Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Monday, March 23, 2009

Mula-mula ke barber, kemudian ke sekolah

Hari - Ahad
Waktu - 5.30 ptg


Persediaan kembali ke sekolah setelah puas seminggu bersuka ria cuti sekolah.

Baju sekolah - dah iron
kasut sekolah - dah siap kapur
stokin - dah sumbat dlm kasut
kuku - dah ketip sume
Beg sekolah & buku semua - mlm kang suruh diaorang sendirik check.(banyak cantik semua mama nak buat!)

Apa lagi ekk..yg belum buat?????

aahaah..

penting nih. mesti kena punya la kalu tak buat...

hehehe kena marah ler..tak kan kena pancung kut..

Jom kita tenguk jom...

sebelum kena tebas..

hehehe..ringan pulak rasa kepala ehh.

huhh..sat ni hang mai alog staq, kepala hang aku putaq!

Taraaaaaaa...wajah-wajah kanak-kanak riang bila di upah ngan milo ais dan teh ais..jugak sorang sepinggan maggi goreng utk Aiman dan Izzat, Zaim pula kekenyangan siap sendawa kuar bau nasi pataya.

Upah Barber - RM 15.00
Upah makan - RM 20.70
Aku yg membayar - hmmmmm....

Monday, November 17, 2008

Yeay!!! Cutiiiii!!!!!

Cuti sekolah datang lagi..bermula lah episod umah yang tak serupa umah dengan pelbagai mainan yg bersepah-sepah dari anjung ke bilik, waima depan pintu masuk pun ada. Itu belum kira pinggan, cawan, mangkuk kat depan tv! kalau ditanya sumer kata kau punya, sumer tak nak ngaku. Bil letrik, bil air pun bertambahlah bulan nih dan bulan akan datang! Manakan tidak, tv 24 jam terpasang, game lagik, komputer lagik. Peti ais jgn cakaplah..berdentum-dentum pintu peti ais tuh, kejap si abang buka, kejap adik, kejap lagi si baby pulak, pastu si bapa nyer pulak..haiii..kalau peti ais tu boleh bercakap..mahu dijerit sekuat hati sakit lah hoi, boleh tutup pelan-pelan tak? Bilik air toksah cakaplah...terutama kat depan pintu bilik air,mesti berkecah basah! Budak-budak nih bukannyer nak mandi sangat, nak main air jer yg lebih!!
Sabor je lah aku nih...


Dan diucapkan selamat jugak kepada atuk-atuk dan nenek-nenek kat kampung, semoga banyak-banyak ler bersabo hendaknya..almaklum cuti skolah, dah tentu cucu-cucu sumer di antor balik kampung..alamat bertempiaran ler sumer ayam-ayam yg kat bawah umah kena kejor dek bebudak bandor..hehehehe..agaknya kucing pun tak senang nak berlengkau kat dlm umah, takut kena perambat dgn diorang!..



Emmm...apa apa pun selamat bercuti kepada seluruh cikgu dan cikgi terutama kepada my dearest hubby, Cikgu Misah, Cikgu Jam dan tak lupa juga buat Cikgu As. Juga utk semua murid-murid sekolah seluruh negara, walaupun ada yang belum lagi merasai nikmat cuti sekolah kerana masih menjalani peperiksaan. Apa-apa pun Happy Holiday tuk sumer. Meh kita layan lagu Boney M mehh.....