Tuesday, December 2, 2008
Amalkan 4 perkara sebelum tidur
4 PERKARA SEBELUM TIDUR
( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Monday, December 1, 2008
orang burung

Aku sebenarnya tak der idea nak buat posting ari ni..tapi masa pi market pagi tadi aku nampak lagi 'orang burung' kat situ.. duk tabur padi bagi makan burung merpati.Huishh..ramai sungguh merpati yg turun makan..ala-ala Trafalgar Square kat London lah pulak..heheheh..Tapi syg aku lupa bawak handphone..kalu tidak boleh amik gambar org tu lagik..
Dulu kalau tak silap aku setengah bulan yg lalu, aku ada amik gambar 'orang burung' nih..Tapi baru dua kali snap..'orang burung' tu dah larik kan diri..dia takut agaknya. Mungkin dia ingat aku nih suku sakat MPK kot..hehehe..tapi jadi kesalahan ke bagi makan burung kat tempat awam gitu? aku pun tatau.. ehh lantak ler..yang beli padi dia, yang bagi makan pun dia.. tak der kene mengene dgn aku.. aku cuma menghayati dan mengabadikan setiap peristiwa yg terjadi di sekeliling.. So yuk kita tenguk gambar 'orang burung' yuk..

orang burung sdg bagi makan burung...

Orang burung dah larik, tinggal burung jer..
Okeh, selamat berhari minggu utk semua.
Sunday, November 30, 2008
Sampah dan Vandalisma..budaya org kita!
Petang tadi kat umah x ada aktiviti nak buat. Nak ajak hubby gi jenjalan, hubby tgh sibuk buat 'headcount' yg wajib di hantar pada GPK Puan A sebelum hari Isnin. Benda alah tu depa nak buat meeting kt Genting nun hari Selasa nanti. (Org gomen memang pandai cari tmpt yg class kalo nk buat meeting!!!) Puas golek-golek depan tv, ajak adik dan baby ke taman belakang umah. Ingat nak ajak diorang main jongkang-jongkit ke, main gelungsur ke, tak pun main buai. Diorang ler yg main tak kan aku kut nak main..mau putus tali buaian tuh kang! hahahaha...
Namun tiadalah yang lebih menyedihkan hati aku dari sedih sesedih-sedihnya bila aku tenguk persekitaran padang permainan Taman K** nihh. Sampah merata-rata..bukan setakat plastik bekas makanan, kulit kacang, kertas-kertas, botol minuman, kulit durian pun ada! lampin pakai buang lagik!! aduhh.. dimanakah sikap pembersih yg menjadi amalan para muslimim? aku tahu 150% yg dtg ke padang tu org melayu, beragama islam. Tetapi perangai????
kertas, botol minuman, plastik bertaburan.
Cemaner pampers pun boleh sampai kat sini?

spring aje yg tinggal....kuda nyer dah terbang kot!
tinggal tunggul !Eeiii..tak dpt ku bayangkan kalau tersiat kulit punggung..Na'uzubillah!

Itulah perangai org kita.. tempat kanak-kanak main, org dewasa pun nak tumpang sama..tak sedar badan mcm gajah..merosakkan harta-benda awam. Yg lebih menjengkelkan, sesetengah tu gatal tangan..ada jer nak di ketuk, digoyang biar jahanam. Tu yg mainan nombor-nombor kat tangga papan gelungsur tu.. camaner boleh pecah kalau bukan tangan-tangan gatal yang duk ketuk-ketuk..
Friday, November 28, 2008
Boooriiiinngggg!!!!
Tenguk...sume orang tak de..tapi adalah sorang hambaallah tu tgh tekun mengupdatekan blog.hehehehe...
Meja bersih gila..wa cakap luu....

Harap-harap bulan Disember yg lagik dua tiga hari nih akan membawa sinar yg lebih gemilang utk kilang tempak alu keja nihh..aku pun dah pening tatau nak buat apa..enquiry boleh bilang dgn jari..selain dari check email dan surfing other bloggers, aku rasa mcm nak tidur jerr..badan pun sakit-sakit..lenguh sana lenguh sini..iyalaa..anggota badan dan segala urat saraf dah biasa buat keja..bila tak buat keja, sume pun jem..tu yg sakit-sakit tuhh...
Tuesday, November 18, 2008
Bila dah batukk.. Koh! Koh! Koh!

Rasa tak sedap badan ler pulak ari nih..seram-sejuk seram sejuk..nak demam ke? Batuk pulak masih tak baik-baik, dari raya puasa dulu sampai dah nak raya haji..macam tu lah jugak..yg tak tahan tu setiap kali batuk boleh terkencing-kencing di buatnya..dan setiap kali batuk jugak, aku akan termuntah apa jugak yang aku makan, kahak jgn cakaplah..kekadang rasa mcm tak boleh bernafas di buatnya..setiap kali gi klinik, tukar ubat. sembuhnya tak jugak!
Monday, November 17, 2008
Yeay!!! Cutiiiii!!!!!
Sabor je lah aku nih...
Dan diucapkan selamat jugak kepada atuk-atuk dan nenek-nenek kat kampung, semoga banyak-banyak ler bersabo hendaknya..almaklum cuti skolah, dah tentu cucu-cucu sumer di antor balik kampung..alamat bertempiaran ler sumer ayam-ayam yg kat bawah umah kena kejor dek bebudak bandor..hehehehe..agaknya kucing pun tak senang nak berlengkau kat dlm umah, takut kena perambat dgn diorang!..
Emmm...apa apa pun selamat bercuti kepada seluruh cikgu dan cikgi terutama kepada my dearest hubby, Cikgu Misah, Cikgu Jam dan tak lupa juga buat Cikgu As. Juga utk semua murid-murid sekolah seluruh negara, walaupun ada yang belum lagi merasai nikmat cuti sekolah kerana masih menjalani peperiksaan. Apa-apa pun Happy Holiday tuk sumer. Meh kita layan lagu Boney M mehh.....
Friday, November 7, 2008
Banyak benda nak cerita sebenar eh..pasal family day SKTG kat Tiara Beach resort, pasal kakak nak pi Haji, pasal hari raya yg lepas, pasal lesen keta..huishhh macam-macam ada wa cakap lu..Tapi itu semua, tungguuuuuu....wa bizi la sekarang!

