Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

rawan hatiku

Airmata mengalir laju,
Kelopak mata bagaikan empangan pecah,
tak henti-henti mengalir.
Tak tertahan menahan sebak di dada.
Banyak sungguh dosa-dosaku..
Ya Allah, ampunilah aku,
jauhi lah aku dari melakukan kesilapan yg serupa.
Lindungilah aku ya Allah.
Tunjukkan lah aku jalan yg benar,
jalan yg Engkau redhai.

Keseronokan yang sementara
akhirnya membawa padah.
Alhamdulillah,
bersyukur tidak terhingga
kerana Allah masih sayangkan aku.

Sunday, December 28, 2008

Balik pekan? Yang DiPertuan Besar Tuanku Jaafar mangkat

Bukan bandar pekan kat Pahang nun. tapi pekan Nibung Tebal..Dah masuk ari ketiga aku kt umah MIL. aku tak boleh kata balik kampung sobab umah MIL ni kat tengah pekan Nibung Tebal. Deret umah MIL ni ada 2 umah je melayu, yg lain sume cina. Deret depan lak, satu je umah mamak, yg lain cina. Jadi kalo raya kita ni memang tak ado la meriahnya..Tapi kalo raya cina..memang domam la telingo dongar bunyik morocon. Hahahaha jgn marah org nogori..tersasul lak den speaking nogori ari ni.. iyolah duk sembang ngan MIL yo sedari balik ari tu..MIL memang asal Sri Menanti. Ramai laie sodaro kek sano. Eden yo bolum sampai ehh..

Sudah-sudah la tu cik Sally oi..kang tergeliat la pulak lidah tu.. Berbalik pada cerita balik kampung/pekan tadi, kami bertolak hari Khamis malamnya.. Saja je hubby tu..suka sgt balik memalam tau..memanglah sejuk tak panas, tapi risau jugak sebab highway agak sunyi, tak banyak kenderaan pun. Mana lah tahu kannn.. Tapi yg bestnya cepat je sampai..bertolak pukul 9.00 sampai pukul 2.00 pagi. 5 jam jer, tu pun kami berhenti 2 kali je, sekali kt R&R Rawang dan sekali lagi kat R&R Sungai Perak. Yang herannya walaupun kenderaan kt highway tak banyak tapi bila berhenti kat R&R ramai la pulak manusia-manusianya..heran betul aku..

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar mangkat.

Berita terkini pagi tadi, negara di kejutkan dengan berita kemangkatan Yang DiPertuan Besar Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada pukul 11.45 pagi di Hospital Tuanku Jaafar. Upacara pengkebumian akan di adakan pada hari Isnin selepas waktu asar. Untuk berita lanjut, sila klik di sini.
Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh baginda. AlFatihah.