ni, yahoo masih tak boleh buka...mereng aku sekejap. Tu la padahnya bila semua kerja bergantung pada emel..
Tah apa sebab eh aku pun tatau..hmmm..layan lagu R Azmi pun okey gak...

hati ku keciwaaa
tiada dapat berkata
hidup tidak bahgia
kalau tidak berayah..

Jikalau ayahku masih ada
dapat bermanja
aku di pelihara dan dijaga
dgn cukupnya...

hati ku keciwaaa..

(harap maklum, lagu dan lirik tak de kaitan dgn n3 ini)